LOADING

Type to search

Itinerari BP

ANTARA TEMPAT PENGINAPAN ‘RARE’ BAGI YANG SUKA KEUNIKKAN

backpackerz May 14, 2018
Share

Sebahagian daripada hotel-hotel yang kami paparkan ini mungkin tidak menawarkan keselesaan 5-bintang. Namun, ia adalah antara hotel yang paling hebat dan luar biasa di dunia! Jom kita terbang ke serata benua untuk meninjau 10 hotel paling unik. Kami percaya, mungkin salah satunya pasti menepati kegemaran, cita rasa dan gaya pengembaraan anda.

10 INAPAN UNIK-ANTARA YANG PALING COOL DI DUNIA (5 PERTAMA)

T1

Buat Urban Freak: Grand Daddy Hotel

Lokasi: Cape Town, Afrika Selatan.
Harga Inapan: $150 – $265 /satu malam.

Treler di atas bumbung bangunan, bahkan dalam suasana taman pastinya menjadi sesuatu yang unik. Itulah keistimewaan Grand Daddy Hotel yang terletak di jalan Long Street. Jika alam semula jadi bukanlah pilihan utama anda, namun pada masa sama masih dambakan suasana camping, maka inilah destinasi yang paling sempurna.

Buat Pecinta Alam: Kolarbyn Eco Lodge

Lokasi: Skinnskatteberg, Sweden.
Harga Inapan: $60 seorang/satu malam.

Kembali kepada fitrah alam semulajadi. ‘Hotel Paling Primitif Sweden’ menawarkan pengalaman perkhemahan sebenar. Di sini, tetamu bakal menginap di pondok hutan bersama dua katil keras beralaskan permaidani kulit biri-biri, pendiangan pembakar dan perabot asas. Ringkas dan selesa, apa yang pasti, tiada kemudahan WiFi disediakan.

Buat Peminat Kasut: The Boot Hotel

Lokasi: Tasman, New Zealand.
Harga Inapan: NZ$300 per pasangan/satu malam.

Jika anda sedang bercita-cita untuk melarikan diri daripada realiti kehidupan, maka inilah tempat yang paling sesuai. Terletak di antara Nelson dan Abel Tasman National Park, The Boot Bed & Breakfast bagaikan sebuah rumah dalam kisah dongeng kanak-kanak. Tambahan pula, suasana hotel ini turut dikelilingi suasana hutan yang mengkagumkan.

Buat Penggemar Haiwan: Panda Inn

Lokasi: Sichuan, China.
Harga Inapan: US$48 – $80/satu malam.

Hotel ini terletak di kaki Gunung Emei, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO di mana kuil Buddha pertama China yang dibina pada abad pertama. 32 bilik hotel dihiasi seni, perabot dan patung panda yang comel. Malah, kakitangan hotel turut berpakaian seperti panda. Pastinya, ia bakal menarik perhatian penggemar panda dari seluruh dunia.

Buat Pasangan Romantik: Treehouse Point

Lokasi: Issaquah, Washington.
Harga Inapan: $120 – $215/satu malam.

Tidakkah berbulan madu di atas pokok kedengaran amat romantis buat anda? Jika ya, maka Treehouse Point yang terletak di Washington adalah gerbang berbulan madu yang ideal. Dilengkapi dengan lima kategori rumah pokok yang selesa dengan segala kemudahan, ia adalah persembunyian yang paling unik buat anda dan pasangan.

Scroll Up
error: Content is protected !!