Type to search

Airlines Berita BP Isu

Cukai Pelepasan Mungkin Ditangguhkan – Menteri Pelancongan

Share
  • Pelaksanaan Levi Pelepasan 2019 dijangka mengurangkan jumlah ketibaan penumpang sebanyak 835 ribu setahun yang berlepas dari Malaysia, menurut analisis Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
  • Kadar levi (cukai) yang dicadangkan adalah RM20 ke negara Asean dan RM40 ke lain-lain negara.
  • Cukai pelepasan udara telah diluluskan di Parlimen pada 10 April, untuk dilaksanakan pada 1 Jun sebelum ditangguhkan hingga 1 September 2019.

Isu cukai pelepasan ini semakin hangat diperkatakan oleh industri penerbangan tempatan malah sesiapa sahaja yang ingin terbang ke luar negara. Jika benar Rang Undang-Undang (RUU) ini dilaksanakan pada 1 September, seseorang yang mahu keluar negara bakal dikenakan RM20 jika menuju ke negara Asean manakala RM40 jika ke negara lain.

Cukai Pelepasan Udara 2019 ditanggunhkan hingga 1 September

Putrajaya mencadangkan levi pelepasan dikenakan ke atas semua penumpang penerbangan yang keluar negara bagi mengalakkan pembangunan pelancongan dalam negara (domestik).

Terkini, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mahu pelaksanaan levi berlepas ditangguhkan sehingga selesai Visit Malaysia 2020. Jelas Datuk Mohamaddin Ketapi, beliau secara peribadi akan membangkitkan perkara itu dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Datuk Mohamaddin Ketapi

“Saya sangat setuju dengan cadangan untuk menangguhkan pelaksanaan levi pelepasan tetapi persoalan yang dibangkitkan harus ditujukan kepada Menteri Kewangan” – Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

RUU Cukai Pelepasan menerima banyak ‘feedback’

Cadangan penangguhan itu bangkit susulan Ahli Parlimen BN-Jelebu telah didekati oleh sebuah syarikat penerbangan berhubung isu tersebut. Mereka mengatakan bahawa levi berlepas akan menjejaskan “in-bound tourist” serta ketibaan pelancong.

Persoalannya, adakah kutipan levi di Malaysia boleh disamakan dengan ‘cukai sayonara’ di Jepun yang telah dikuatkuasakan 7 Januari lalu? Menurut Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO), kerajaan merancang untuk menggunakan cukai itu bagi menaik tarak infrastruktur pelancongan di sana terutama dengan penganjuran Olimpik Tokyo 2020.

Travelers leaving Japan will have to pay ‘Sayonara Tax’ starting 7 January 2019

Sama-sama kita harapkan Kementerian Pelancongan mempertimbangkan semula RUU Levi Pelepasan 2019 kerana berpotensi mendatangkan kesan ‘sampingan’ kepada industri penerbangan serta menjejaskan sedikit sebanyak kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!