fbpx

Type to search

Airlines Antarabangsa Berita BP

“Low-Cost Airlines” Baharu Bakal Beroperasi Tidak Lama Lagi Di Malaysia!

Share

Pengguna perkhidmatan penerbangan tambang rendah di Malaysia bakal mempunyai pilihan lain untuk terbang atau melancong secara bajet selepas ini. Wow! 


Selain daripada syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia, kini akan ada sebuah lagi syarikat penerbangan tambah rendah baharu yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.

Syarikat penerbangan yang dimaksudkan adalah Citilink Malaysia Aviation Sdn Bhd. Syarikat itu dijangka mula beroperasi dalam tempoh antara satu hingga dua tahun ini selepas mendapat Sijil Pengendali Udara (AOC) dari Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Apa khabar mbak semua?

Buat pengetahuan korang, Citilink adalah syarikat penerbangan kos rendah yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia. Ia ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai low-cost brand of Garuda Indonesia.


Pesawat A320neo milik Citilink Airlines

Setakat ini, syarikat itu kan beroperasi menggunakan AOC milik Citilink Indonesia dan bakal menawarkan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh, Kemboja pada suku kedua tahun ini.

Syarikat baharu ini yakin perkhidmatan ditawarkan Citilink Aviation Sdn Bhd mampu menyaingi pesaingnya yang lain, malah menawarkan perkhidmatan lebih baik antaranya pelanggan akan menikmati tawaran bagasi 10 kilogram serta hidangan percuma dalam penerbangan. Wow!

Setakat ini, Citilink beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Tumpuan syarikat penerbangan itu adalah menawarkan laluan baharu ke China serta tumpuan kepada laluan antarabangsa dan tidak akan memasuki laluan domestik.

Nikmati cita rasa 'lezat' khas nusantara di ketinggian 35,000 kaki

INFO

  • Citilink disahkan dengan 4-Star Low-Cost Airline Rating untuk kualiti perkhidmatan kakitangan dan produk di atas kapal terbang oleh Skytrax.

  • Pulau Pinang, Malaysia menjadi penerbangan antarabangsa kedua Citilink Indonesia selepas Dili, Ibu kota Timor-Leste.

Sumber: Berita Harian Online 
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!