fbpx

Type to search

Insider BP

Bucketlist: 7 Lokasi Penggambaran ‘Game of Thrones’ Wajib Kamu Lawati

Share

Game of Thrones – siri popular berkonsepkan fiksyen namun lokasi penggambarannya adalah lokasi sebenar – bukan khayalan. Nak tengok tempat King’s Landing atau kawasan pesisir pantai Dragonstone? Jom lihat tujuh lokasi eksotik yang menjadi latar-belakang penggambaran siri popular ini.

1.KING’S ROAD, BELFAST, IRELAND

Untuk sampai Ke King’s Road, kamu boleh mendapatkan pakej lawatan sehari, bermula dari Belfast ke Giant Causeway. Giant Causeway merupakan kawasan pantai dengan pelbagai formasi batu – lebih 4,000 jalur bersambung dan tapak batu memanjat bermula dari kaki tebing sehingga ke dalam laut. Ketika memandu di pantai ini, kamu akan melalui King’s Road yang memaparkan babak Dark Hedges – saat di mana Arya cuba melepaskan diri daripada King’s Landing.


2. ALCAZAR, SEVILLE, SEPANYOL

Destinasi eksotik Alcazar di Seville menjadi lokasi penggambaran babak House of Martell dan Sand Snakes. Menariknya tentang Alcazar ini, walaupun kamu bukan peminat GOT, kamu pasti akan terpegun meilhat seni bina memukau serta taman-taman indah yang terdapat di Alcazar.


3. DUBROVNIK, CROATIA

Old City di Dubrovnik diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Babak King’s Landing dirakamkan di sini. Dubrovnik menjadi sangat, sangat popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara. Begitu popular – sehingga memaksa peraturan untuk menghadkan jumlah kemasukan pelancong diperkenalkan baru-baru ini.

* Nak menang percutian ke Dubrovnik, Croatia tajaan KKday? Main permainan interaktif Game of Thrones melalui pautan di bawah:
https://www.act.kkday.com/gameoftours/index.html#tour?cid=4522&ud1=gameofthrones


4. MALTA

Alang-alang travel ke Croatia dan Sepanyol, singgah sehari dua ke pulau kecil Malta, yang turut menjadi antara lokasi popular Game Of Thrones. Banyak lokasi-lokasi di sini yang menjadi latar belakang adegan King’s Landing dan Red Keep, terutamanya di bandar Mdina. Negara yang kaya dengan warisan sejarah berusia lebih 7,000 tahun ini menampilkan banyak kubu-kubu, istana dan kuil purba yang unik.


5. METEORA, GREECE

House of Aryn di Meteora , Greece merupakan salah satu latar belakang yang digunakan dalam GOT. Pihak produksi menambah sedikit efek CGI (computer generated image) untuk menaikkan lagi bentuk formasi batu di sini. Namun, tanpa efek CGI sekali pun, Meteora tetap cantik dan termasuk dalam bucketlist pelancong yang berkunjung ke Greece.


6. VATNAJOKULL NATIONAL PARK, ICELAND

Kebanyakan adegan musim sejuk dalam GOT dirakamkan di Vatnajokull, Iceland. Kawasan glasier Vatnajokull ini boleh dilawati dalam masa sehari kerana ia tidak terlalu jauh dari ibu negara Iceland, Reykjavik. Vatnajokull menjadi tumpuan para pendaki tegar serta penggemar aktiviti outdoor.


7. ESSAOUIRA, MOROCCO

Berjalan di tebing-tebing di Essaouira yang wujud sejak kurun ke 18, terus mengingatkan kami kepada beberapa babak dalam GOT yang dirakamkan di sini, khUsusnya episod keempat (Musim Ketiga) di mana Daenerys bertemu dengan The Unsullied Arm. Essaouira merupakan bandar pesisir pantai paling popular di Morocco yang terkenal dengan seni bina klasik, cenderamata tradisional dan kubu-kubu bersejarah.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!