Type to search

Berita BP DekatJe outdoor

Alami Pengalaman ‘First Flying Fox Park’ di Skytrex Sungai Congkak, Hulu Langat

Share
  • Skytrex Adventure menyediakan aktiviti pengembaraan luar yang unik di mana korang boleh menikmati alam semula jadi sambil mencabar diri untuk memanjat pokok, menyeberangi halangan mencabar dan ‘terbang’ dari pokok ke pokok.
  • Untuk lebih banyak cabaran, korang boleh cuba Skytrex Adventure Langkawi untuk pengalaman outdoor hutan – menawarkan tiga laluan iaitu Little Legend, Eagle Thrill & Island Extreme.
  • Skytrex Adventure cawangan ketiga telah dibuka di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.

Jika sebelum ini Sungai Congkak lebih dikenali dengan aktiviti perkelahan hujung minggu termasuk camping, piknik, BBQ, menikmati kesegaran air terjun sungai, kini hutan rekreasi yang popular di daerah Hulu Langat ini menawarkan sukan lasak berkonsepkan alam semulajadi.

Sungai Congkak juga dikenali sebagai Chongkak Park & Resort, dikendalikan oleh Tourism Selangor

Terbaru, Skytrex Adventure telah dibuka di Sungai Congkak dengan tawaran istimewa iaitu “The First Flying Fox Park”, di mana aktiviti seumpama ini tidak diterdapat di Skytrex lain seperti di Langkawi dan Melaka.

Zip lining through the forest this weekend? Enjoy the best forest adventure only at Skytrex Adventure Sg Congkak

Buat pengetahuan pengikut BackPackerz, Skytrex Adventure Shah Alam telah ditutup untuk penyelenggaraan sehingga pemberitahuan selanjutnya disebabkan keadaan cuaca buruk, tetapi korang masih berpeluang untuk menikmati aktiviti lasak ini di Sungai Congkak. Jangan risau, masih dalam Selangor!

Terdapat harga promosi ‘boek’ untuk flying fox sempena pembukaan cawangan Skytrex Sungai Congkak pada 1 Julai lalu. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.skytex-adventure.org dan lakukan tempahan atas talian – lebih mudah dan pantas.

I believe I can fly in Skytrex Adventure
Climb up to the best forest adventure in Malaysia
  • Waktu Operasi: Dibukaa setiap hari
  • Alamat: Batu 20, 1/2, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor
  • Pelepasan Pertama: 9 pagi
  • Pelepasan Terakhir: 3.30 petang
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!