fbpx

Type to search

Feast BP Travelog BP

5 “Muslim Friendly Restaurants” di Jeju, Korea. 먹자 Meokja!

Share
  • Korea Tourism Organization menyenaraikan restoran “Muslim Friendly” untuk memudahkan pengembara Muslim makan di Jeju Island
  • Jeju adalah sebuah pulau peranginan yang lengkap dengan pilihan makanan lazat, lokal dan vegetarian yang sesuai untuk pelancong Muslim
  • Terima kasih atas penyediaan garis panduan yang banyak membantu pelancong Malaysia sewaktu bercuti di Jeju

Saban hari, budaya makanan Jeju telah mencerminkan geografi serta persekitarannya yang cukup unik. Bermula dari hidangan India yang sinonim, kelazatan makanan laut yang cukup segar, serta sajian masakan tempatan yang penuh dengan rasa keaslian Pulau Jeju.

Jom ushar 5 tempat makan yang boleh korang terjah jika berpeluang bercuti di Jeju Island.

Local house in Jeju

1) Bagdad Halal Jeju (Indian food)

Ia adalah restoran India pertama yang dibuka di Pulau Jeju. Disahkan oleh Islamic Center of Jeju, Bagdad merupakan salah satu tempat makan paling popular dalam kalangan penduduk tempatan, pengunjung Muslim serta usahawan yang melawat Jeju.

Pilihan sajian yang terkenal adalah menu set, termasuk samosa, tandoori chicken, garlic naan, butter naan dan pencuci mulut. Bagdad juga menyajikan hidangan bagi penggemar vegetarian. Jangan risau, bahasa perantaraan English dan Japanese boleh difahami.

Bagdad Halal Jeju - Indian Food
Bagdad Halal Jeju - Indian Food

2) Bada Janchi (Korean-Jeju local dishes)

Restoran Bada Janchi khusus dalam penyediaan makanan laut, terutama ikan. Ia hanya menggunakan bahan dan ramuan Korea untuk memastikan makanan sentiasa segar. Pengunjung Muslim boleh menikmati pelbagai hidangan berasaskan ikan seperti panggangan, bubur, rebus dan sebagainya.

Bada Janchi sering dikunjungi oleh pelancong yang mencari makanan laut dan dikategorikan sebagai Muslim Friendly Restaurant. Menariknya, restoran ini turut menyediakan bilik solat. Rata-rata Bada Janchi menerima 20 hingga 30 pelancong muslim setiap hari.

Bada Janchi - Jeju local dishes

3) Mulmegol (Muslim Friendly Vegetarian Food)

Restoran ini terkenal selepas disiarkan di televisyen tempatan sebagai restoran yang ‘jujur’. Mulmegol menyajikan variasi hidangan sampingan bagi penggemar vegetarian seperti lotus leaf rice yang dikenali sebagai Yeoipbap, dan Perilla Seed Sujebi.

Selain itu, anda boleh cuba Korean temple food yang lain antaranya pancake, salad, tofu, rice wrapped cookies dan traditional Jeju rice ‘yogurt’ called Shindari.  

Mulmegol - Muslim Friendly Vegetarian Food
Mulmegol - Muslim Friendly Vegetarian Food

4) Tamrabadang (Korean – seafood stews & soups)

Tempat ini telah dibuka Disember 2014 dan merupakan sebuah restauran khusus bagi masakan tempatan Jeju yang sangat lazat. Anda bayangkan ikan mentah segar seperti Damselfish, Tilefish, Abalone, Cutlass fish dan banyak lagi!

Lokasi Tamrabadang juga mudah akses, hanya 3.7 kilometer dari Jeju International Airport dan 12 minit kalau naik teksi. Restoran ini turut menawarkan pemandangan laut yang cantik dan menenangkan.

Tamrabadang cukup popular dengan hidangan sup ikan pedas yang dikenali sebagai Haemultang.  Ia adalah destinasi makan Muslim welcome yang sesuai untuk korang cuba makan tengahari atau dinner!

Foto - Mangoplate

5) Seopji Haenyeouijip (Korean – Seafood)

Restoran ini terkenal di Jeju untuk sajian bubur nasi dengan abalone dan merupakan salah satu hidangan kegemaran pelancong jika ke sini. Lokasi restoran dekat dengan Seongsan Ilchulbong, menawarkan pemandangan di tepi pantai. Selain itu, menu lazat lain adalah ‘Gengi Juk’, bubur nasi dicampur dengan daging ketam yang halus dicincang. Memang sedap!

Alamat: Jeju Seogwipo-si Seongsan-eup Sinyang-ri 127-1

Foto - Redtable
Foto - Mangoplate
Sumber: Korea Tourism Organization & Visit Jeju.
Tags:

You Might also Like

2 Comments

  1. trip ke jeju May 29, 2019

    Banyak juga tempat-tempat muslim-friendly di Jeju. And mostly makanan berasaskan seafood.

    Reply
  2. backpackerz May 29, 2019

    Yes, agreed with you! Too many seafood and a lot of muslim-friendly attractions. Thanks Arba Travel

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!