Type to search

Antarabangsa Editor Pick Featured Itinerari BP Travel

6 hari 5 malam di Vietnam, Geng Lelaki Ini Terokai Keindahan ‘Kota Gunung’ Sa Pa & Bandar Purba Hanoi

Share
  • Hanoi merupakan ibu kota Vietnam dan bandar kedua terbesar dengan populasi penduduk (7.7 juta pada tahun 2015)
  • Kedudukan geografi bandar ini terletak bersebelahan tebing Sungai Merah (Red River)
  • Pada 16 Julai 1999, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah mengangkat Hanoi sebagai “City for Peace”

Kebiasaannya, kalau korang semak atau lakukan carian mengenai Vietnam, mesti ramai yang memilih Hanoi, Ho Chi Minh City dan Ha Long Bay sebagai destinasi pilihan untuk dikongsikan rujukan, itinerari mahupun pengalaman lokal.

Hanoi popular train street

Bagi penggemar tempat bersejarah, Hanoi memang sesuai untuk korang kerana destinasi ini merupakan salah satu bandar yang agak purba di dunia, di mana pelancong boleh mencari bangunan kolonial yang dipelihara dengan baik, seni beni pagoda purba yang mengekalkan ciri agama serta muzium unik di pusat bandar.

Cuma kali ini, BackPackerz kongsikan panduan ringkas percutian Soffiey Eppiey dan Mohd Shafiq Sabari bersama rakan-rakan mengembara ke Sa Pa serta Hanoi.

Selfie dulu di puncak Gunung Fansipan, Sa Pa

Turun dari Hanoi International Airport atau orang sana panggil No Bai Airport, kami cari bas awam untuk ke Old Quater di Hanoi. Tiket bas berharga 35 ribu Vietnam Dong (Vnd), tak mahal kalau convert ke Ringgit Malaysia baru RM 6.50.

Kemudian, benda pertama kami cari adalah kad sim lokal. Kami guna Viettel tourist sim yang berharga 250 ribu Vietnam Dong (VND). Memang kami rancang nak pusing bandar Hanoi, tapi kami letak itinerari ‘bandar purba’ ini ke belakang dulu sebab tak sabar nak menikmati pemandangan gunung-ganang serta udara segar di Sa Pa.

Sebelum gerak ke Sa Pa, mesti bergambar dulu dekat Hanoi train street

Jom kita kenali kawasan Sa Pa dan terokai Fansipan Mountain – gunung tertinggi di Vietnam bersama itinerari daripada dua orang pengembara dari Kedah ini.

Sa Pa adalah sebuah bandar di wilayah Lao Cai yang terletak di barat laut Vietnam bersempadan dengan China. Wilayah ini terkenal dengan aktiviti mendaki dan pengembaraan trekking yang lasak sebab ada jajaran gunung Hoang Lien Son.

Sa Pa town
Hanoi so hot, Sa Pa was cool, Lao Cai province, Vietnam

#TRIVIA
Jajaran gunung Hoang Lien Son merupakan ‘rumah’ kepada pelbagai etnik minoriti, menawarkan banjaran gunung-ganang yang mengagumkan serta tarikan lokal di Sa Pa. Hoang Lien Son Mountains Range, Vietnam menduduki ranking ke-7 dalam “28 Destinasi Paling Menarik di Asia Tenggara” oleh Majalah National Georaphic pada tahun 2019.


Budak mengenakan pakaian tradisi di Sa Pa
Antara etnik minoriti di Sa Pa, Vietnam

Ada sebuah trekking base yang menawarkan panorama menghadap sawah padi di Lembah Muong Hoa, dan berdekatan dengan Gunung Phang Xi Pang atau Fansipan Mountain. Tentang transport pula, kami naik Interbus Line dari Hanoi ke Sa Pa. Tiket bas berharga 250 ribu Vnd. Kami pilih bas jenis yang boleh ‘tidoq’ tapi bagi manusia yang berkaki panjang, korang akan rasa sempit sikit. Jarak Hanoi dan Sa Pa tak jauh sangat pun, baru 350 kilometer, dalam lima hingga enam jam. Sempat lah nak rehatkan badan sekejap.

Tiba di Sa Pa, kami berlima check in dekat Phuong Nam Hotel selama empat hari tiga malam. Jumlah perlu dibayar untuk dua katil double dan 1 katil single dalam 4,500 juta Vnd. Jika dibahagikan kepada lima orang, kami bayar 900 ribu Vnd (RM 160) seorang.

Lepak minum sambil nikmati pemandangan di Lao Cai
View rooftop phuongNam hotel, Sa Pa

Cara senang untuk bergerak sekitar Sa Pa adalah motor. Kami sewa motor Honda Wave 110 sehari dalam 100 ribu Vnd. Kemudian, kami bergerak ke Cat Cat Village dan bayaran masuk adalah 70 ribu Vnd. Kemudian kami naik kereta kabel di Fansipan Mountain – gunung tertinggi di Vietnam. Tiket cable car dalam 750 ribu Vnd.

Siapa nak try naik tram, korang boleh dapatkan di sini dengan harga tiket 70 ribu Vnd. Jangan lupa standby baju hujan (20 ribu Vnd) sebab cuaca tak menentu.

Minyak fulltank dekat sini baru 80,000 Vnd (RM14)
Jalur Gemilang berkibaran di Puncak Gunung Fansipan
Melawat sawah bendang versi Vietnam di Ban Cat Cat Village

Hari seterusnya, kami merancang untuk ke Ham Rong Mountain, bayaran masuk ke sini 70 ribu Vnd. Nuii Ham Rong atau dikenali sebagai Ham Rong Tourist Mountain. Dekat sini korang boleh layan pemandangan Gunung Farsipan sebab kawasan dia atas puncak bukit sikit. Menariknya, dari atas bukit Ham Rong ini korang dapat meninjau pekan Sa Pa secara keseluruhannya.

Dua malam terakhir kami habiskan di bandar Hanoi. Korang boleh dapatkan Green Bus dari Sa Pa ke Hanoi dengan tiket berharga 70 ribu Vnd. Kalau korang tempah guna hotel, ada perkhidmatan percuma teksi dari penginapan ke stesen bas.

Silver waterfall di San Sa Ho, Sa Pa, Lao Cai
Gunung Fansipan berketinggian 3,143 meter

Dekat Hanoi, kami check in dekat Ibiz Hotel, terletak di Old Quarter dan berjarak 5-10 minit sekiranya berjalan kaki ke Tasik Hoan Kiem dan Kuil Ngoc Son. Ibiz Hotel Hanoi menampilkan hiasan serta dekorasi elegan dengan elemen tradisional Vietnam. Harga dua bilik (triple room & double room) dalam 2,500 juta Vnd, boleh muat lima orang. Jarak hotel ini dari Noi Bai International Airport adalah 40 minit jika korang memandu.


*Tips & Perbelanjaan lain
– Disember bulan paling sejuk dekat Sa Pa, kalau ada rezeki boleh tengok salji.
– Tawaran makanan halal di Sa Pa agak terhad sebab hanya ada satu kedai sahaja iaitu Cosiana Hotel (dibuka 7 pagi – 9 malam).
– Pilihan barang-barang outdoor memang banyak di Sa Pa.
– Jaga barang peribadi elok-elok sebab geng kami nyaris kena pickpocket di Sa Pa masa turun dari bas.
– Makanan halal di Hanoi ada tapi tak berapa banyak pilih, harga lebih murah dari Sa Pa.
– Cari Al Noor Mosque Hanoi, ada kedai makan halal nama Zaynab yang tersorok di sebalik lorong kecik.
– Jangan lupa perkena kopi ais versi Hanoi, padu dia sukar digambarkan.
– Guna je Grab untuk ke airport masa balik, caj baru 300 ribu Vietnam Dong (5 seater)

Railway cafe, Hanoi

*Jumlah kos perbelanjaan tidak termasuk tiket penerbangan, makan dan membeli-belah untuk 6 hari 5 malam di Sa Pa serta Hanoi anggaran dalam 3,505 juta Vietnam Dong (RM 625). 

Gambar: Soffiey Eppiey & Mohd Shafiq Sabari
Instagram: Soffiey_eppiey & Mohd Shafiq Sabari

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!