Type to search

Insider BP

11 Sebab Kenapa Jepun Perlu Masuk Dalam ‘Wishlist’ Backpacking!

Share

Cantik Sepanjang Musim

Tak kira sama ada musim bunga atau musim sejuk, semuanya cantik. Sekiranya anda berkunjung semasa musim bunga (Mac – Mei), anda berpeluang untuk melihat bunga sakura dalam variasi warna. Ada yang bewarna putih, merah jambu dan putih kemerahan. Warna sakura ini pula berbeza di setiap tempat.

Nak rasa pengalaman bermain ski, anda boleh berkunjung ke Jepun ketika musim sejuk (Disember – Febuari). Kos sewa peralatan ski tidak lah semahal di eropah.Boleh la feeling-feeling seperti berada di Euro. Kepada kaki hiking, anda boleh berkunjung ke Jepun pada musim panas (Jun – Ogos). Sebab? pada musim ni je anda berpeluang untuk mendaki di Gunung Fuji! Musim lain tak boleh ya, suhu di puncak gunung terlalu sejuk.

Bagaimana pula untuk yang suka musim luruh (September – November)? Haa…masa musim luruh ini kos percutian di Jepun boleh dikatakan agak murah sedikit berbanding musim-musim yang lain. Pelancong pada ketika ini tidak begitu ramai. Jadinya, gunakan peluang ini untuk berkunjung ke theme park seperti Universal Studio Japan ataupun Disneyland tanpa perlu beratur panjang.

Attitude

Memang tak dapat dinafikan lagi, attitude masyarakat di Jepun sangat bagus. Kalau kita jalan terlanggar bahu, kelam-kabut dia mintak maaf. Padahal tu salah kita tu. Ada lagi satu situasi ketika saya masuk ke tandas awam. Saya terlihat seorang wanita Jepun meninggalkan gadget (sekilas pandang macam ipad/tab) di sinki sebelum beliau masuk ke tandas. Selang beberapa minit kemudian, beliau mengambil kembali gadget tersebut dan beredar. Kalau di Malaysia kita berbuat sedemikian, cuba teka apa yang akan terjadi? Hehe..faham-faham sendiri lah kan.

Bukan mahu mengangkat rakyat mereka bagus tetapi inilah realiti sebenar. Berapa tahun kita perlukan untuk memupuk budaya hebat seperti mereka? Bila berjalan-jalan disini, tak ada itinerari pun tidak mengapa. Cuba kita tengok dan kaji budaya mereka. Apa yang bagus, kita ikut dan cuba apply dalam kehidupan seharian. Yang kurang bagus ataupun yang kurang sesuai, kita tinggalkan.

Pengangkutan Awam

Boleh dikatakan semua tempat-tempat menarik mempunyai jaringan pengangkutan awam yang bagus. Jadi tak perlu risau sekiranya mahu ke sesuatu tempat. Walaupun metro maps agak berbelit dan memeningkan, tapi bila dah seharian menaikinya, anda akan rasa mudah dan faham macam mana nak naik pengangkutan awam di Jepun. Tiket harian juga dijual dalam kadar yang berpatutan. Bila menggunakan public transport kat Jepun, ia memberi peluang buat kita untuk melihat bagaimana sistem masyarakat Jepun ‘beroperasi’. Jangan lupa untuk download aplikasi metro di smartphone untuk memudahkan perjalanan nanti.

Selain metro, tak sah ke Jepun kalau tak naik bullet train/shinkansen. Masa 1st time naik shinkansen, memang agak cuak sedikit. Yelah, selalu biasa naik kereta pun speed limit 120km/jam. Ini kan pula naik keretapi dengan kelajuan purata 210 km/jam. Alhamdulillah selepas 5 minit keretapi bergerak, semuanya okay dan stabil. Rasa takut tu hilang. Perjalanan jauh dapat dipendekkan dengan menaiki shinkansen. Sebagai contoh, sekiranya menaiki bas daripada Tokyo ke Osaka, masa yang diambil adalah kira-kira 7 jam. Tetapi dengan menaiki shinkansen, hanya 2 jam 50 minit.

Ada beberapa jenis shinkansen, kalau ambil yang lagi laju, bayaran tiket lebih mahal. Sekiranya anda bercadang untuk berkunjung ke beberapa bandar di Jepun, anda boleh membeli JR Pass. Lebih jimat kos, dan masa. Tempat duduk didalam shinkansen ini agak selesa. Kemudahan lain yang turut disediakan adalah meja portable seperti di dalam kapal terbang, wifi dan soket untuk charge gadget. Selang 30 minit akan ada pelayan datang untuk menjual air atau makanan ringan.

Vending Machine

Jangan terkejut apabila melihat terlalu banyak vending machine di Jepun.Bukan sahaja di bandar-bandar besar, di kawasan kampung pun ada vending machine. Kalau di Tokyo, jalan 10 langkah dah jumpa vending machine yang lain. Kadang-kadang tu, sederet vending machine dia susun.Vending machine disini menjual pelbagai benda. Daripada minuman, makanan sehingga bunga! Serius kami tak tipu.

Walaupun di negara mereka tiada kedai mamak 24 jam, tapi mereka ada vending machine yang awesome! Rakan kami pernah cuba beli ramen di vending machine, katanya sedap! Kiranya ini bonus kepada yang bukan muslim. Eat till drop. Kalau saya pula, saya teruja sebab vending machine dia ada jual pelbagai jenis kopi dan teh panas yang sedap. Bukan jual dalam cawan kertas tau, tapi dalam botol tin. Kalau tengah jalan-jalan, cuaca sejuk..memang syok shopping di vending machine. Pastikan anda sediakan siap-siap duit syilling.

Sushi

Kepada peminat sushi, anda memang wajib datang ke Jepun. Walaupun beli di convenience shop, rasa dia tetap fresh, texture lembut, dan paling utama sekali, sedap! Bila balik Malaysia, confirm terbayang-bayang sushi di Jepun. Ini yang membuatkan asyik nak pergi Jepun banyak kali. Hehe..Tapi kalau jenis perut tak biasa, jangan makan terlalu banyak.

  1. Convenience Shop

Rangkaian convenience shop di Jepun memang banyak. Antara yang popular –  family mart, Lawson dan 7 eleven.Saya paling teruja dengan family mart. Kadang-kadang tu selang 1 blok ada family mart. Kalau boleh setiap family mart nak singgah! Apa yang menarik mengenai convenience shop ni? Konsep kedai ni lebih kurang macam 7 eleven di Malaysia dalam versi semua benda lengkap. Kiranya ala-ala kedai acheh, just name it. Semua ada! Pernah satu ketika, pergi family mart nak beli telur. Konon-konon nak masak telur goreng. Bila balik hostel, rupa-rupanya tu telur rebus. Selama travel bertahun-tahun, tak pernah lagi jumpa convenience shop jual telur yang sudah di rebus. Rupanya dorang ada jual 2 jenis telur.Satu yang telah direbus, satu lagi telur mentah. Ini salah satu contoh, tak tahu tapi malas bertanya. Lagi satu yang best, sesetengah family mart ni ada toilet. Boleh masuk tanpa sebarang bayaran.

Fesyen Pelik Tetapi Comel

Pakaian yang pelik di mata kita, tetapi nampak comel.Sebagai contoh, sekiranya berjalan di Takeshita Street, Harajuku, anda berpeluang melihat pelbagai fesyen cosplay. Kalau masa kecil suka tengok Cartoon Sailormoon, haa sekarang anda boleh tengok secara live! Dapat la merasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak gittew..

(Tip : Kalau nak pergi ke Harajuku, pergi pada malam minggu. Possibility nak tengok orang memakai cosplay lebih tinggi.)

Hi-Tech Toilets

Okay, jangan gelak. Memang saya mengaku, sejak balik daripada China beberapa tahun yang lepas, saya fobia masuk ke tandas awam. Saya lebih sanggup lari balik hostel daripada menggunakan tandas awam.Hal ini berbeza di Jepun. Boleh dikatakan susah nak cari tandas awam yang kotor. Semuanya bersih dan lengkap dengan sistem yang canggih. Sistem tandas di Jepun ni mesra alam. Terdapat pelbagai jenis button di bahagian tepi toilet bowl. Seronok bila masuk toilet sebab banyak button yang boleh ditekan. Ada button tu untuk lagu. Jadi, kalau nak buat ‘business’ tu bolehlah berurusan dengan selesa, tanpa didengari sesiapa. Haha..

Service

Ketika menaiki beberapa rides di Disneyland, staff-staff yang menjaga rides sentiasa tersenyum dan bersemangat. Bayangkan lah dalam sehari ada berapa ribu pengunjung Disneyland.Tapi tak pernah nampak mereka mengeluh atau menunjukkan muka yang penat. Hal yang sama ini turut dapat dilihat di kedai-kedai jualan yang lain. Mereka sangat menghargai pelanggan. Servis yang diberikan juga sangat bagus. Walaupun kita tidak jadi beli barangan tersebut, mereka masih melayan kita seperti raja. Kalau nak rasa macam princess, sila lah ke Jepun.

Daiso, Barangan Elektrik & Elektronik

Kalau tak minat barangan elektrik & elektronik ni pun boleh jadi gila bila pergi ke Akihabara. Harga yang ditawarkan sangat murah dan berbaloi. Saya sendiri pernah membeli kamera berjenama Olympus mirrorless. Jika di Malaysia harganya RM1,800. tapi kat Akihabara ni RM1,200 je. Worldwide warranty dan tulisan semua boleh ditukar ke bahasa Inggeris. Berbaloi kan? Kalau nak lagi best, ambil order siap-siap dari rakan, lepas tu ambil la upah beli barang. Dapat cover kos percutian anda. Satu lagi, Daiso 3 tingkat itu perkara biasa di Jepun. Boleh meronda disini berjam-jam tanpa rasa bersalah. Harga semua barang di Daiso adalah 100 yen. Kalau bajet dah lari, boleh belikan souvenir untuk rakan-rakan di Daiso.

Kemudahan ATM

Kemudahan ATM ada dimana-mana. Nak keluarkan duit mudah, cuma kena pastikan kad bank sudah di activate untuk pengeluaran di luar negara. Kad kredit dan debit juga digunakan secara meluas. Jadi tak perlu risau sekiranya tak cukup cash money. Yang penting pastikan ada duit dalam bank.  Kalau bercakap tentang keluar duit. Tentu keselamatan menjadi persoalan. Selamat tak kalau berjalan bersendirian terutamanya di waktu malam? InsyaAllah selamat. Setakat ini Alhamdulillah, semuanya okay. Tak pernah lagi kena kacau atau kena ragut. CCTV pun merata. Kalau nak tahu, negara Jepun merupakan salah sebuah negara yang paling selamat di dunia. Kepada yang baru nak mencuba solo backpacking, mungkin boleh mula dengan negara Jepun.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!