Type to search

Editor Pick Gajet Gear Tips Travel

5 ‘Pocketable Camera’ Sesuai untuk Percutian Santai Anda! – Ringan & Mudah Dibawa

Share
  • Gajet pada kamera bersaiz ‘poket saku’ ini akan memudahkan korang menangkap hampir semua jenis gambar.
  • Membawa kamera DSLR yang besar & berat agak leceh serta sukar untuk pengembara.
  • Walaupun kebanyakan kamera ‘smartphone’ semakin pintar & canggih, kepuasan mengambil gambar itu tidak maksimum tanpa gear tambahan.

Dunia fotografi tidak lagi tertumpu kepada jurugambar profesional yang merakam foto-foto menawan atau kenangan indah seperti perkahwinan, ulang tahun, sambutan majlis dan sebagainya.

Sesiapa sahaja suka ‘berselfie’ atau mengambil gambar untuk berkongsi di platform media sosial, malah gambar semasa bercuti turut menjadi sebahagian daripada gaya hidup masa kini. Of course

"It is better to travel along with camera rather being solo"

BackPackerz ingin kongsikan LIMA gajet tambahan pada smartphones untuk korang mengambil gambar travel yang lebih baik. Confirm mesti dapat lebih 100 likes di Instagram! 

Paling best, korang tidak perlu memikul beg kamera keliling pinggang semasa travel. Kelima-lima peranti ini jika digabungkan masih lebih ringan, lebih kecil dan lebih murah daripada jenis DSLR yang berat mahupun mirrorless camera.


1 – LimeLens Universal Smartphone Camera Lens Set

Berikan rangsangan pada kamera telefon pintar atau tablet korang dengan Limelens Lens Set – satu koleksi dengan tawaran dua kanta mini yang luar biasa. Mempunyai tiga versi lampiran Limeclip genius yang direka untuk menjamin kualiti kedua-dua kanta. Sesuai digunakan untuk lebih dari 70 telefon pintar dan tablet.

Ambil gambar kanta makro atau lebar dengan lensa dwi guna, dan mampu mengambil gambar serta video secara kreatif dengan kanta fisheye.

Limelens smartphone lenses
The effects in pictures using Limelens

2 – Sony DSC-QX100

Gajet tambahan ini agak pelik sikit. Sony DSC-QX100 adalah kamera bergaya menampilkan kanta pintar yang boleh dilampirkan bersama smartphone. Ia adalah satu peranti pintar yang menghubungkan mana-mana telefon pintar menjadi ‘camera beginner‘.

Korang hanya perlu pasang lensa tersebut dengan telefon pintar dan terus rakam gambar percutian yang cantik. Sony DSC-QX100 juga dihubungkan dengan WiFi pada telefon korang. Sangat mudah untuk upload semasa melancong!

Sony DSC-QX100 Smartphone Attachable Lens-style

3 – Moment Lenses and Case

Memiliki barisan kanta berkualiti tinggi – lebar, telephoto dan makro yang dipasangkan pada telefon pintar seperti iPhone dan Android. Mempunyai tali pergelangan tangan untuk korang rasa yakin ketika menggunakan Moment Lenses ketika pengembaraan.

Moment Case juga membuat kamera telefon pintar kelihatan lebih versatile tetapi selamat. Moment Lenses membolehkan korang membuat pelbagai ‘tembakan’ yang lebih besar dan mudah dibawa ke mana-mana. Moment lenses and case mampu melengkapkan telefon korang untuk mengambil gambar seperti kamera mirrorless atau compact.

The Moment 18mm M-series Wide Lens works with iPhone, Pixel & Galaxy Phones.

4 – Narrative Clip 2

Kamera kecil 8 megapixel direka untuk dilekatkan pada baju atau backpack korang. Narrative Clip 2 berfungsi secara automatik untuk mengambil gambar setiap 30 saat atau lebih kerap, ia bergantung kepada korang. Pastinya korang memerlukan gajet tambahan ini untuk mengambil pelbagai gambar-gambar candid ketika bercuti.

Narrative Clip 2 tidak mempunyai skrin dan beberapa kawalan (untuk mematikannya, simpan sahaja di dalam poket saku). Ia hanya berfungsi setelah anda menyambungkan kamera ke bekalan kuasa, beratus-ratus foto itu ditarik masuk ke simpanan seperti icloud dan sebagainya. Lebih cool, korang boleh lihat imej di aplikasi Narrative Clip 2 sahaja – jimat phone memory!

Capture authentic video and photos, effortlessly, with Narrative Clip 2

5 – LG 360 CAM

Gajet tambahan ini kelihatan seperti asthma inhaler, tetapi LG 360 Cam adalah antara gajet kamera poket yang paling futuristik. Peranti yang mudah digunakan serta ringkas ini dilengkapi dengan dua kanta fisheye – mengambil gambar atau video secara 360 darjah.

Sesuai dibawa untuk mengambil gambar percutian seperti pemandangan dan persekitaran secara keseluruhan, yang menjadikannya sebagai imej sfera dan korang boleh teliti menggunakan smartphone, computer atau virtual-reality headset. Sangat canggih tapi harga ‘keras’ sikit. 

Lets you capture full 13 MP 360° photos & record 360° video in 2K. You can even use your smartphone as a remote control to see what you're recording, in real time
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!