Type to search

Airlines Berita BP Travel

AirAsia tumpu 4 laluan domestik & luar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka!

Share
  • Jika korang tidak tahu Melaka memiliki Lapangan Terbang Antarabangsa, sama-sama kita terkejut! 
  • Dilaporkan, RM240 juta telah dibelanjakan untuk menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
  • Bagaimanapun, tiada penerbangan telah berlepas sejak Mac 2015

Gesaan caj penumpang agar diturunkan seperti yang dikehendaki oleh syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia telah diusahakan oleh kerajaan negeri untuk menurunkannya. Bertitik tolak daripada hal itu, kerajaan negeri mahukan AirAsia memulakan operasi di Melaka, Bandar Bersejarah.

Buat pengetahuan korang, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) telah dinaik taraf sebagai lapangan terbang serba lengkap dengan kemudahan fasiliti terbaik.

Empat destinasi bakal diterokai AirAsia apabila syarikat penerbangan tambang rendah itu bersedia memulakan penerbangan langsung pertama dari LTAM, Batu Berendam, menjelang suku ketiga tahun ini. Laluan baharu tersebut membabitkan destinasi domestik dan antarabangsa seperti Langkawi, Pulau Pinang, Pekan Baru (Indonesia), dan Bandar Seri Begawan (Brunei).

Kejayaan penerbangan fasa pertama ini menjadi kayu pengukur untuk AirAsia bertapak di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

Dengar khabar, laluan ke destinasi Guangzhou (China) dan Kota Kinabalu (Sabah) juga merupakan cadangan untuk dimasukkan dalam senarai lokasi penerbangan di LTAM, Batu Berendam.

Komitmen AirAsia memulakan operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka telah dinantikan oleh semua warga “Don’t Mess with Melaka”.

Sumber: Bernama
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!