Type to search

Antarabangsa Editor Pick Staycation Travel

Cape Town – Bandar Pelabuhan, Citarasa ‘Melayu Cape’ & Penempatan Warna-Warni

Share
  • Cape Town adalah bandar tertua di Afrika Selatan yang digelar ‘Mother City’
  • Pertuturan bahasa umum yang digunakan adalah English, Afrikaans & Xhosa
  • Bandar ini terkenal dengan port pelabuhan, suasana semulajadi di Cape Floristic Region serta mercu tanda popular seperti Table Mountain National Park & Cape Point

Kebanyakan pengembara pasti memilih kawasan sekitar Bandar Metropolitan untuk dijadikan spot utama untuk bergambar, tetapi deretan rumah yang ‘dilukis’ dengan warna cerah, jalan-jalan berbatu pelik dan pekan kecil yang terletak di lereng bukit adalah tarikan utama untuk korang mengunjungi Bo Kaap.

Bo-Kaap adalah kawasan penempatan di Cape Town, Afrika Selatan yang dahulunya dikenali sebagai Kuartet Melayu

Ini sebahagian daripada keunikkan Cape Town yang penuh dengan sejarah serta budaya! Diterjemahkan daripada Afrikaans, Bo Kaap bermaksud ‘Di Atas Cape’ (Above the Cape).

Afrika Selatan, dan Cape Town khususnya, adalah satu lokasi dimana pelbagai budaya serta tradisi disatukan. Antara komuniti yang membentuk ‘Rainbow Nation’ adalah masyarakat Melayu Cape atau Cape Malay, yang mana ada sesetengahnya dikenali sebagai Cape Muslims. Jom kita mendekati sisi menarik kembara ke Cape Town serta meneroka keunikkan budaya Melayu Cape.

Masjid Auwal diiktiraf sebagai masjid pertama yang ditubuhkan di Afrika Selatan

1- BERSIAR-SIAR DI BO-KAAP
Sama ada tinggal di Cape Town untuk sehari dua atau seminggu, ini adalah lokasi wajib yang korang tidak boleh lepaskan. Terletak di lereng Signal Hill, sebahagian daripada tarikan di Bo Kaap adalah gabungan gaya seni bina Cape Dutch dan Cape Georgian.

Kalau korang merayau sekitar jalan-jalan simbolik Bo Kaap seperti Wale Street, Dorp Street dan Longmarket Street, korang akan nampak deretan rumah warna-warni yang terang, kemesraan masyarakat setempat Melayu Cape dan pemandangan indah Bowl City, Table Mountain serta Table Bay.

Bo Kaap with Table Mountain view
Colorful town in Bo Kaap

2 – RASAI CITARASA MELAYU CAPE
Masakan Cape Malay mungkin sajian paling tulen dan makanan tradisi yang korang akan jumpa di Cape Town. Hidangan Cape Malay menggabungkan rempah serta perisa yang dibawa oleh golongan hamba dari Asia Tenggara dengan olahan resipi peneroka Belanda.

Menu yang paling terkenal adalah kari Melayu Cape dan orang cakap rempah kari yang digunakan memang ‘terangkat’ sedapnya! Selepas makan mesti perkena pencuci mulut tempatan yang lazat seperti Koeksisters, Melktert dan Puding Malva. Boleh ‘ushar’ senarai kedai yang kami kongsikan;

*Emily’s Restaurant – V & A Waterfront, Cape Town
*Biesmiellah Restaurant – 2 Whale Street, Bo Kaap
*Patat Restaurant – New Church Square, Parliament Street
*Bo-Kaap Kombuis (Kitchen) – 7 August Street, Bo Kaap, Cape Town

Cape Malay curry lamb
Bismiellah Restaurant in Bo-Kaap serves authentic Cape Malay food (Pic: Storyateverycorner.com)

3 – TARIKAN MASJID DI CAPE TOWN
Bo-Kaap adalah ‘rumah’ kepada beberapa buah masjid, setiap daripadanya mempunyai sejarah serta ‘kisah’ tersendiri. Pengunjung sentiasa dialu-alukan dengan syarat mereka perlu menghormati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Bo Kaap juga popular dengan masjid tertua di Afrika Selatan iaitu Masjid Auwal di Jalan Dorp. Masjid tersebut telah dibina pada tahun 1794. Masjid Pokok Kelapa Sawit (The Palm Tree Mosque) pula merupakan masjid kedua tertua di Cape Town dan bangunan tertua di Long Street. Masjid ini dinamakan sempena dua pokok sawit yang pernah tumbuh di luar bangunan sebelum ini, dimana hanya satu sahaja yang kekal.

Quawatul Islam Mosque on Bree Street in Cape Town
Palm Tree Mosque is a former residence & current mosque in Long Street, Cape Town
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!