LOADING

Type to search

Berita BP

Awas! Pelancong ‘Obesiti’ Dilarang Tunggang Keldai di Santorini

MM November 14, 2018
Share

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Makanan Greece kini mengharamkan ‘pelancong gemuk’ dari menunggang keldai di negara ini.

Peraturan ini dikeluarkan selepas kumpulan hak asasi haiwan mendakwa mamalia itu mengalami kecederaan tulang belakang dan luka terbuka akibat membawa ‘muatan’ berlebihan.ย Ia bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan haiwan ikonik pulau itu.

Credit: Athanasios Gioumpasis
Credit: Athanasios Gioumpasis

Kuasa tular juga telah membantu mendapatkan perhatian ahli Parlimen Greece dimana gambar menunjukkan seekor keldai melalui kawasan sempit di Pulau Santorini mendapat ‘teguran’ serta liputan seluruh dunia.ย Korang boleh nilai pada gambar-gambar yang dikongsikan, agak ‘terseksa’ keldai yang membawa pelancong obesiti.

Peraturan itu menetapkan keldai yang ditunggang pelancong di sini tidak boleh membawa beban melebihi 100 kilogram. Keldai terpaksa bekerja tujuh hari seminggu tanpa rehat cukup, perlindungan, dan bekalan air mengakibatkan haiwan comel ini mengalami kecederaan.

Pemilik haiwan turut dinasihatkan agar tidak menawarkan khidmat menggunakan haiwan yang sakit, cedera, dan bunting.


*INFO

  • Santorini merupakan destinasi berbulan madu dan persinggahan kapal pelayaran yang popular.
  • Lokasi ini sering dibanjiri dengan pelancong dengan anggaran 1,200 pengunjung sehari yang tiba antara Mei dan Oktober.
  • Terkenal dengan denai berbukit dan jalan curam, keldai digunakan di Santorini bagi membantu mengangkut pengunjung ke kawasan dimana kenderaan tidak dapat digunakan.
  • Pelancong juga gemar menggunakan keldai untuk bersiar-siar melihat rumah putih yang indah di Santorini.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!