fbpx

Type to search

Airlines Berita BP

AirAsia buka laluan baharu, Penang-Melaka! – Bermula Julai 2019

Share
  • Salah satu destinasi percutian yang cukup popular di Malaysia, Melaka telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2009.
  • Antara tarikan menarik di Melaka adalah Kota A Famosa, Bukit St Paul, Stadthuys dan Gereja Christ yang merupakan bangunan kolonial yang telah ditubuhkan ketika era Portugis, Belanda & Inggeris.
  • Untuk meraikan laluan baharu Penang-Melaka, AirAsia menawarkan tempat duduk percuma* bermula daripada RM12* untuk perjalanan sehala.

AirAsia bakal terbang ke negeri bersejarah Melaka dengan penerbangan terus harian baharu dari Pulau Pinang bermula 1 Julai 2019. #DontMessWithMelaka

* Tambang termasuk semua yang tercatat adalah bagi penerbangan sehala untuk Ahli AirAsia sahaja & termasuk cukai

Penawaran laluan baharu ini dijangka akan meningkatkan kedatangan pelancong ke bandar tersebut, seterusnya menyokong sasaran kerajaan negeri untuk menarik 20 juta pelancong pada tahun ini.

Negeri Melaka yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan kaya dengan sejarah, adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia, khususnya percutian seisi keluarga pada hujung minggu dan musim persekolahan.

Iconic attractions in Malacca, The Stadthuys

“Justeru, laluan baharu ini akan mengukuhkan lagi rangkaian pelancongan kami di Malaysia, di samping menawarkan lebih banyak pilihan untuk para pelawat antarabangsa untuk melancong antara negeri Pulau Pinang dan Melaka,” Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.


Bersiar-siar di sepanjang Sungai Melaka sambil menikmati pemandangan mural indah di sepanjang jalan

Para tetamu juga boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus untuk tempahan hotel di Melaka atau Pulau Pinang, dan tambahan diskaun sebanyak 5 peratus jika tempahan dibuat dengan kod promosi HOTEL5. Tempahan boleh dibuat di laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula dari sekarang sehingga 21 April 2019, untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai 2019 dan 2 Jun 2020.

Selain itu, para pelancong juga dapat menikmati aktiviti-aktiviti air yang menyeronokkan di Melaka Wonderland; menyewa beca untuk lawatan santai dan bersiar-siar di sepanjang Sungai Melaka sambil menikmati pemandangan mural indah di sepanjang jalan.

Hidangan eksklusif di Melaka termasuk sajian istimewa dan tradisional Nyonya; Sate Celup – daging, makanan laut atau sayur-sayuran cucuk yang dicelup dalam kuah istimewa; Putu Piring – kuih tepung beras kukus berinti Gula Melaka; Asam Pedas; nasi ayam kepal dan banyak lagi.

Direct flight from Penang to Melaka! Thanks AirAsia
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!