LOADING

Type to search

Itinerari BP

Cara-cara guna JR Pass untuk jelajah 5 bandar di Jepun – Mudah & Jimat!

Share

Jadikan percutian ke Jepun anda berbaloi dengan menggunakan Sistem Kereta Api Laju Shinkansen. Teliti itinerari lengkap perjalanan kereta api Jepun untuk sembilan hari melibatkan penerokaan ke lima buah bandar – membolehkan anda melawat destinasi tarikan popular serta lokasi-lokasi “tersembunyi” yang tidak begitu diketahui pelancong.

CARA BELI JR PASS

JR Pass dikhaskan untuk pelancong asing yang melancong ke Jepun di bawah status “Pelawat Sementara”. Cara terbaik membeli JR Pass adalah dengan membuat tempahan dalam talian dengan penjual yang sah seperti portal KKday. Jika membuat tempahan dengan KKday, diskaun akan diberikan. Untuk panduan tentang bagaimana membeli JR Pass, anda boleh layari https://en.blog.kkday.com.

HARI PERTAMA : TIBA DI TOKYO (Bagaimana untuk ke Tokyo dari Lapangan Terbang Narita?)

Meiji Shrine
Meiji Shrine

Keisei Skyliner (Tram) – Tram lapangan terbang ini merupakan antara cara paling mudah untuk ke Tokyo. Kekerapan perjalanan dalam tempoh 20-40 minit dan anda boleh membuat pilihan untuk menuju samada Stesen Nippori atau Stesen Ueno. Perjalanan memakan masa selama 40 minit.

Tokyo Metro Unlimited Pass – Selain JR Pass, anda boleh beli pas subway ini untuk menjimatkan masa dan wang ketika mengembara dalam bandar. 

Info: Kedua-dua pas perjalanan ini boleh ditempah dalam talian dan dituntut di Lapangan Terbang Narita. Pengaktifan pas boleh dilakukan sebaik sahaja anda tiba di lapangan terbang, tetapi pastikan tarikh permulaan sebelum anda bergerak dari Tokyo ke Osaka.

Itinerari

  • Menjamu selera di restoran terkemuka Ichiran Ramen
  • Melihat kuil ikonik Meiji – dibina sebagai penghormatan buat emperor terkemuka Jepun.
  • Menikmati kehidupan malam, makan malam yang enak sambil melihat pertunjukan cahaya di restoran “Robot”. (Tempahan restoran boleh dibuat dengan KKday)

HARI KEDUA: LAWATAN SEHARI KE GUNUNG FUJI

Gunung Fuji
Gunung Fuji

Hari kedua, bangun awal untuk melihat Gunung Fuji. Acapkali digelar ‘sempadan di antara dunia dan syurga,’ gunung “pemalu” ini sejak dari dahulu lagi menjadi sumber kebudayaan dan kerohanian yang begitu signifikan buat rakyat Jepun.

Caranya mudah sahaja: berkumpul di bangunan Shinjuku Subaru pada jam 8 pagi dan cari bas khas KKday untuk ke sana.

Itinerari

  • Melihat Tasik Kawaguchi. Tasik paling popular di antara kelima-lima buah tasik yang ada di sini. Tasik menakjubkan ini menawarkan panorama fantastik Gunung Fuji dengan refleksinya terpapar pada permukaan air tasik.
  • Melawat gua-gua di Gunung Fuji: Menjelajah lokasi-lokasi tersembunyi seperti Gua Ais Narusawa serta gua penuh misteri iaitu Fugaku Wind Cave.
  • Oshino Hakkai: Melangkah dengan tenang di sekitar kolam Oshino Hakkai yang terhasil proses pencairan salji dari Gunung Fuji.

Info: Tempah pakej lawatan sehari Gunung Fuji dengan KKday.

HARI KETIGA: XPLORASI BANDAR TOKYO

Shibuya crossing
Shibuya crossing

Habiskan masa seharian di Tokyo dan buat seperti apa yang penduduk tempatan lakukan.

Cadangan Itinerari 1: Gaya Hidup Lokal

  • Bangun sebelum subuh dan nikmati sushi paling segar di Tsukiji Market.
  • Berjalan melintasi Shibuya Crossing – persimpangan buat pejalan kaki paling sibuk di dunia sambil melihat banyak kedai-kedai, gerai dan restoran yang ada di sini.
  • Menikmati minuman di Tokyo Skytree – menawarkan panorama 360 darjah bandar Tokyo pada ketinggian 2,000 kaki!

Cadangan Itinerari 2: Tokyo Disneyland

  • Hidupkan semula kenangan zaman kanak-kanak anda dengan menaiki rides atau menonton pertunjukan langsung yang memaparkan watak-watak popular Disney.

Cadangan Itinerari 3: Tapak Warisan Dunia Nikko

  • Anda boleh melawat kawasan hutan berbukit di Nikko dan menyaksikan Tapak Warisan Dunia Jepun yang tidak begitu dikenali umum seperti kuil Toshogu Shrine, Kegon Waterfall yang mengalirkan air nya ke Chuzenji Lake.

HARI KEEMPAT: BERGERAK KE OSAKA (Garisan JR Train Sanyo Shinkansen: Kereta Api Laju Hikari)

Istana Osaka
Istana Osaka
  • Aktifkan JR Pass anda: Tunjukkan baucar MCO anda beserta pasport di pejabat Tiket JR Sentral di Stesen Tokyo.
  • Stesen Kereta Api: Stesen Tokyo menuju ke Stesen Osaka.
  • Jangka masa: Tiga hingga tiga jam setengah. Kekerapan perjalanan adalah setiap 30 minit.
  • Harga tiket tanpa JR Pass adalah 13,500 yen (RM491).

Dalam itinerari ini majoriti kereta api yang dinaiki melalui wilayah Kansai dan antara perjalanan dengan kos yang tinggi adalah dari Tokyo ke Osaka dan pulang semula ke Tokyo. Sebaik sahaja diaktifkan, anda tidak boleh menukar permulaan hari perjalanan anda. Itulah sebabnya kami mengesyorkan anda aktifkan JR Pass hanya apabila anda mahu ke Osaka dari Tokyo.

Itinerari

  • Melawat Istana Osaka: Melihat antara Istana paling unggul di Jepun dengan menara, corong-corong dan benteng-benteng. Istana Osaka pernah terselamat daripada cubaan rampasan kuasa tentera, ribut kilat dan Perang Dunia ke-2.
  • Hozenji Yokocho: Singgah di kedai-kedai barangan antik dan restoran tradisional – Hozenji Yokocho merupakan sisi klasik Osaka.
  • Umeda Sky Building: Naik eskalator dengan permukaan lantai kaca terus ke galeri pemerhati bagi menyaksikan pemandangan menakjubkan saat matahari terbenam.

HARI KELIMA: LAWATAN SEHARI KE KYOTO

Kyoto Fushimi Inari Shrine
Kyoto Fushimi Inari Shrine

Tanpa perlu menempah hotel lain, ambil pakej lawatan sehari dari Osaka ke Kyoto untuk melihat beberapa kuil-kuil ikonik di Jepun.

Itinerari

Berkumpul di Umeda Sky Building pada jam 8.30 pagi dan cari bas KKday. Nikmati pemandangan indah di sepanjang perjalanan yang sebelum itu tidak dapat dilihat sewaktu menaiki kereta api.

  • Fushimi Inari Taisha Shrine: Dengan ribuan lapisan torri merah di laluan sepanjang 4 km, ini merupakan kuil paling menjadi tumpuan untuk merakamkan foto.
  • Kiyomizu-dera Temple: Terletak di air terjun Otowa yang turut menempatkan kuil yang ditujukan buat dewa cinta (jodoh).
  • Kinakaku-ji Temple: Kadang-kala digelar Golden Pavilion, Kinakaju-ji sebuah kuil unggul yang dikelilingi taman yang subur dan kolam yang memukau. Menurut legenda, air di kolam ini tidak pernah kering.
  • Arashiyama: Antara ikon Jepun – berjalan merentasi dusun buluh dan berhenti berehat di Togetsu Bridge yang popular dalam kalangan pelancong.

HARI KEENAM: WILAYAH KANSAI – PANORAMA SAKURA

Melihat sakura di Sungai Hozugawa
Melihat sakura di Sungai Hozugawa

Anda memerlukan sekurang-kurangnya dua hari untuk melawat Kyoto. Perjalanan ke sini dengan JR train hanya mengambil masa kurang 30 minit.

Garisan JR Train Sanyo Shinkansen: Kereta Api Laju Hikari

  • Stesen kereta api: Stesen Shin-Osaka ke Stesen Kyoto
  • Jangka masa: 30 minit
  • Kos tanpa JR Pass (pergi-balik): 1,000 yen (RM36)

Berkumpul di Stesen Torroko Saga pada jam 8.30 pagi dan cari bas KKday

Itinerari

  • Sagano Romantic Train: Nikmati pemandangan Kyoto yang indah bukit dan gunung-ganang di Hozugawa Ravine dari dalam kereta api klasik ini.
  • Hozugawa River Boat: Berlayar di Sungai Hozugawa dengan bot tradisional. Waktu paling sesuai – musim bunga di mana anda dapat melihat keindahan bunga-bunga Sakura.

HARI KETUJUH: LAWATAN SEHARI KE HIROSHIMA & MIYAJIMA

Itsukushima Shrine
Itsukushima Shrine

Untuk benar-benar maksimakan penggunaan JR Pass anda, cuba masukkan lawatan ke dua buah bandar sekaligus dalam sehari perjalanan iaitu bandar Hiroshima dan Pulau Miyajima.

HIROSHIMA

Garisan JR Sanyo Shinkansen: Kereta Api Hikari

  • Stesen kereta api: Stesen Shin Osaka ke Stesen Hiroshima
  • Jangka masa: 80 minit
  • Kos tanpa JR Pass: 20,000 yen (RM726)

Itinerari

  • Peace Memorial Park: Dibina sebagai menghormati mangsa-mangsa bom atom – merupakan lokasi wajib dilawati.
  • Shukkei-en Garden: Taman bersejarah yang sudah wujud sejak abad ke-16 yang dipenuhi kolam-kolam ikan koi, pepohon rendang dan kedai teh yang unik.

PULAU MIYAJIMA

Garisan Sanyo Shinkansen: Kereta Api Hikari + JR Ferry

  • Stesen Kereta Api: Stesen Hiroshima ke Stesen Miyajimaguchi, kemudian berjalan ke jeti JR Ferry.
  • Jangka masa: Kereta api (20 minit), feri (30 minit)
  • Kos tanpa JR Pass (termasuk feri): 1,560 yen (RM57)

Itinerari

Tidak jauh dari Hiroshima adalah Pulau Miyajima yang boleh anda kunjungi dengan memanfaatkan JR Pass anda. Kalau larat, treking sehingga ke puncak Gunung Misen pada waktu matahari terbenam (air pasang) untuk melihat Torri Gate yang “terapung”.

HARI KELAPAN: UNIVERSAL STUDIOS JAPAN

Universal Studios, Jepun
Universal Studios, Jepun

Itinerari

  • Hidupkan magis di Wizarding World of Harry Potter – ‘terbang’ di atas Hogwarts merupakan satu pengalaman menyeronokkan di sini.
  • Universal Cool Japan: Tarikan terbaru di USJ bermula musim panas ini dan selami dunia animasi Final Fantasy, Detective Conan, Monster Hunter dan Sailor Moon.

Info: Tak perlu buang masa beratur; tempah tiket masuk Universal Studios Japan: Studios Pass dan Universal Express Pass dengan KKday sekarang!

HARI KESEMBILAN: KEMBALI KE LAPANGAN TERBANG

Stesen Kereta Api JR 
(Central Transfer)
Stesen Kereta Api JR (Central Transfer)

Manfaatkan slot terakhir JR Pass anda untuk perjalanan ke lapangan terbang. Bergantung kepada penerbangan, anda boleh memilih sama ada pulang semula ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita (Tokyo) atau yang lebih dekat iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka.

Ke Lapangan Terbang Narita, Tokyo: Garisan Jr Sanyo Shinkansen: Kereta Api Laju Hikari

  • Stesen: Stesen Shin-Osaka ke Lapangan Terbang Narita
  • Jangka masa: Empat jam setengah
  • Kos Tanpa JR Pass: 14,410 yen (RM 523)

Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka

JR Limited Express: Kereta Api Haruka

  • Stesen: Stesen Shin-Osaka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai
  • Jangka masa: 50 minit
  • Kos tanpa JR Pass: 1,000 yen (RM36)

KESIMPULANNYA, BERAPA BANYAK YANG ANDA DAPAT JIMAT? BOLEH LIHAT JADUAL DI BAWAH

Kos JR Pass

Mulakan percutian anda di sini – https://www.kkday.com/en

Scroll Up
error: Content is protected !!