fbpx

Type to search

Antarabangsa Itinerari BP Pulau Staycation Travel

10 Destinasi Bulan Madu untuk ‘Backpackers’ di Asia Tenggara

Share

Bercuti secara “backpacker” tidak lagi menjadi suatu yang asing bagi pelancong di Malaysia. Ramai yang gemar bercuti gaya ‘bebas & santai’ dari bujang lagi. 

Melainkan kalau dah berkahwin, konsep percutian mungkin berubah kepada lebih teratur, selesa, berbelanja besar dan menggunakan khidmat tour agent. 

“Date someone who is a home and an adventure all at once"

Alangkah indahnya kalau dapat pasangan pun terbuka untuk bercuti secara backpackers. Orang dulu cakap mengembara plus honeymoon pasti meninggalkan pelbagai kenangan manis untuk dirindukan, selain menghayati keindahan alam semula jadi bersama dan dapat minimumkan perbelanjaan.

Ernest Hemingway ada menyebut, "“Never go on trips with anyone you do not love"

Kali ini, BackPackerz nak jadi ‘sweet’ kongsikan 10 destinasi sesuai untuk bulan madu ala backpackers. Kami ‘rekomen’ untuk raja sehari yang baru merancang untuk honeymoon.

Elemen yang dititikberatkan adalah pertama, perbelanjaan tidaklah terlalu ‘mengikis’ poket korang, kedua, destinasi percutian dekat dengan airport, ada akses pengangkutan awam, mudah dan last part, mempunyai review yang memuaskan.

Bali swing

1) El Nido, Filipina
Filipina menawarkan pelbagai destinasi percutian pantai, tetapi pilihan kami adalah El Nido. Terletak di bahagian utara Pulau Palawan, El Nido terkenal dengan aktiviti island hopping, menyelam skuba, dan snorkeling sambil berlatarkan pemandangan yang menakjubkan.

Apa yang menariknya, lokasi ini juga terletak di Pantai Dagmay, Pantai Nacpan dan sungai bawah tanah Puerto Princesa. Terdapat juga beberapa inapan untuk dipilih. Antaranya, El Nido Resorts Lagen Island, Tapik Beach Park Guest House dan Bulskamp Inn.

  • Perfect for: Percutian pantai, santai sambil menikmati makanan laut
  • Musim Terbaik: Sepanjang tahun, kecuali musim taufan Ogos hingga Oktober
  • Lapangan Terbang terdekat: Bandaraya Puerto Princesa
El Nido is a Philippine municipality on Palawan island

2) Luang Prabang, Laos
Tenang, nyaman dan lepak santai di tepian sungai bandar kolonial Perancis adalah tempat yang sempurna buat anda dan pasangan untuk sama-sama nikmati semasa percutian berbulan madu. Terdapat beberapa buah hotel-hotel yang dibina dengan seni reka Perancis di sepanjang sungai.

Destinasi ini memberikan anda pengalaman budaya, pemandangan alam yang indah dan makanan tempatan yang enak. Jangan lupa untuk melawat Wat Xieng Thong, Gunung Funsi, Air Terjun Kuang Xi dan Gua Ting bila bertandang ke sini.

  • Perfect for: Pasangan yang inginkan percutian santai dengan pengalaman budaya yang menarik, persekitaran semula jadi yang indah dan tarikan makanan tempatan
  • Musim Terbaik: September hingga Mac
  • Lapangan Terbang terdekat: Luang Prabang
Kuang si falls in Luang Prabang, Laos

3) Ubud, Bali, Indonesia
Umum ketahui, Bali terkenal sebagai destinasi bulan madu buat para pelancong di seluruh dunia. Buat mereka yang tidak mahu bersesak di resort-resort pantai di sana, cadangan kami supaya anda bertumpu di kawasan tengah Bali iaitu Ubud. Tempat ini popular dengan kebudayaan dan kurang sesak dengan pelancong yang kebiasaannya banyak tertumpu di kawasan Kuta dan Seminyak.

Cara terbaik untuk menikmati bulan madu anda adalah dengan menginap di homestay yang terletak di tengah-tengah sawah padi. Antara tempat-tempat menarik untuk dilawati di sekitarnya pula adalah Goa Gajah, Kuil Pura Ulan Danu Batur, Kuil Pura Tirtha Empul dan Sukowati Market. Kalau nak hiburan malam, singgah ke pekan Kuta.

  • Perfect for: Honeymooners looking for a native experience and who are looking to stay out in the laps of nature
  • Musim Terbaik: Jun hingga Oktober dan jika musim hujan kurang maka sepanjang tahun
  • Lapangan Terbang terdekat: Denpasar, Bali
Ubud, Bali
Aerial view of people at seashore in Bali, Indonesia

4) Koh Lanta, Thailand
Koh Lanta, sebuah pulau tropika terletak di perairan Andaman Thailand. Ia menyediakan sebuah percutian lengkap dan sempurna untuk anda berbulan madu. Perairannya yang luas juga menjadi lokasi yang baik untuk aktiviti snorkeling dan selam skuba.

Menawarkan pelbagai makanan laut yang segar, boleh jungle trekking di taman negara, bird watching, dan tempat-tempat tumpuan pelancong yang mudah diakses menggunakan basikal atau motosikal. Pendek kata, destinasi ini antara favorite kami. Pulau ini berhampiran dengan Koh Phi Phi, terkenal dengan aktiviti menyelam skuba, Krabi dan Phang Nga Bay – syurga struktur batu kapur yang tergantung di lautan.

  • Perfect for: Honeymooners looking for a beach destination with some land adventure, apart from underwater sports
  • Musim Terbaik: Sepanjang tahun, kecuali pada bulan Mar dan April
  • Lapangan Terbang terdekat: Phuket
Solo traveler on the island of Koh Lanta, Thailand
Koh Lanta known for its coral-fringed beaches, mangroves, limestone outcrops & rain forests

5) Hoi An, Vietnam
Destinas seterusnya merupakan tapak warisan UNESCO yang dikelilingi pulau-pulau tropika, batu karang, desa aman dan sawah padi. Terletak di tengah-tengah Vietnam, Hoi An menawarkan segala keinginan tanpa mengira minat. Anda boleh merentasi desa menggunakan basikal sambil menikmati suasana pantai, atau pergi membeli-belah bersama pasangan.

Selain itu, Hoi An berhampiran dengan Lapangan Terbang Danang; ia mempunyai tarikan seperti Hoi An Heritage Area, Marble Mountains, dan Cham Islands. Jangan lupa untuk try sajian enak yang ditawarkan oleh kafe-kafe unik di sepanjang sungai Hoi An. 

  • Perfect for: Honeymooners looking for a full on holiday experience that has a bit of everything.
  • Musim Terbaik: Sepanjang tahun
  • Lapangan Terbang terdekat: Da Nang
Shot of the night life in Hoi An. Along the waterway, tons of restaurants & bars catering to tourist

6) Krong Preah, Sihanouk, Kemboja
Dikelilingi pantai berpasir putih dan pulau-pulau tropika kecil yang tidak diusik dek pembangunan, Sihanoukville juga dikenali dengan nama Kampong Som. Sihanouk popular dengan deretan pantai antaranya pantai Otres, pantai Sokha dan pantai Victory.

Bagi sesiapa yang inginkan inapan yang jauh dari pusat bandar dan kesesakkan, terus menuju ke Sokha Beach Resort atau bergerak sedikit ke kawasan pedalaman untuk merasai pengalaman bermalam di atas sungai iaitu Four Rivers Floating Eco Lodge.

Koh Rong Sunset, Sihanouk beach, Cambodia
Four rivers floating lodge in Tatai

7) Pulau Boracay, Filipina
Majalah Travel+Leisure telah memilih destinasi ini sebagai Pulau Terbaik Bagi Tahun 2012.  Penginapan bajet bermula sekitar RM100 (hostel & inn) sehingga ke inapan mewah mencecah RM4+++ semalaman. Buat mereka yang inginkan pengalaman eksklusif, Shangri-La’s Boracay Resort & Spa adalah inapan yang “recommended”.

Pantai Bulabog terkenal dengan ombak besar dan angin kencang sepanjang tahun. Ini menjadikan Boracay satu destinasi terbaik untuk luncur angin dan kite boarding. Malah, Pantai Bulabog dianggap destinasi kite surf terbaik Asia.

Boracay Island

8) Tasik Inle, Myanmar
Dikenali sebagai tasik paling indah di Myanmar, Inle Lake dikelilingi oleh bukit-bukau, dihiasi dengan taman-taman serta mempunyai perkampungan tradisional. Anda akan dibawa menaiki bot panjang dan melihat sendiri keunikan penduduk setempat melakukan rutin harian seperti menanam tanaman di floating gardens.

Juga, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman romantis menikmati cocktail di Inle Princess Resort, sebelum menikmati makan malam secara privasi dan bermalam di sana. 

  • Perfect for: Pasangan yang mempunyai minat untuk bercuti ke “off beat countries” (kurang popular) 
  • Musim Terbaik: Oktober hingga Mac
  • Lapangan Terbang terdekat: Heho
Inle lake, Myanmar
Best panorama view in Inle Lake, Myanmar

9) Tanjung Lesung, Indonesia
Kedudukannya yang sedikit membonjol dari tanah besar Jawa ke dalam Selat Sunda adalah Tanjung Lesung. Ia sebuah kawasan resort pantai yang boleh diakses dengan kereta atau bas awam kira-kira 3-4 jam perjalanan menggunakan jalan darat dari Jakarta.

Tanjung Lesung masih kekal sebagai destinasi “low profile” yang hanya menerima sedikit pengiktirafan dalam kalangan pelancong asing, tetapi telah menjadi kegemaran kaki backpackers! Semestinya air jernih dan membiru akan menggoda anda. Aktiviti di sini adalah mandi-manda, berkelah atau aktiviti sukan air. Di dasarnya terdapat terumbu karang dan kehadiran ikan berwarna-warni. Antara resort yang beroperasi di sini ialah Kalicaa Villa Resort dan Tanjung Lesung Beach Resort.

For those who like cycling, you can enjoy a new cycling experience at Tanjung Lesung
Tanjung Lesung, Banten, Indonesia

10) Pekan Kaliurang, Jogjakarta
Kaliurang merupakan sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 25 kilometer di utara kota Jogjakarta. Ia merupakan kawasan pusat peranginan popular pada hujung minggu. Pekan ini terkenal dengan pemandangan hutan yang menghijau dan udaranya yang dingin.

Antara destinasi yang popular di sekitarnya ialah Kuil Prambanan, Kraton Jogjakarta dan Gunung Merapi. Buat mereka yang gemarkan kawasan tanah tinggi, percutian di sini pastinya merupakan satu pilihan yang bijak. Macam korang bercuti ke kawasan tanah tinggi di Malaysia, Bukit Tinggi dan Cameron Highland. Rumah Mertua Boutique Hotel & Restaurant merupakan sebuah inapan butik dalam suasana tropika dan cukup selesa.

Merapi Park - The World's Landmark
Blue lagoon, Sungai Tepas, Jogjakarta
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!