Type to search

Tips Travel Travelog BP

4 Tips Minta ‘Izin’ Parents Korang untuk Travel Solo/Melancong Oversea. Confirm lepas punya!

Share
  • Kerisauan adalah perkara biasa yang korang kena hadap apabila meluahkan untuk pergi mengembara secara solo terutama perempuan

  • Kebimbangan tersebut tidak terhad kepada ibu bapa, tetapi pasangan, adik-beradik, kenalan rapat malah rakan sekerja

  • Mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk merasa bimbang tentang trip solo korang. Restu dan keizinan itu penting ye!


Memberitahu keluarga tersayang mengenai keputusan korang untuk pengembaran solo atau melancong secara solo backpacker sering menjadi ‘pertempuran berat’ terutama buat kaum wanita mahupun ‘anak emak’.

Mereka mungkin tidak faham tujuan atau maksud korang untuk travel sendiri. Pasti timbul persoalan seperti, “Mengapa korang tidak bercuti ke suatu tempat yang lebih dekat atau merancang percutian bersama rakan-rakan”.

North Carolina, United States

Sekiranya masih dihantui ‘kecelaruan’ ini, korang tidak keseorangan, penulis pun menghadapi perkara sama. Bak kata quotes mat saleh, “You never really travel alone, the world is full of wonderful friends waiting to know you”.

Perjalanan secara solo merupakan pengembaraan yang menakjubkan dan menyeronokkan bagi newbie backpackers. Ia memberi keyakinan tambahan serta mengubah journey in your life! 

Berikut adalah beberapa PETUA bagaimana untuk memberitahu orang tersayang di rumah yang bimbang tentang keinginan korang mengembara secara SOLO! 

1 – Bersedia untuk menjawab “MENGAPA” ingin kembara solo

Sekiranya ibu bapa tahu dengan tepat mengapa anak kesayangan mereka ingin mengembara dengan sendiri, mereka mungkin lebih cenderung menyokong korang! Memang tepat, aspek keselamatan adalah perkara utama tetapi ianya bukanlah satu-satunya kebimbangan mereka. Sudah tentu mereka juga mahu korang gembira selagi hayat dikandung badan.

Keinginan ke arah dunia pengembaraan bagi newbie mungkin boleh menjadi sedikit kabur atau korang mungkin kabur nak jawab apa apabila disoal. Namun, ‘alasan’ seperti mahu merasai pelbagai budaya serta tempat yang berbeza dan berpeluang menikmati pemandangan yang indah di dunia adalah permulaan yang baik untuk membuatkan ibu bapa korang lebih memahami pengertian seorang pengembara!


*TIPS – Semasa berbincang dengan penjaga korang, ingatkan mereka siapa yang telah membesarkan diri korang sehingga berani untuk keluar travel solo

Mural in Georgetown, Malaysia
Homeless also travel freely without any itinerary

2 – Kongsi butiran mengenai “RANCANGAN” pengembaraan

Kebiasaannya, ‘penentangan’ yang mungkin korang alami sewaktu meluahkan hasrat untuk “solo travel” adalah mengenai kebimbangan, keselamatan dan tidak menyentuh tentang keupayaan korang.

Komuniti pengembara dunia juga bersepakat bahawa perkongsian pelan pengembaraan korang mampu meredakan kerisauan insan tersayang. Pastikan korang berkongsi gambaran asas mengenai perjalanan korang seperti jadual penerbangan atau pengangkutan lain, bandar-bandar yang dilawati, penginapan yang korang akan tinggal dan beberapa pemandangan mahupun lokasi menarik. Jadi, sesiapa sahaja mungkin boleh detect lokasi korang yang terakhir kalau ada kecemasan.


*TIPS – Jangan bila dah seronok berjalan di negara orang sehingga ‘lupa diri’ dan leka dengan keadaan sekeliling

Plan, focus and update

3 – Keep in touch while you’re traveling, anywhere & anytime

Mesti korang persoalkan, “Aku bercuti nak rasa tenang tanpa gangguan dan sebagainya”. Baik, jika begitu, gariskan satu panduan atau persetujuan dengan jadual atau masa untuk berkomunikasi.

Korang boleh pilih panggilan telefon harian, mingguan, mesej teks, atau kemaskini di media sosial. Perbualan yang dikongsi mahupun foto yang dimuatnaik sangat membantu orang penting disekeliling korang bahawa diri ini sedang menikmati keseronokkan mengembara secara solo!

Jadi, kalau korang tak sempat nak telefon selama beberapa hari, mereka akan tahu updates percutian korang hanya di hujung jari.


*TIPS – Travel dengan telefon pintar atau gajet merupakan pilihan berguna supaya korang boleh sentiasa dihubungi menerusi aplikasi seperti whatsapp, video call dan Skype setiap kali ada sambungan WiFi atau Mobile Data

World Trade Center, New York, United States

4 – Kenalkan siapa pengembara solo lain / komuniti

Jelaskan kepada ibu bapa korang bahawa dunia pengembaraan secara solo atau berkumpulan sebenarnya merupakan perkara yang biasa yang dilakukan di negara luar. Lebih tepat, sudah menjadi rutin bagi komuniti backpackers di luar negara mengembara dan bertemu new travel buddies!

Selain itu, terdapat banyak bahan bacaan serta sumber, antaranya buku, blog dan podcast yang dibuat berdasarkan pengalaman pertama pengembara. Kongsi semua informasi ini dengan mereka.

Ada kemungkinan daripada pengalaman seseorang yang pernah mengembara solo (dalam kalangan ahli keluarga) sebelum ini akan mewakili serta memberi pemahaman yang lebih baik mengenai kelebihan kembara solo kepada keluarga mahupun pasangan korang. Belum cuba belum tahu guys!


*TIPS – selalu ajak ibu bapa atau pasangan untuk menonton travelogue, rancangan mengembara atau destinasi pelancongan

Let your parent know more about travel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!