Type to search

Travel Travelog BP

Beli Kad SIM Antarabangsa atau On Data Roaming. Mana Pilihan Korang?

Share

Terus berhubung melalui sambungan internet telah menjadi sama pentingnya dengan keperluan harian seperti makanan, minuman dan juga tidur! 

Tambahan pula, semasa mengembara atau melakukan lawatan kerja di luar negara, semestinya keperluan untuk mengemaskini timeline media sosial mahupun melakukan carian di Google.


Local sim card or roaming?

Sering kita lihat dan dengar, kisah-kisah yang pernah dikongsikan dalam kalangan pelancong mahupun kenalan rapat di Malaysia yang ‘dikejutkan’ dengan bil telefon yang mahal dan mencecah beribu ringgit. Ini gara-gara terlupa untuk mematikan perayauan data (data roaming) mereka dan terlalu ambil mudah dengan terma serta syarat yang dinyatakan.

Membelanjakan sebahagian besar kekayaan anda hanya untuk akses data roaming pastinya bukan cara bijak untuk mengakhiri percutian. Pergi bercuti seronok update sana sini, buat live video dan sebagainya, namun bila balik Malaysia pening kepala akibat menanggung caj data roaming yang melambung! 

At Heathrow airport in the UK, they're selling SIM cards out of a vending machine, no ID required

Sebenarnya, ada cara untuk mendapatkan data yang lebih murah apabila pergi bercuti; bergantung pada pilihan peribadi, penggunaan harian dan kemudahan data yang korang inginkan. Apakah pilihan terbaik untuk sambungan internet semasa bercuti di luar negara? Tepuk dada tanya selera.


BackPackerz akan membantu secara umum kerana artikel ini tidak ditaja mahupun dibayar oleh mana-mana pihak yang berkaitan. Kalau ada yang berminat nak taja, boleh PM kami di Facebook! Hehe


Most countries are not native English speakers & this certainly opens room for miscommunication

1- WIFI ROUTER / POCKET WIFI

Jika anda masih ragu-ragu mendapatkan peranti luaran untuk akses data yang mudah, saranan pertama kami adalah menyewa Wi-Fi Router atau Pocket Wifi sebelum anda terbang. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur boleh menjadi penyelesaian sekiranya disaat akhir anda masih tidak menemui cara terbaik untuk mempunyai sambungan Internet.

Dengan poket Wifi, anda akan mendapat data tanpa had pada harga tetap setiap hari, bergantung pada promosi dan destinasi yang dituju. Tetapi, ada juga negara-negara yang tidak diberikan unlimited data usage – sekadar 500 MB satu hari.

Sebagai pengembara dan pengguna, anda perlu buat research dan perbandingan jika ‘kedekut’ untuk berbelanja demi sambungan Internet. Kebanyakan harga yang ditawarkan antara serendah RM15-RM28 sehari untuk negara seperti Jepun, Korea, Thailand, Indonesia, Vietnam dan RM30-RM40 sehari untuk destinasi seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat serta Eropah.

Cuma, manfaat tambahan menyewa pocket Wifi adalah jika anda melancong dalam satu kumpulan, 5 hingga 7 orang boleh menggunakannya. Paling penting, anda boleh kongsi bayar bil sewa peranti tersebut. Ibarat sharing is caring.

*TIPS – Pastikan anda menyemak dalam talian untuk kod promo sebelum membuat tempahan.

Sample of pocket Wifi

2- KAD SIM PRABAYAR TEMPATAN / PELANCONG

Membeli kad SIM dari negara yang anda ingin bercuti merupakan pilihan yang mudah untuk kebanyakan backpackers. Kebiasaannya, pakej kad SIM prabayar dihadkan sama ada bilangan hari atau penggunaan data yang diberikan.

Bagi penulis sendiri, kalau di Thailand atau Indonesia penulis akan gunakan kad SIM lokal – lebih berbaloi dan jimat. Kalau anda ke Korea atau Jepun, kebanyakan tempat menyediakan Wi-Fi percuma namun elakkan daripada terlalu bergantung dengan kemudahan percuma sebegini. Malang tidak berbau ye! 

Jadi, sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang pilihan anda, rajinkan diri untuk mencari kedai-kedai menjual local SIM card atau tourist SIM card. Elakkan daripada ditipu dengan memilih telco yang wujud dan boleh dipercayai.


  • (TIPS) Simpan kad SIM tempatan anda di tempat yang selamat dan mudah ingat di mana anda meletakkannya
  • (TIPS) Dapatkan kad SIM yang sesuai dengan telefon anda – kad SIM nano atau mikro

Local SIM card or Tourist internet pass

3- DATA ROAMING HARIAN

Ye, memang betul ada masanya kita memerlukan data Internet serta merta ketika bercuti. Maksud penulis, sama ada anda bosan menunggu kereta api, bas atau terkandas berbelas jam. Semua faktor ini perlu diambil kira sebelum anda bercuti jauh di luar negara.

Oleh itu, ‘ushar’ caj perayauan yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telco tempatan ke destinasi yang ingin dituju. Saranan BackPackerz, sila semak terlebih dahulu terma dan syarat serta pakej data apa yang ditawarkan untuk mengelakkan anda dikenakan caj data roaming yang mahal atau tanpa disedari. 

However, choosing between roaming and a local SIM card would depend on your needs too
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!