LOADING

Type to search

Itinerari BP

7 TIP PILIH KAD SIM SEMASA TRAVEL

backpackerz June 6, 2018
Share

ALAMAK! Macam mana ni? Nak pergi oversea tapi tak teringat pasal kad sim?! Dalam keterujaan untuk ke negara orang bercuti, pasti akan ada sahaja part yang akan korang terlepas pandang. Terutama sekali hal yang kecil-kecil ni. Ada telefon pintar tapi tiada kad sim pun susah juga kan? Jangan risau, edisi BackPackerz kali ni akan bagi tip untuk pilih kad sim semasa travel, khas untuk newbie di luar sana. Check it out!

7 TIP PILIH KAD SIM SEMASA TRAVEL

Young woman sitting on the floor with a laptop with an international tourism background

Selidik Tentang Telco Di Tempat Korang nak Travel

Sementara korang tengah ada waktu lapang nak check whatsapp atau tengok media sosial yang lain, rajin-rajinkan jari jemari korang tu untuk buat sedikit pencarian di internet – macam mana nak buat pilihan kad sim yang akan korang guna di tempat orang. Walaupun kat negara-negara seperti Korea ada wifi free di hampir semua kawasan, tak semestinya negara lain pun macam Korea. Apa salahnya kalau ambil tahu sikit perihal sim kad ni. Buat pilihan yang tepat dan pastikan korang jangan terburu-buru untuk memilih. Buat perbandingan telco kad sim untuk negara yang korang nak pergi. Bila semua persediaan dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil hal ni dah selesai, perjalanan korang pasti akan lebih lancar dan tenang. Biarpun baru berjinak-jinak dalam dunia travel, pastikan ilmu yang korang akan bawa ke negara orang tu penuh di dada. Tak gitu?

sin_1

Beli Kad Sim Lokal

Sampai je di destinasi yang korang tuju, terus cari kedai-kedai telekomunikasi untuk tanya sama ada research yang korang buat pasal sim kad tu wujud atau tak. Selalunya local kad sim ada jual di lapangan kapal terbang selepas korang mendarat. Bila ada kad sim lokal, korang boleh jimatkan data roaming korang. Kalau semua pakej internet tu sama dengan apa yang korang research. Tak perlu tunggu lama-lama, bayar dan terus boleh guna. Dah jimat masa kan? Lagipun nak pakai internet untuk beberapa hari saja, tak perlulah beli kad sim pada harga mahal. Tapi awas! Kena hati-hati dengan scammer tau, takut korang terbeli kad sim murah tapi kualiti internet teruk. Nak marah nanti pun dah tak guna, penjualnya pun entah ke mana. Pergi tempat orang pentingnya konsep ‘pandai bawa diri’ tu. Jangan biarkan orang asing menipu anda.

Credit: Professional Images

Rujuk Travel Agent Untuk Pilih Kad Sim yang Murah

Kalau korang travel seorang diri dari Malaysia dan bila tiba ke destinasi korang ada ejen yang dah tunggu, bolehlah tanya pasal kad sim atau bandar-bandar yang ada wifi free. Kebiasaannya ajen akan memberikan panduan untuk korang memilih kad sim dan cara untuk connect dengan wifi di tempat mereka. Jadi secara tak langsung dia juga akan beritahu beberapa cadangan sim kad yang mana lebih murah untuk dibeli. Tapi kalau ejen tak beritahu korang pasal wifi free pun, korang mesti pandai cari punya. Jangan tipu, siapa yang tak boleh ‘bau’ wifi free kan? Jimat data tu..

SIM-cards

Boleh Guna Kad Sim yang Sama

Ramai yang selesa guna nombor telefon dan kad sim yang sama, supaya memudahkan ahli keluarga korang untuk berhubung. Tak jadi masalah kalau korang nak guna nombor dan kad sim Malaysia di luar negara. Tapi kos untuk buat panggilan masuk dan keluar akan jadi dua kali ganda! Pitam! Anda call keluar mahal, yang angkat call anda pun akan di kenakan caj juga nanti. Balik Malaysia kena bayar bil telefon sebab dah melambung-lambung mahalnya. Untuk penyelesaiannya, korang tak perlu buat panggilan keluar, atau pun pesan siap-siap pada ahli keluarga dan orang tersayang jangan buat panggilan masuk. Watsapp atau kalau nak call juga, gunalah Skype atau lain-lain aplikasi yang ada. Zaman sekarang dah makin canggih, tak ada masalah nak berkomunikasi. Lagi satu, korang boleh sewa MiFi (mobile wifi) di hotel yang korang tinggal atau beli MiFi kalau korang nak guna internet di luar kawasan hotel. Ni cara untuk korang yang tak beli kad sim lokal ya..

India-SIM-Cards

Semak Kad Sim yang boleh guna Internet Tanpa Had

Jika kat Malaysia korang suka guna internet telefon yang unlimited kan? Dekat negara orang pun korang boleh pilih kad sim yang ada unlimited internet. Semak harga pakej internet, contohnya 2GB, 4GB atau 5GB. Semak jumlah kuota, harga atau caj tambahan jika ada. Korang kena semak juga berapa GB yang korang selalu guna. Ataupun bila travel dalam Malaysia, korang juga boleh semak telco-telco yang menawarkan pakej-pakej panggilan tanpa had. Macam renyah dan remeh kan? Tapi hal-hal seperti inilah yang selalunya korang akan terlepas pandang.

Newbie Simkad 3

Gunakan Kad Sim ChatSim

Kad sim ChatSim ini adalah kad sim yang dikeluarkan oleh oleh syarikat Zeromobiles.r.l dari Itali. Macam tak pernah dengar kan kewujudannya? Kad Sim ni korang boleh dapatkan bila dah sampai ke luar negara, sebab dekat Malaysia belum dipasarkan lagi. Dengan adanya ChatSim ni, korang boleh hantar mesej tanpa had dari pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, Line, Tango, FB Messenger, WeChat, QQ Chat, iMessenger, Yahoo Messenger, Skype, Telegram, Snapchat, Hangout, Viber, Twitter, ChatOn dan bermacam lagi dengan bayaran hanya €10 (RM65) setahun. Tetapi ianya terhad kepada perkataan serta emoticon saja. Korang boleh pakai ChatSim untuk menghantar mesej perkataan dan emoticon secara percuma setiap masa. Kalau nak hantar gambar atau lain-lain, caj tambahan akan dikenakan.

Friends

Tanya Kenalan

Untuk korang yang newbie, kalau nak lebih info boleh juga tanya kawan-kawan yang dah ada pengalaman travel, macam mana untuk uruskan hal-hal berkaitan alat komunikasi dan kad sim ni. Dengar pengalaman mereka yang lebih berpengalaman tak salah. Jangan ikut pandai sendiri. Walaupun korang buat research, tak semua benda akan ada dalam pencarian korang tu. Melalui pengalaman sebenar seseorang tu, pengajaran yang ada lebih jelas dan berilmu. Jadi, jangan malu untuk tanya kawan-kawan. Malu bertanya sesat jalan tau..

Scroll Up