LOADING

Type to search

Insider BP

5 petua mudah bawa kanak-kanak layan aktiviti outdoor!

MM July 12, 2018
Share

Betul, kita semua sedar bahawa “mengembara berjalan kaki” atau lebih sinonim, mendaki adalah aktiviti yang menyeronokkan dan sentiasa mengujakan terutama apabila seluruh keluarga terlibat termasuk kanak-kanak.

Secara tidak langsung, anak-anak kecil ini akan menikmati masa berkualiti bersama keluarga dan membantu ‘menghidupkan’ suasana yang lebih mengembirakan ketika mendaki. Lebih meriah orang cakap. Dapat hiking pada hujung minggu di Taman Botani, Shah Alam pun sudah memadai. Namun, sebelum pergi daki bersama kanak-kanak, perlu ada penyediaan yang rapi. Jadi #BackPackerz ingin berkongsi 5 ‘petua’ untuk anda mendaki dengan kanak-kanak.

1 – SEDIAKAN KASUT YANG SELESA

Nyata, untuk mendaki bersama keluarga dan kanak-kanak, sepasang kasut yang baik adalah satu kemestian kerana mereka perlu mendaki untuk tempoh masa yang panjang; memerlukan keselesaan yang berterusan di kaki serta pergelangan.

Tidak hanya itu, jenis kasut yang kalis air dan ‘bernafas’ akan membantu memastikan perlindungan terhadap kelembapan luar kasut dan peluh, jadi mereka tidak terasa basah pada stoking serta kasut. Nanti gatal-gatal dah susah.

Paling penting, ‘lanyak’ kasut tersebut dengan pemakaian harian sebelum menyarungnya untuk aktiviti mendaki yang mencabar bersama keluarga. Ia bagi mengelakkan kaki daripada melecet , di samping memberi lebih keselesaan. Macam perumpamaan yang biasa kita dengar, ‘gigit’ belakang kasut baru sebelum sarung, supaya kaki anda tidak melecet.

 

2 – BIARKAN BANTUAN ANAK KECIL

Kalau masa hiking yang tidak membahayakan, jangan halang kanak-kanak yang ingin ‘menyibuk’ membantu kelancaran aktiviti mendaki anda. Ini yang dimaksudkan sebagai family bonding, so let it be. Macam dalam animasi Dora The Explorer, itulah sebabnya kami mengesyorkan mereka terlibat sekali dalam aktiviti mendaki anda. Tidak kiralah tugasan bawa air, makanan atau apa sahaja. Kanak-kanak pasti akan super excited dengan aktiviti tersebut.

Selain itu, ia akan membantu kanak-kanak dengan kemahiran merancang serta mendedahkan mereka dengan keadaan sekeliling. Melatih mereka untuk berkomunikasi, berkongsi kesukaran serta keluhan semasa aktiviti lasak luar. 

3 – BAWA AIR & MAKANAN RINGAN (JAJAN)

Sewaktu mengembara dengan berjalan kaki, pasti perut anda seolah ‘merintih’ kelaparan dan dahaga. Jadi, pastikan anda membawa makanan dan minuman yang perlu dan sesuai terutamanya apabila anak-anak kecil ikut bersama.

4 – JANGAN MALAS SEMAK CUACA

Sebelum melakukan aktiviti mendaki dengan si kecil, kami cadangkan anda periksa ramalan cuaca terlebih dahulu. Mesti tak best kalau sampai tempat nak daki itu tiba-tiba hujan, atau, terperangkap dalam cuaca hujan masa nak turun dari pendakian. Elakkan dari perkara ‘malang tidak berbau’.

Selain itu, permukaan yang basah dan cuaca berangin boleh menimbulkan masalah seperti licin dan kesejukan. Periksa bagaimana keadaan cuaca kerana ia membantu anda merancang apa yang perlu dipakai dan apa yang perlu dibawa.

5 – MENJADUALKAN WAKTU BEREHAT

Mendaki adalah aktiviti melibatkan fizikal dan mudah membuatkan orang dewasa dan kanak-kanak untuk menjadi letih beberapa ketika. Inilah sebabnya mengapa anda perlu ambil masa berehat secara berkala bagi membina semula tenaga dengan minum air dan nikmati snacks.

Jadi, jom kita isi masa lapang hujung minggu dengan aktiviti lasak luar dan adventure bersama keluarga tercinta.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!