LOADING

Type to search

Berita BP

AirAsia lancar laluan baharu ke Phu Quoc, Vietnam

MM August 8, 2018
Share

Phu Quoc merupakan pulau terbesar di Vietnam yang mempunyai pelbagai landskap menakjubkan seperti hutan hijau, pantai yang jernih dan gunung-ganang.

Pelbagai tarikan menanti di Phu Quoc antaranya pantai sepanjang 150 km serta tiga kawasan utama di daerah tersebut iaitu pulau Phu Quoc, Hon Thom dan An Thoi. Phu Quoc adalah pulau terbesar di Vietnam yang merupakan sebahagian daripada Wilayah Kien Giang yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Rizab Biosfera Dunia pada tahun 2006.

Selain itu, terdapat pantai-pantai yang indah seperti Pantai Long Beach, Ong Lang, Ganh Dau, dan Starfish, yang menawarkan pemandangan matahari terbenam serta air jernih yang mempesonakan. Antara aktiviti lain yang boleh layan adalah meneroka pulau-pulau; melawat Kampung Ham Ninh untuk melihat kampung nelayan tempatan; Air Terjun Suoi Tranh yang dikelilingi kawasan hijau, gua dan kolam batu; menikmati makanan laut segar dan hidangan tempatan di Pasar Malam Dinh Cau serta banyak lagi.

Berita baik untuk geng #BackPackerz. AirAsia terus mengukuhkan hubungan Asean dengan pelancaran laluan baharu terus dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Phu Quoc, Vietnam. Penerbangan empat kali seminggu tersebut akan bermula pada 2 November 2018. Phu Quoc menandakan laluan unik ke-59 AirAsia Malaysia dan laluan kelima ke Vietnam. Selain Phu Quoc, AirAsia juga terbang ke empat destinasi lain di Vietnam termasuk Bandar Ho Chi Minh, Da Nang, Hanoi dan Nha Trang dari Malaysia.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee berkata, “Kami berbesar hati kerana menjadi syarikat penerbangan pertama yang melancarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke salah satu permata tersembunyi Asean, Phu Quoc. Sebagai syarikat penerbangan Asean, kami komited untuk membawa lebih ramai pelawat ke rantau ini. Para pelancong dari semua negara juga boleh melawat Phu Quoc dengan pengecualian visa sehingga 30 hari, menjadikan pulau ini lebih mudah untuk dilawati“.

AirAsia kini menawarkan tambang istimewa termasuk semua dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc daripada RM90*. Tambang ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi AirAsia bermula 8 Ogos hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 November 2018 dan 29 Mac 2019. Selain itu, ahli BIG juga boleh menebus penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc dengan hanya 100 Mata Ganjaran BIG (tambang asas sahaja).

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti perkembangan di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!