Type to search

Itinerari BP

BERJEMAAH ATAU SOLO YANG LEBIH ANDA SUKA

Share

Suka kiranya kami kongsi rahsia nak jadikan pengembaraan dalam kumpulan lebih menarik dan gembira.

Tip Ketika Travel Secara Berkumpulan

GP2

Apa Yang Penting – Kerjasama

Perkara yang paling utama bila nak travel secara berkumpulan adalah, gantikan perkataan ‘SAYA’ dengan ‘KAMI’. Bila kita travel dalam kumpulan, tiada istilah buat sendiri-sendiri. Semuanya kita buat bersama. Sebagai contoh, stok makanan yang kami bawa dari Malaysia hampir 40kg. Kalau nak pikul 40kg atas badan sorang, memang tak larat. Apa yang kami buat, 1 trolley bag kami isi 22kg dan selebihnya kami agihkan sorang sikit (kami pergi berlapan). Bag trolley tu pulak ditolak secara bergilir-gilir.

Bukan setakat itu aje, konteks ‘Kami’ ni luas. Maknanya, semua benda pun bincang sama-sama. Bayangkan jika anda semua join trip ke negara beriklim sejuk ekstrim, anda memerlukan sokongan yang sangat kuat dari rakan-rakan travel. Hanya mental yang kuat sahaja dapat atasi iklim yang sebegini.
Wujudkan ‘Bonding’ Dalam Kumpulan.

Cipta satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Memang tak dinafikan, hari pertama semua malu-malu. Ajak tangkap gambar pun segan-segan. Tapi bila masuk hari kedua, dah kurang sikit segan. Dah boleh selfie sama-sama. Antara aktiviti yang kami buat bersama adalah masak dan makan. Boleh dikatakan setiap hari kami makan bersama. Dari breakfast sampai lah ke dinner.

Buang Ego

Kalau selama ni kita ni jenis dah biasa travel sorang, dah biasa jadi leader. Tapi bila kita dalam kumpulan, apa salahnya kita saling hormat menghormati pandangan dari kaca mata yang berbeza. Memang tak dinafikan, setiap manusia mempunyai ego yang tersendiri. Tapi kena ingat, ego tinggi-tinggi nak pergi mana? Alhamdulillah, sepanjang trip ini kami sangat happy. Masing-masing jenis yang memahami, dan sangat helpful. Even tengah sesat pun kami boleh gelak bersama. Dah kata pergi travel, sesat tu standard lah kan?

GP3

Aura Dalam Kumpulan ‘Penting’

Buang segala perasaan negatif, gantikan dengan yang positif. Kalau bangun tidur rasa moody, buang perasaan tu cepat-cepat. Kenapa saya cakap aura positif ni penting? Okay, cuba bayangkan kita moody masa bangun tido. Rakan yang lain tengah happy, tengok muka monyok, boleh spoil mood yang lain. Jadinya, kita sendiri kena kawal emosi kita. Jangan sebab kita moody, kita jejaskan emosi rakan-rakan yang lain. Kita pergi travel untuk happy, bukan untuk stress. Sepanjang trip artik, perkara yang paling happy bila dapat wake-up message dari travel buddy, “makanan dah siap, jom makan!” Siapa tak happy bila bangun tidur, dapat makan?

Jangan Berkira

Bila travel, jangan berkira dari segala segi, sama ada barang, duit ataupun makanan. Lagi-lagi bila dah tercampak kat tempat sejuk beku, masing-masing perlukan support yang kuat daripada team members. Ketika join aurora tour, suhu drop ke -27C. Kalau ikutkan, memang rasa dah tak boleh nak survive. Lagi sekali, kami beruntung mempunyai seorang travel buddy yang awesome, yang sudi bagi setiap sorang seketul warm patch. Kalau kat Malaysia, harga warm patch RM5/paket. Di sana, harganya sangat tak ternilai! Bila berada di tempat orang, sekuat mana pun kita, pasti akan ada satu ketika kita perlukan bantuan daripada orang lain.

Kenal Hati Budi

Tak susah pun sebenarnya nak travel dalam kumpulan, yang penting kena pandai bawa diri. Kalau selama ni risaukan jika travel buddies jenis tak ngam, sebenarnya apa yang paling penting, cuba kenali hati budi seseorang itu. Kita semua bukanlah sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Scroll Up
error: Content is protected !!