LOADING

Type to search

Insider BP

ANDA PASTI TERUJA MENYUSURI SUNGAI INI YANG BERWARNA-WARNI

backpackerz April 30, 2018
Share

Kepelbagaian corak warna seperti kuning, biru, hijau, merah dan hitam benar mengujakan pandangan mata. Sejuk mata memandang orang cakap.

Anda berpeluang melihat hamparan warna-warni seakan pelangi di bawah permukaan Caño Cristales yang terletak di Colombia, yang muncul selama enam bulan dalam tempoh setahun.

Colombia adalah ‘Realisme Ajaib’. Jadi, terima kasih kepada novelis Colombia yang terkenal, Garcia Marquez dan kewujudan tempat-tempat seperti Caño Cristales yang memperkenalkan imej Colombia di mata dunia. Caño Cristales merupakan ‘syurga mandi dunia’ yang luar biasa!

Antara gelaran ‘mitos’ yang diberikan adalah sungai yang paling indah di dunia. Sungai di mana pelangi akan mati. Letupan warna semula jadi ini turut dikenali sebagai “Sungai yang melarikan diri dari syurga”.

CAÑO CRISTALES SUNGAI ‘PELANGI’ DI COLOMBIA

Fotografía: Mario Carvajal (www.mariocarvajal.com), Licenciada con Creative Commons 3.0 Unported, usted puede usar esta imagen en cualquier proyecto, inclusive con fines comerciales, siempre y cuando otorgue el crédito de autoría y el vínculo hacia el proyecto www.cano-cristales.com.

TARIKAN EKOPELANCONGAN COLOMBIA

Gelaran tersebut adalah bagaimana wartawan tempatan, Andres Hurtado Garcia, menggambarkan Caño Cristales sebagai sungai yang paling luar biasa sewaktu mula ditemui sekitar tahun 70-an. Pada masa itu, Caño Cristales masih dirahsiakan dari pelawat mahupun pelancong luar.

Hari silih berganti, masa terus berlalu. Selepas 40 tahun, lokasi ini telah menjadi tarikan ekopelancongan dan destinasi ikonik Colombia. Sementara, sejarah konflik bersenjata telah memisahkannya selama beberapa dekad. Kini, sungai Caño Cristales telah bersedia untuk dikunjungi serta dinikmati semula pada tahun 2010.

KEWUJUDAN

Sungai Caño Cristales ditemui dalam formasi batu Guiana Shield. Sebahagian daripada aliran sungai Caño Cristales mengalir melalui wilayah Serrania de la Macarena dari Meta Department of Colombia. Caño adalah istilah merujuk kepada sungai yang pendek atau singkat.

KEISTIMEWAAN CAÑO CRISTALES

Geng #Backpackerz boleh selitkan dalam ‘wishlist’ korang. Kira-kira enam bulan dalam setahun, akan berlaku ‘letupan warna’ di bawah perairannya yang sekaligus meletakkan Caño Cristales pada senarai “Places to be seen before you die”.

Menjelang akhir musim hujan pula, paras air sungai akan menurun lalu mewujudkan keadaan terbaik untuk tumbuhan akuatik seperti macarenia clavigera bertukar kepada bunga-bunga ‘cinta’. Macarenia clavigera merupakan tumbuhan yang mewarnai “Sungai Lima Warna” yang indah di Colombia.

– Masa yang popular untuk melawat Caño Cristales adalah dari akhir bulan Julai hingga awal Disember.

– Untuk memasuki taman negara di mana Caño Cristales terletak, korang perlu ditemani dengan guide, jadi membuat booking terlebih dahulu adalah sangat disyorkan.

– Buat masa ini, tiada tapak perkhemahan yang disediakan berhampiran Caño Cristales.

Fotografía: Mario Carvajal (www.mariocarvajal.com), Licenciada con Creative Commons 3.0 Unported, usted puede usar esta imagen en cualquier proyecto, inclusive con fines comerciales, siempre y cuando otorgue el crédito de autoría y el vínculo hacia el proyecto www.cano-cristales.com.
Scroll Up