fbpx

Type to search

Antarabangsa Editor Pick Itinerari BP Story Travel

Selain Menaiki Belon Udara Panas, Gadis Ini Kongsikan 3 Lokasi ‘Unik’ di Cappadocia Perlu Dikunjungi Pelancong Malaysia

Share
  • Turki terletak di antara dua benua iaitu Asia dan Eropah
  • Ibu kota Turki berada di Ankara namun bandar terbesar di negara ini adalah Istanbul
  • Bagi para jemaah yang mengerjakan Umrah, Turki sering menjadi jadi destinasi persinggahan selepas beribadah

Sebelum aku bercerita panjang, KEINDAHAN panorama di Turki bukan lagi rahsia. Tiga itinerari yang harus dilakukan setelah sampai di Turki adalah merasai pengalaman menaiki belon udara panas, melalui Lembah Sami dan meneroka bandar bawah tanah paling luas, dikenali sebagai Kaymakli atau nama purbanya, “Enegup”.

Terasa seperti berada dalam mainan tidur apabila hasrat menjejakkan kaki ke wilayah Cappadocia yang terletak di kawasan Anatolia Tengah tercapai. 

Eminönü Ferryboat Docks, Istanbul, Turkey

Sedikit mengenai sejarahnya, Turki adalah sebuah negara besar di kawasan Eurasia. Turki bermulanya keagungan kerajaan Islam hingga tersebarnya agama suci itu ke Eropah ketika pemerintahan Khalifah Uthmaniyah. 

Aktiviti pelancongan yang cukup popular di sini semestinya pengembaraan dengan belon udara panas. Ia merupakan perniagaan utama di Cappadocia  – sebuah kawasan dan penempatan yang popular dengan formasi dan struktur batu yang unik, selain melihat puluhan belon udara terbang setiap pagi.

Aku perhatikan, peninggalan sejarah lama Turki seperti keunikan geologi dan struktur pembangunan masih dipelihara serta dijaga sehingga menjadi lokasi tumpuan pelancongan dunia.

Jadi, peluang berkunjung ke salah satu lokasi bersejarah dan tapak warisan UNESCO ini memang impian semua pengembara tidak kira secara backpackers, free independent traveler (FIT) mahupun trip berkumpulan. 

Lanskap sepanjang perjalanan ke Goreme Open Air Museum

*TERBANG BERSAMA TURKISH AIRLINES

Peluang memenuhi undangan percutian ke Cappadocia dan Istanbul umpama orang sedang haus diberi air minum. Cappadocia merupakan destinasi yang benar-benar aku impikan.

Apabila diberitahu trip aku kali ini termasuk aktiviti menaiki belon udara panas, hati melonjak kegembiraan seakan tidak sabar ingin ‘mencobanya’. Pertama kali menuju ke empayar Uthmaniyah menaiki Turkish Airlines. Aku teruja seketika sebab diberikan seat business class

Pada yang belum tahu, Turkish Airlines merupakan salah satu syarikat penerbangan yang beroperasi sejak 20 Mei 1933 dengan hanya menggunakan lima pesawat sahaja dan kini mempunyai 325 pesawat membawa penumpang serta kargo (mungkin sekarang dah bertambah kot).

Business class seat

*11 JAM AKU KENYANG MAKAN

Turkish Airlines menawarkan kemehawan tahap baharu kepada pelanggan melalui ruang kabin dan privasi lebih luas. Tempoh penerbangan selama  11 jam dari KLIA ke Lapangan Terbang Istanbul tidak lekang daripada dihidang dengan pelbagai makanan.

Mula-mula aku diberikan travel kit, kemudian welcome drink, kekacang, pembuka selera, hidangan utama sampai ke pencuci mulut, semuanya lazat-lazat belaka. Sampai satu tahap, aku pilih untuk tidur daripada makan sebab kekenyangan (hahaha). Memang seronok perut aku!

Hidangan pencuci mulut. Alhamdullilah

Berita baik! Korang yang tengah baca artikel ini mungkin bertuah untuk memenangi DUA tiket penerbangan tajaan Turkish Airlines.

Siapa nak terbang ke Turki secara percuma? Caranya mudah, semua di hujung jari. Korang hanya perlu klik pautan di bawah dan ikuti langkah seterusnya.

Link – Turkish Airlines #GiveAway #Turkey

*TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT


 

Fly to Turkey. Sign Up Miles&Smiles

1 – PENGEMBARAAN EURASIA BERMULA

Ah…Cappadocia. Aku cukup teruja dengan destinasi popular ini selepas layan cerita Manisnya Cinta di Cappadocia. Memang indah seperti dalam filem.

Cappadocia digelar sebagai “Bumi Lanskap Bulan” kerana keunikan muka buminya dan telah menjadi lokasi penggambaran banyak filem terkemuka antaranya Istanbul Aku Datang, Manisnya Cinta di Cappadocia, Ghost Rider II dan Empire of The Wolves.


Trivia – Cappadocia merupakan salah satu lokasi yang menerima perubahan empat musim. Masa terbaik untuk melawat Turki adalah pada musim bunga (April-Mei) dan musim luruh bermula bulan September hingga November. Musim sejuk pula boleh mencecah -20°C.


Semasa aku di Cappadocia, cuaca berlaku adil kepada aku; tidak begitu panas dan terlalu dingin. Just nice ‘omputih’ cakap. Bila cuaca seolah memahami, senang nak berjalan-jalan  sambil menikmati keindahan di salah satu tapak warisan UNESCO ini.

Aku nak habaq, Cappadocia merupakan kawasan dataran tinggi yang dikelilingi puncak gunung berapi. Aku berkesempatan mengintai dari jauh persekitaran gunung berapi yang ketika itu masih ‘tidur’ – bak kata tour guide kami, Adam dari Renk United Travel.

Banyak souvenir yang korang boleh dapatkan di Uchisar Castle
Pigeon Valley, Cappadocia

2 – GOREME OPEN AIR MUSEUM

Sepanjang perjalanan ke Goreme Open Air Museum, aku leka dengan keindahan alam semula jadi yang menemani sisi kanan dan kiri aku. Memang luar biasa! Muzium ini memelihara sejarah keagamaan di Cappadocia. Ia juga salah satu tapak warisan dunia UNESCO. 

Jika itinerari perjalanan ke Cappadocia, kebanyakan pelancong akan singgah ke sini sebelum meneruskan perjalanan. Ia menempatkan gereja-gereja gua purba di lereng bukit indah dan lukisan dinding Alkitab yang mengagumkan. Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi – 6 petang.

The scenery you can capture in Goreme Open air museum

3. PASABAG VALLEY – LOKASI DONGENG & GHAIB DI TURKI

Seterusnya aku menuju ke Pasabag Valley, secara rasmi dikenali sebagai “Monk Valley”. Dekat sini banyak formasi batu gunung seperti di negeri dongeng kerana menyerupai burung merpati, unta, dan jamur. Ada yang bentuknya seperti cerobong asap (pasabag).

Selain itu, Lembah Pasabag ini juga terletak gua-gua persembunyian yang digunakan oleh penduduk kristian zaman dulu. Masyarakat setempat juga percaya bahawa beberapa lembah disini pernah didiami oleh ‘peri’ yang melindungi masyarakat sekitar.

Bagi aku Lembah Pasabag antara lokasi unik dan kurang popular dalam kalangan pelancong Malaysia. Jadi, kalau korang ke Cappadocia, masukkan Pasabag Valley dalam itinerari, selain menaiki belon udara panas.

Kalau korang daki sikit, ada denai menghala ke kawasan buah anggur dan pokok aprikot. Masa aku ke sana anggur belum berbuah, hanya aprikot yang ada. Korang boleh kutip buah dengan goyangkan pokoknya kemudian terus makan. Fresh from farm! 

Ice-cream moment!
Apricot fruit
Pasabag valley contains some of the most striking fairy chimneys in Cappadocia - twin & even triple rock caps

4 – CAPPADOCIA AKU DATANG!

Kebiasaannya untuk menaiki belon udara panas, pelancong perlu ke Cappadocia kerana hanya di situ ditempatkan stesennya. Aku semakin menghampiri destinasi ‘bucket list’ setiap pelancong luar ke sini.

Korang perlu sampai awal ke tempat belon udara ini berlepas. Teruja punya pasal, aku tiba jam 4 pagi dan berpeluang melihat sendiri bagaimana petugas serta jurupandu melakukan penyediaan sebelum berlepas. Memang seronok tapi jantung berdebar-debar ‘cuak’ juga. 

Apa pun, keselamatan mesti diutamakan

Pemandangan dari atas belon udara panas ini sememangnya sukar digambarkan! Korang sedang menyaksikan lebih daripada 50 belon udara berwarna-warni melayang di langit seawal jam 5.30 pagi waktu tempatan.

Sewaktu matahari mulai terbit, jurupandu menerbangkan belon setinggi kira-kira 700 meter melintasi kawasan berbukit yang diselaputi salji (mengikut musim), manakala angin pula meniup sepoi-sepoi bahasa.

Apabila belon yang kami naik berhenti seketika di udara untuk beri ruang pelancong amati pemandangan yang menakjubkan, saat itu kami menyaksikan keagungan Sang Pencipta. Subhanallah. Aku macam tak percaya berada pada ketinggian 4,900 kaki di hot air balloon, Cappadocia. 

Pemandangan yang diambil dari dalam gondola. Sangat menakjubkan!

Mula-mula nak tengok ke bawah pun rasa gayat! Apa lagi untuk ambil gambar. Perasaan gementar, gayat dan teruja bersilih ganti. Takut kamera terjatuh pun ada, so aku lebih banyak guna phone camera bila ambil gambar. Mostly landscape aku guna kamera Olympus Pen E-PC9 dengan lensa 60mm.

Sebuah belon udara panas boleh memuatkan sehingga 20 penumpang, tapi bergantung kepada saiz dan gondola belon udara yang digunakan.

Bayaran untuk korang naik belon udara panas selama 45 minit ini bermula dari USD 300 (rate masa aku pergi) atau mungkin lebih. Harga berbeza-beza mengikut ‘ejen’ yang korang berurusan. Bayaran untuk penduduk tempatan lebih murah berbanding pelancong luar. Itu normal lah.

Paling manis apabila mendarat dengan selamat, kami diraikan bersama kru dan diberikan sijil penerbangan sebagai cenderamata. Aku pasti rindu dengan momen di Kapadokya, orang tempatan ada yang menyebut Kapadosia. 

Silhouette of hot air balloons in the sky.(Photo agency)

5 – KAYMAKLI – PENEMPATAN UNIK BAWAH TANAH

Daripada 35 bandar bawah tanah di Cappadocia, Kaymakli dan Derinkuyu adalah yang paling luas serta terdalam. Aku sempat melawat bilik-bilik batu bertingkat, tempat penyimpanan serta dapur di Kaymakli Underground City.

Bandar bawah tanah ini terletak di kubu Kaymakli di Wilayah Tengah Anatolia. Mula dibuka kepada pelancong pada tahun 1964, jarak kota purba ini kira-kira 19 kilometer dari bandar Nevşehir.

Difahamkan, kota bawah tanah telah dijadikan tempat persembunyian rakyat Cappadcoia selama berabad-abad lamanya daripada serangan musuh ketika Perang Arab-Byzantine. Dikatakan, bandar unik ini dibina oleh orang Indo-Eropah yang digelar “Phrygian” pada abad ke-7.

Konsep bandar bawah tanah Kaymakli ni macam sarang semut

Kaymakli Underground City dibina di bawah bukit yang dinamakan sebagai Citadel of Kaymakli. Kota ini dibina dengan begitu teliti dan masih kekal utuh sehingga kini. Terdapat beberapa bahagian pintu masuk yang diletakkan sebutir batu yang sangat besar bagi menutup lubang pintu daripada dunia luar.

Korang yang mempunyai masalah lutut disarankan untuk lebih bersedia kerana perlu melalui jalan-jalan yang menguji fizikal. Korang kena membongkok, tunduk dan berjalan itik. Aku seolah kehilangan kaki selepas seharian meneroka keunikan kota bawah tanah ini, tapi kepuasan dan pengalaman mengatasi segalanya.

One of the tunnel in Kaymakli Underground City

6 – SAJIAN CAPPADOCIA 

Sentuh bab makan, masakan Cappadocia agak lazat kerana ia merangkumi menu yang berbeza-beza. Ikut citarasa korang. 

Kebanyakan makanan di Turki mesti ada meze, bermula dengan hidangan kecil termasuk keju, salad terung, lada merah, yogurt, humus, zaitun, kacang fava dan sarma, atau daun anggur yang diisi beras. Itu semua merupakan sajian tradisi mereka.

Macam aku kurang gemar sayuran serta bijirin, kambing panggang, bebola daging atau kebab sentiasa menjadi pembuka selera.

perkena roti cicah sup lentil
Lupa nama dia tapi memang sedap. Nasi putih dengan kuah daging ayam
Penulis bergambar kenangan berlatarbelakangkan tapak warisan dunia UNESCO, Goreme Open Air Museum

Terima kasih: Apple Vacation & Turkish Airlines
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!