LOADING

Type to search

Itinerari BP

6 SEBAB PERLU SAMPAI AWAL DI AIRPORT

backpackerz June 13, 2018
Share

Awal-awal tahun mesti semua dah ada perancangan untuk ke luar negara kan? Maklumlah, tiket penerbangan sudah ditempah masa promosi tahun lepas lagi. Dalam keseronokan membuat persiapan, pastikan korang jangan terlupa tengok masa dan tarikh penerbangan dengan teliti. Jom tengok sebab apa korang wajib sampai awal di Airport.

INI SEBAB KENA TIBA AWAL DI LAPANGAN TERBANG

b5eefa11316fd34de440cfd452d024bb0e0fb9a13cec0f0c7ec3c2ebe78dacba

Bertenang

Sebelum sampai tarikh penerbangan korang, sebaiknya awalkan waktu untuk korang packing barang-barang keperluan. Kemudian, sehari sebelum penerbangan korang hanya perlu double check sahaja barang-barang yang korang dah packing. Bertolak awal dari rumah untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Jadi, korang lebih tenang sebaik tiba di lapangan terbang.

Check-In

Kalau yang baru kali pertama check-in menggunakan kiosk yang disediakan, pastikan korang tanya petugas yang ada di lapangan terbang untuk membantu. Jangan malu! Kalau malu, korang boleh terlepas waktu untuk check-in. Tiket burn dan korang menangis tepi bagasi sebab kena tinggal flight. Kalau nak check-in di kaunter, datang awal untuk mengelakkan korang beratur panjang. Kalau korang terpaksa check-in di kaunter dan waktu untuk daftar masuk dah suntuk, jumpa petugas atau pergi ke kaunter ekspres yang ada. Kalau takut kena kecam dengan orang yang dah beratur lama, jumpa petugas yang ada untuk bawa korang ke kaunter ekspres tu.

Penalti atau Ticket Burn

Pastinya satu yang menyakitkan hati apabila korang dah beratur lama lebih dari masa yang sepatutnya, tiba-tiba sampai di kaunter, petugas menyatakan sistem untuk check-in dah tutup! Untuk menukar masa perjalanan bagi sesetengah penerbangan, korang hanya perlu membayar penalti. Tapi ada juga pesawat yang tak kenakan penalti, terus burn tiket korang. Baik bayar penalti dari burn terus kan?

Masa pelepasan dan Nombor Gate

Selalunya, bila keadaan korang dah tak tenang untuk selesaikan semua hal sebelum berlepas, kadangkala masa berlepas dan nombor gate yang korang akan tuju pun boleh jadi isu. Mana tidaknya, dalam keadaan macam ni, korang akan terlepas pandang masa pelepasan. Tapi tak apalah, mesti akan ada petugas yang akan panggil nama korang untuk ‘panggilan terakhir’ menaiki pesawat. Dalam kejar masa untuk sampai ke gate, pastikan nombor gate yang korang tuju tu betul. Silap jalan ke gate, penat juga korang nak pusing mencari nanti.

Masa Lapang

Kebaikan untuk selesaikan semua hal-hal di lapangan terbang sebelum korang belepas adalah, korang akan lebih tenang dan ada banyak masa untuk pastikan masa penerbangan, nombor pesawat, dan nombor gate yang korang akan naik. Korang juga akan ada masa untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan. Tak adalah korang lapar semasa dalam pesawat nanti. Pada yang ada bajet lebih bolehlah pesan makanan dalam pesawat. Bagi yang bajetnya kurang, boleh makan dahulu sebelum naik ke atas pesawat.

Kesesakan Trafik

Bukan kesesakan trafik di jalan raya sahaja perlu korang titik beratkan. Kesesakan trafik untuk selesaikan urusan untuk check-in dan penyimpanan bagasi juga korang kena ambil kira. Jangan sesekali sampai ‘ngam-ngam’ pada waktu yang ditetapkan. Sebabnya, nak beratur pun makan masa juga. 60 minit atau tiga jam awal itu tak termasuk untuk beratur uruskan hal-hal yang lain ya. Jadi korang kena sentiasa beringat, datang lebih awal untuk menguruskan urusan check-in.

airliner landing at dusk, panoramic frame
Scroll Up