LOADING

Type to search

Feast BP

4 Restoran Halal yang korang kena cari di Taiwan!

Backpackerz July 11, 2018
Share

Taiwan merupakan sebuah negara pulau kecil yang terkenal dengan pasar malam yang meriah, muzium seni Imperial Cina yang memukau serta bangunan pencakar langit berbentuk buluh setinggi 509 meter iaitu Taipei 101. Siap ada dek pemerhati platform tau!

Taipei, ibu negara Taiwan turut menampilkan bandar metropolis moden yang popular dengan lorong jajahan Jepun, barisan kedai membeli-belah yang sesak serta deretan bangunan kontemporari yang tersergam indah. Tapi, sebelum korang pasang impian untuk melancong ke bandar Taipei yang cukup ‘haven’ dengan makanan, team #BackPackerz akan kongsikan empat buah restoran yang boleh korang ‘terjah’ di Taiwan.

1# Safranbolu Turkish Restaurant

Restoran Safranbolu sentiasa mengalukan kedatangan anda untuk menikmati citarasa sajian Turkish. Ia sebuah restoran Turki yang menawarkan masakan asli Turki kepada penduduk tempatan, pengembara asing serta sesiapa yang merindui sajian kampung halaman mereka.

Restoran Turki ini terletak di Nanjing East Road, dan korang boleh akses ke sini dari MRT Songjiang Station. Ia dibuka pada tahun 2014 oleh Ergulu Kayreti, seorang pengurus restoran ‘otai’ dari Ankara, ibu kota Turki.

Hidangan yang power dekat sini adalah Safranbolu Special Kebab, hidangan berbeku seperti Beyti Kebab, roti ala-ala pizza dan berbentuk kanu, Mixed Pide. Korang kena cuba dua pencuci mulut yang menjadi kegemaran pengunjung di sini iaitu Custard Pudding dan Safranbolu Hummus

  • Safranbolu Turkish Restaurant beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam.
  • Hummus adalah makanan asli berasal dari Timur Tengah yang dibuat dari kacang kuda dan saus tahini. Dimakan bersama roti pita sebagai pembuka selera.
  • Website – www.facebook.com/safranboluturkishrestaurant

2# Aladdin Muslim Friendly Restaurant

Selamat datang ke Taiwan dan nikmati keseronokan di Leofoo Village theme park. Selepas puas bermain taman tema, terus tuju ke Aladdin Restaurant untuk menikmati makan tengahari di sini. Jangan risau, ini adalah restoran mesra muslim yang popular di Taiwan. 

Hidangan set yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama sajian Timur Tengah yang korang boleh pilih, pencuci mulut serta minuman panas. Jangan lepaskan peluang mencuba sajian arab di restoran Aladdin selain ruang menunaikan solat turut disediakan. Alhamdulillah.

Alamat : No. 60, Gongzigou, Guanxi Township, Hsinchu County, Taiwan

3# Tai Xiang Yun Halal Bismilla Restaurant 

Korang teringin tak nak ‘perkena’ tomyam Taiwan? Restoran dengan gelaran ‘Thai Food Garden’ ini terletak di Taipei City, Taiwan dan menawarkan pilihan masakan Thai yang lazat. Paling penting, harga pun berpatutan. Tak perlu ragu-ragu tentang hidangan makanan di Halal Bismilla Restaurant kerana tempat ini mempunyai sijil halal oleh Persatuan Cina Muslim di Taiwan.

Restoran ini juga bebas alkohol dan sesuai untuk pelancong Muslim kerana makanan yang disediakan merupakan ‘air tangan’ keluarga Cina Muslim. Jangan lupa pesan Deep Fried Shrimp Cake. Terletak bersebelahan Stadium Taipei dan mudah untuk diakses! 

Foto kredit – Ziarahharmoni.blogspot.com

4# Khana Khazanah

Lokasi Halal ke-4 ini merupakan antara beberapa restoran citarasa India di Taipei. Cuma di Khana Khazanah Restaurant, korang boleh nikmati set tengahari dibawah NT $200 (RM28) serta semua menu halal! 

Set menu tengahari di Khana Khazanah sentiasa menjadi pilihan pengunjung dan pelancong Muslim. Set tersebut ‘digandingkan’ dengan kari, kacang, pakora, nasi dan naan. Set ayam NT $180 (RM25) dan set vegetarian ialah NT $160 (RM22). Set daging lembu dan kambing juga disediakan. Hah, korang pilih lah yang mana. 

Alamat : No. 366, Section 1, Keelung Rd, Xinyi District, Taipei City, Taiwan 110

    Senang cakap, Taiwan memang mesra dengan makanan halal dan restoran mesra Muslim. Pesanan kami #BackPackerz, kurang-kurangkanlah makan mi segera bila travel huhu. 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!