fbpx

Type to search

Antarabangsa Berita BP Isu

Aktiviti Menunggang Gajah Bakal Dihentikan di Destinasi Popular, Angkor Wat, Kemboja

Share

“Semakin ramai pelancong tidak lagi berminat dan mahu membayar untuk melihat haiwan pertunjukkan dirantai atau diburu sesuka hati demi menjadi ‘hiburan’ kepada pengunjung, jadi tarikan seperti menunggang gajah perlu dihentikan jika mereka mengharapkan sokongan pelancong dan menghargai pencinta haiwan” – Komuniti kempen Moving Animals


Menurut kajian, jumlah gajah liar di Kemboja serta negara-negara lain di Asia Tenggara telah merosot sejak masa lalu disebabkan aktiviti pemburuan haram, pemusnahan habitat hutan dan konflik antara binatang dan manusia seperti penggunaan jerat, racun dan sebagainya.

Elephant ride merupakan tarikan popular di Angkor Thom, Bayon Temple atau Phnom Bakeng Hill (Foto: Angkorelephantride,com)

Antara tarikan pelancong yang ‘kurang disenangi’ oleh masyarakat dunia dan aktivis haiwan adalah aktiviti melibatkan tunggangan pada gajah dan kuda. Mungkin menyedari dengan kecaman sedemikian, aktiviti menunggang gajah atau lebih sinonim dengan ‘elephant ride’ di kuil yang terkenal di Kemboja kini bakal dihentikan, menurut laporan Metro.co.uk.

Sekumpulan gajah terdiri daripada 14 ekor tidak perlu lagi ‘bekerja kuat’ di Angkor Wat, Kemboja. Aktiviti menunggang gajah di Siem Reap cukup popular dalam kalangan pelancong asing.

Elephant ride around Bakheng Mountain (Photo: Angkorelephantride.com)

Kebiasaannya, pelancong yang ingin mencuba Angkor Wat Elephant Ride Tour perlu membayar 28$ (RM117) untuk separuh hari perjalanan. Tetapi apa nilai yang tidak mampu tawarkan dan pelancong tidak sedar adalah hayat penyalahgunaan yang gajah-gajah itu telah menderita.

Menurut pengarah Jawatankuasa Kumpulan Gajah Angkor, persatuan mereka merancang untuk menamatkan penggunaan gajah untuk mengangkut pelancong. Kesemua gajah tersebut akan dipindahkan ke pusat pemuliharaan dan pembiakan menjelang awal 2020.


“They can still watch the elephants and take photos of them in our conservation and breeding centre. We want the elephants to live in as natural manner as possible” – Oan Kiry, Director of the Angkor Elephant Group Committee.


Elephant ride at The Bayon, Angkor Wat (Photo: Fine Art America)

Korang bayangkan bagaimana keadaan gajah-gajah di sana bekerja setiap hari melayani ragam serta kerenah lebih daripada 2.5 juta pengunjung antarabangsa yang melawat salah satu tapak kuil terbesar di dunia itu.

Sekitar tahun 2016, seekor gajah ‘berusia’ dilaporkan telah jatuh ‘pengsan’ lalu mati semasa dalam perjalanan membawa dua pelancong ke monumen agama terkenal itu. Insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan masyarakat dunia pada aktiviti menunggang gajah di sana.

Dua tahun kemudian, petisyen untuk menghentikan ‘amalan’ tunggangan gajah memperoleh lebih daripada 14 ribu tandatangan dalam masa hanya 48 jam selepas haiwan lain dilaporkan mati akibat keletihan serta serangan jantung.

Photo from Brak Sarom Facebook

Moving Animals, sebuah organisasi awam yang aktif dan mempunyai latar belakang People for the Ethical Treatment of Animals (PETA UK) komited memberi kesedaran mengenai ‘kesengsaraan’ di sebalik aktiviti menunggang haiwan menerusi penulisan serta fotografi dokumentari.

Kumpulan tersebut turut menyambut baik langkah untuk menghentikan elephant ride di Angkor Wat dan memanggilnya sebagai ‘great relief’.

View of elephant ride at Angkor Wat
Kesemua gajah akan dipindahkan ke pusat pemuliharaan & pembiakan menjelang awal 2020

Mudah-mudahan langkah untuk menghentikan aktiviti menunggang secara berperingkat di Angkor Wat mampu membantu melumpuhkan perdagangan eksploitatif di negara-negara Asia Tenggara yang lain juga. Semoga spesies liar dan hidupan alam semulajadi dapat dipelihara sehingga ke generasi akan datang.

Tambah Jurucakap Kementerian Alam Sekitar Kemboja, kesedaran dalam kalangan petani tempatan bagi melindungi hutan juga perlu dibangkitkan sebagaimana mereka kerap menggunakan bahan kimia pada tanaman selepas kawasan pertanian mereka dicerobohi atau dirosakkan gajah liar.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!