Type to search

Airlines Antarabangsa Berita BP

Air Busan Tawar Penerbangan Terus ke Kota Kinabalu – Pelancong Korea Selatan Suka Sabah!

Share
  • Korea Selatan menduduki tempat kedua daripada TOP 3 ketibaan pelancong antarabangsa di Sabah.
  • Faktor utama yang menarik minat pelancong Korea ke Sabah adalah kerana keindahan pemandangan matahari terbenam, aktiviti laut dan pelbagai kehidupan marin.
  • Busan, terkenal dengan lautan dan tepi pantai, manakala Daegu popular dengan industri tekstilnya; boleh menarik perhatian rakyat Sabah serta kunjungan pelancong tempatan.

Dari matahari terbenam ke aktiviti laut yang menyeronokkan, ini adalah antara tarikan pelancongan di Sabah yang menarik minat pelancong Korea.ย Annyeonghaseyo!

Pelancong Korea suka datang ke Sabah dan lebih daripada separuh daripada pelancong negara K-Pop ini memilih Negeri Di Bawah Bayu sebagai destinasi kegemaran mereka untuk bercuti. #DekatJe

Lembah Danum, Sabah

Berita baik untuk rakyat Sabah! Syarikat penerbangan tambang murah Korea Selatan, Air Busan akan memulakan penerbangan terus ke Kota Kinabalu pada bulan ini.ย Terbang dari bandar Daegu, Air Busan akan mendarat buat kali pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 15 Mei 2019.

Penerbangan dari Daegu akan terbang empat kali seminggu, setiap Isnin, Khamis, Jumaat dan Ahad, manakala penerbangan terus dari Busan ke KKIA akan bermula 22 Mei secara harian. Jumlah penerbangan terus dari Korea Selatan ke Kota Kinabalu secara mingguan adalah sebanyak 48.

Syarikat penerbangan tambang rendah Korea Selatan, Air Busan
Air Busan in-flight look

“Orang Korea suka matahari terbenam dan lautan di sini. Mereka gemar bersiar-siar serta mengembara melalui pengangkutan kereta api lama Sabah,” Jung Sang-bong, Pengurus Cawangan Air Busan.


YB Datuk Christina Liew (Tengah) menyampaikan memento kepada Jung Sang Bong (Kiri ke-3), Pengurus Cawangan Air Busan
Kinabatangan River Tunku Abdul Rahman Park

Sabah merekodkan kehadiran 82,074 pelancong dari Korea Selatan pada tahun ini, sekali gus menjadikan sumber pasaran kedua terbesar bagi ketibaan pelancong antarabangsa ke negeri itu selepas China. Peningkatan 9.1 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri yakin Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah yang dijangka siap pada akhir tahun ini atau awal tahun depan bakal merancakkan lagi industri acara, mesyuarat, insentif, konvensyen, pameran pemasaran dan industri pelancongan di peringkat negeri.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!