fbpx

Type to search

Insider BP

Cappadocia Cave Resort – Hotel Mewah Dengan Pemandangan Lokasi Menaiki Belon Panas

Share

Rezeki penulis menghirup udara di bumi “Tanah Hatti” ini benar-benar membuatkan kenalan penulis di Malaysia sedikit cemburu. Ini kerana Cappadocia, Turki merupakan salah satu destinasi ‘buruan’ pengembara di luar sana. Wilayah ini juga merangkumi kawasan bersejarah Anatolia atau lebih dikenali Asia Minor.

Namun, coretan penulis dalam segmen Inap ini bukanlah tentang tarikan sinonim di Cappadocia iaitu belon udara panas mahupun bandar ‘bawah tanah’ Kaymakli, tetapi pengalaman bermalam di ‘hotel gua’ yang cukup unik. Siapa yang nak menginap di dalam gua kan? Lain citarasa, lain pengalaman!  

Ternyata ‘rumah gua’ bukan cuma dalam filem Flintstones, ianya wujud di dunia nyata. Penulis berpeluang merasai pengalaman bermalam dalam suasana tamadun manusia era zaman batu di Cappadocia Cave Resort & Spa. Cuma bezanya, hotel gua ini mempunyai elektrik, menampilkan gaya mewah dan elegan tetapi masih mengekalkan seni bina tradisi Turki.

Cappadocia Cave Resort terletak di kawasan bersejarah di tengah Anatolia, Wilayah Nevsehir, Turki. Lokasi resort ini juga hanya 4 kilometer (km) dari bandar Goremen dan 30 km dari Derinkuyu serta Bandar Underground Kaymakli.

Kombinasi Rumah & Gua
Buat pengetahuan korang, resort ini sebenarnya bukan di dalam gua semata-mata. Ia dibina melalui struktur batu besar di dalam sebuah bukitar sekitar perkampungan Uchisar. Hotel gua yang unik ini menggabungkan rumah penduduk asli dengan penempatan gua.

Seperti namanya, Cappadocia Cave Resort adalah salah satu daripada beberapa hotel mewah yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan landskap luar biasa – puncak Cappadocia yang meliputi Lembah Güvercinlik dan Istana Uchisar di Uchisar.

Selain itu, menyentuh tentang dekorasi hotel gua ini, penulis bertanggapan bahawa Cappadocia Cave Resort berjaya mengetengahkan hiasan mengikut inspirasi sebahagian daripada lengkuk serta tekstur dramatik dari gua-gua yang terkenal di Cappadocia.

Paling best, seronok je tengok konsep dalaman hotel yang menampilkan sentuhan contemporary classic dengan suasana senyap serta menenangkan. Kalau teringin nak makan buah, resort ini benarkan pengunjung petik buah-buahan seperti cherry dan raspberry di kawasan sekitar hotel.

Bilik Deluxe – Pemandangan Lembah Goreme & Belon Udara  Panas
Cappadocia Cave Resort & Spa mempunyai 121 bilik dan menawarkan tujuh jenis bilik iaitu Superior, Deluxe Room, Deluxe Suit, Senior Suit, King Room, Padah Room dan Villa. Kita yang jenis ‘backpackerz’ mungkin lebih sesuai cari penginapan bajet ala-ala dorm.

Tetapi, bilik penulis (Deluxe Room) ada unggun api (fireplaces) untuk digunakan sewaktu musim sejuk, TV plasma, Jacuzzi, penghawa dingin, Wi-Fi percuma dan paling ‘mahal’ adalah view tingkap yang menawarkan landskap Lembah Goreme yang menakjubkan!

Resort klasik ini menawarkan perbezaan konsep hotel lima bintang; penginapan, hiburan, rekreasi, sukan kuda dan acara korporat bertukar menjadi seni, alami percutian kisah dongeng setelah menginap di Cappadocia Cave Resort & Spa, Turki.

Alamat: Tekelli Region, Goreme Street, Divanli Sokak No. 83, 50240 Uchisar, Nevsehir, Cappadocia, Turkey
Tel: +90384 219 31 94
Email: [email protected]
Reservation: [email protected]
Website: www.ccr-hotels.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!