fbpx

Type to search

Berita BP DekatJe Insider BP Travel

Bukan Sekadar Harumanis, Perlis Tawarkan Pelbagai Destinasi Eko Pelancongan & Rekreasi

Share
  • Ibu negeri Perlis adalah Kangar & Bandar DiRaja adalah Arau
  • Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Wilayah Satun & Songkhla di Thailand
  • Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, Perlis berusaha mempelbagaikan aktiviti kalendar pelancongan negeri untuk menarik kedatangan pelancong

Sebut pasal Perlis, pasti ramai mengaitkan tentang hebatnya ‘Mangga Harumanis’ keluaran negeri terkecil di Malaysia ini. Mangga Harumanis Perlis adalah antara baka mangga terbaik di Malaysia; rasa lebih enak, unik serta baunya sangat harum.


Mangga Harumanis hanya tumbuh di negeri Perlis

Jika sebelum ini Perlis menjadi subjek usikan sehingga digelar ‘Perlis is So Small‘, kini negeri Perlis sekali lagi famous gara-gara lagu Forevermore. Penyanyi tersohor Malaysia, Yuna memilih Perlis sebagai lokasi penggambaran video muzik lagu terbaharunya itu.

Hampir semua lokasi pilihan dalam klip berkenaan menjadi sasaran peminat dan pengunjung luar antaranya stesen minyak ‘retro’ di Kangar, Empangan Timah Tasoh, sawah padi di Bukit Keteri dan Kampung Pengkalan Asam.

Sebuah stesen minyak lama di Kangar, Perlis

Meskipun keluasan kawasan Perlis sekitar 820 km persegi, negeri Indera Kayangan ini mempunyai barisan produk pelancongan yang berpotensi diketengahkan ke peringkat antarabangsa antaranya Gua Kelam, Taman Negeri Perlis, Masjid Terapung Al-Hussain.

Selain itu, Perlis juga aktif menganjurkan acara tahunan seperti Pesta Angin Timur, Maraton Antarabangsa Perlis, Pesta Air Kuala Perlis dan banyak lagi.

Masjid Terapung Al-Hussain (Sumber: Wallpapercave.com)
Antara aktiviti di Pesta Angin Timur, Perlis (Foto: Chem Reezan)

Berita baik untuk pengusaha serta penggiat pelancongan di Perlis, kerajaan negeri bercadang menjadikan tahun 2021 sebagai Tahun Melawat Perlis selepas Visit Malaysia 2020 #VM2020.

Perlis turut menawarkan destinasi eko pelancongan menarik yang harus dilawati para pengunjung luar antaranya ‘rock climbing’ di Bukit Keteri, Taman Negeri Wang Kelian, Gua Wang Burma serta Hutan Lipur Bukit Kubu.

Gua Kelam, Perlis
Taman Negeri Perlis (Sumber: Tourism Malaysia Perlis)

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Azman Mohd Yusof berkata, penerokaan beberapa kawasan baharu dan aktiviti pelancongan seperti bukit Batu Kapur, aktiviti Belon Udara Panas serta Luncur Angin dirancang bagi menarik kedatangan pelancong.

Pusat-pusat pelancongan di Perlis akan dinaik taraf supaya lebih selesa untuk dilawati pengunjung terutama oleh pelancong luar.

Taman Rekreasi Gua Kelam sesuai untuk perkhemahan, berkelah, jalan-jalan & tengok burung (Sumber: Tourism Malaysia Perlis)
Tasik Timah Tasoh dibina sebagai empangan pada tahun 1992 untuk membekalkan air kepada penduduk Perlis

Statistik menunjukkan purata kira-kira empat juta pelancong memilih Perlis sebagai destinasi percutian dalam tempoh tiga tahun lepas. Secara tidak langsung ia memberi kesan positif kepada perkembangan ekonomi negeri itu menjelang rancangan Tahun Melawat Perlis 2021.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!