Type to search

Itinerari BP

Apa Tarikan ‘Queensland’s Tropical North’? Ini korang perlu tahu.

Share

Tropical North Queensland,  rumah kepada Great Barrier Reef dan Daintree Rainforest ini sarat dengan aktiviti buat mereka yang ingin dekat dengan alam semula jadi. Hutan yang ada kat sini lebih kurang di negara kita, tak banyak bezanya. Andai korang  berpeluang untuk bertandang ke Cairns, Australia pada suatu hari nanti, jangan lupa untuk singgah kat tempat yang bakal aku ceritakan.  Itinerari 2 hari 1 malam pun sudah memadai kalau nak explore 4 tempat ni…

Mossman Gorge Centre

Captain Cook Highway, Mossman Gorge

Mossman Gorge Centre merupakan sebuah pusat eko-pelancongan Orang Asli  yang memberikan salah satu pengalaman yang menyeronokkan untuk menyelami kehidupan masyarakat pribumi yang bermastautin di Tropical North Queensland. Di sini, aku dibawa untuk melihat keadaan hutan hujan yang mengagumkan.

Aku juga dapat mempelajari bagaimana penggunaan tumbuh-tumbuhan hutan untuk dijadikan sebagai ubat-ubatan tradisional, lukisan ‘ochre’ di galeri dan melihat sendiri demonstrasi membuat sabun dan alat kosmetik menggunakan tumbuhan hutan. Di akhir lawatan, aku berpeluang untuk merasai ‘traditional bush tea’, hidangan teh tradisi Orang Asli di sini.

Jungle Surfing Canopy Tours

Cape Tribulation

Merentasi hutan menggunakan kaedah ‘Zipline Flying Fox’ pastinya sesuatu yang menyeronokkan untuk menikmati panorama hutan Daintree Rainforest dan Great Barrier Reef dari sudut atas kanopi. Sebelum melakukan aktiviti ini, aku singgah sebentar di Snake House dimana aku dapat melihat puluhan labah-labah bersaiz besar yang mendiami tandas eko yang ada di sini. Suatu pengalaman yang menakjubkan!

Apa yang menjadi keunikan Jungle Surfing, ia merupakan suatu lawatan untuk menikmati keindahan hutan tanpa memerlukan kaki korang untuk menyentuh tanah. Terdapat lima platform yang perlu diharungi dimana di hentian terakhir aku dapat melakukan aksi 360 di mana melakukan flying fox dengan kedudukan kepala di bawah dan kaki di atas. Buat yang sukakan cabaran, jangan lupa untuk mencuba aktiviti ini andai bertandang ke Cairns suatu hari nanti.

Daintree Discovery Centre

Cnr Cape Tribulation Rd & Tulip Oak Rd, Cow Bay QLD 4873

Pusat ini diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai pentingnya pemuliharaan alam semula jadi. Di sini, aku mempelajari pelbagai tumbuh-tumbuhan yang ada di Australia dan spesies serangga dan ikan. Terdapat juga beberapa model haiwan kuno digambarkan di sini di mana kesemuanya bersaiz gergasi. Ia adalah sebuah tempat yang baik buat untuk dilawati untuk menambahkan lagi pengetahuan secara interaktif dan menyeronokkan. 

Wildlife Habitat

Port Douglas Road, Port Douglas. Qld

Melihat walabi, kanggaro, koala dan beberapa haiwan unik yang ada di Australia pastinya menjadi suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Apatah lagi Wildlife Habitat menawarkan pengalaman untuk mendekati haiwan ini tanpa dipisahkan melalui kurungan. Aku berpeluang untuk melakukan aktiviti memberi makan kepada walabi dan kanggaro serta berpeluang untuk melihat kecomelan koala dari jarak dekat. Sememangnya, buat pecinta flora dan fauna, tempat ini harus diselitkan dalam itinerari.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!