LOADING

Type to search

Airlines Berita BP Travel

AirAsia umum mansuh caj KLIA2 mulai hari ini!

MM January 7, 2019
Share

Jika sebelum ini, fi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) telah diperkenalkan pada Mei 2014 bertujuan menampung kos tambahan yang terhasil daripada penggunaan fasiliti mandatori yang dikenakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di KLIA2.

Berita baik untuk geng #BackPackerz, AirAsia akan memansuhkan caj RM3 fi KLIA2 bagi KESEMUA PENERBANGAN yang berlepas di KLIA2 bermula hari ini (7 Januari 2019).

Caj tersebut dikenakan bagi penggunaan jambatan udara, sistem check in SITA dan sistem menaiki pesawat, yang tiada di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT), sebelum ini.

Riad Asmat berkata, pemansuhan fi KLIA2 ini selaras dengan pengumuman mereka pada minggu lepas.

β€œSejak dari mula, kami telah mengatakan yang KLIA2 adalah tidak sesuai untuk operasi syarikat penerbangan tambang rendah dan kami akan terus ke Malaysia Airports untuk segala kos tambahan yang mereka kenakan ke atas kami”, ujar Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!