fbpx
LOADING

Type to search

Editor Pick Insider BP Travel

Dah Sampai Ke Belum? Ini 10 Destinasi “Eco-Friendly” Di Malaysia, Back to Nature Yo!

MM March 12, 2019
Share

Apa yang menjadikan alam semula jadi dekat dengan diri kita? Rasa tenang dan tenteram bila dekat dengan suasana hijau hutan, pergunungan, tasik mahupun sungai.

Mengikut teori “biophilia hypothesis, ia mengatakan bahawa manusia suka kepada alam kerana kita berkembang atau ‘evolved’ darinya. Pun begitu, suka penulis nyatakan bahawa alam semula jadi membawa kita agar mengingati fitrah dan mendekatkan diri dengan Sang Pencipta Alam Semesta.


Istimewa untuk tatapan ‘followers’ Backpackerz, penulis sajikan dengan lokasi dan destinasi hijau serta lestari yang menjadi pilihan untuk percutian Eco-Friendly Tourism walau hanya di Malaysia. #DekatJe


Layan kelah sanctuary di Terengganu

1# Lembah Danum, Sabah

Korang harus mengharungi tiga jam perjalanan darat menggunakan kenderaan pacuan empat road untuk sampai ke Lembah Danum. Lokasi ini terletak di Lahad Datu. Kalau naik flight, boleh turun di Lapangan Terbang Tawau.

Lembah Danum menyediakan pelbagai aktiviti seperti merentas hutan, mendaki, meninjau hutan dari menara kanopi, bermain tubing air dan night walking. Korang juga boleh berjalan di atas titian gantung setinggi bangunan 13 tingkat!

Ada hutan tentulah ada haiwan. Lembah Danum menyimpan khazanah hidupan liar yang ‘rare’ seperti orang utan, ungka, harimau, gajah, rusa, kucing hutan, serangga, enggang dan beberapa spesies burung yang menakjubkan.

Jika korang terasa nak ke sini, BackPackerz cadangkan untuk menginap di Borneo Rainforest Lodge, salah satu lokasi penginapan hebat dan selesa untuk memulakan pengembaraan di Lembah Danum.  

Lembah Danum, Sabah

2# Tasik Kenyir, Terengganu

Tasik buatan terbesar di Asia Tenggara. Itu sudah cukup menggambarkan keunggulan Tasik Kenyir. Dipercayai, destinasi eko ini menjadi rumah kepada lebih 8,000 spesies bunga, 2500 spesies tumbuh-tumbuhan, 8,000 spesies orkid, 370 spesies burung dan 300 spesies ikan air tawar.

Pengunjung yang datang ke Tasik Kenyir berpeluang nikmati banyak kemudahan meskipun dalam persekitaran hutan antaranya memancing, rumah berperahu (boathouse), trekking, berkayak, berkhemah dan meneroka gua. Melawat santuari kelah dan gajah juga tarikan sampingan di sini.

Kelah sanctuary di Tasik Kenyir
Pelancong memancing di atas `Houseboat'.

3# Gua Niah, Sarawak

Gua Niah terletak di daerah Miri. Ia merupakan gua utama Taman Negara Niah, salah satu taman negara terkecil di Sarawak. Gua ini merupakan khazanah alam yang menjadi kediaman manusia zaman Paleolitik.

Selain eko pelancongan, Gua Niah turut menjadi hub kepada penuaian sarang burung walet yang terkenal. Kegiatan ini telah dilakukan sejak 100 tahun dahulu dimana Taman Negara Niah merupakan pengeluar sarang burung Walet pertama negara bermula sejak tahun 1878.

Selain itu, jangan lupa untuk menyaksikan sendiri lukisan manusia purba di Gua Lukisan dan melawat rumah panjang orang Iban.

#Trivia – Sarang burung Walet boleh dianggap sebagai lubuk emas di Gua Niah kerana ia dijual dengan harga sekitar RM2,500 sekilo!

Boleh layan 'gua lukisan' di Niah Cave, Sarawak

4# Kuala Gula, Perak

Kuala Gula cukup kaya dengan ekosistem hutan bakau, yang menjadi habitat pelbagai spesies burung. Destinasi eko ini menjadi tumpuan untuk aktiviti memerhati burung serta jurugambar burung.

Antara spesies yang menjadi tumpuan lensa adalah Milky Stork, Lesser Adjutant dan raja udang. Bulan Ogos dan April setiap tahun merupakan musim puncak untuk melihat burung-burung yang bermigrasi ke Kuala Gula. Lebih daripada 200 ribu burung berhijrah.


#Fakta – Kuala Gula Bird Sanctuary pernah memenangi “Best Tourist Attraction” Kategori (Natural Attraction) pada Malaysia Tourism Awards


Jika bertandang ke sini, jangan lupa untuk melihat sendiri bagaimana cara pembuatan belacan, udang geragau dan makanan berasaskan laut oleh masyarakat kampung. Oh, jangan lupa juga cuba mi udang dan tengok kelip-kelip di Kampung Dew yang terletak di daerah Taiping, Perak.

Mangrove walk at Kuala Gula, Perak
Coastal birds at Kuala Gula

5# Kinabalu Park, Sabah

Taman Kinabalu terletak di Banjaran Crocker di Kundasang, pantai barat Sabah. Kawasan eko ini merupakan wadah tumpuan pencinta alam semula jadi serta pendaki gunung.

5,000 spesies tumbuhan vaskular, lebih 1,000 spesies orkid, 621 spesies paku-pakis, sembilan spesis Nepenthes, 29 spesies Rhododendron dan dua spesies Rafflesia boleh ditemui di Kinabalu Park.

Tarikan utama Kinabalu Park semestinya Gunung Kinabalu, salah satu gunung tertinggi di Asia Tenggara. Sekitar taman turut menampilkan pelbagai tarikan pelancong seperti Galeri Kinabalu Natural History, Poring Hot Springs, canopy walk, taman rama-rama, taman tropika dan Pusat Pemuliharaan Orkid Poring.

Pelbagai jenis penginapan ada disediakan di Kinabalu Park serta kawasan sekitarnya yang bermula dari asrama, hostel hingga ke chalet yang selesa.

Kinabalu Park has eight nature trails for you to explore!
Kinabalu Park scenery. Credit - Klook

6# Hutan Rekreasi Gunung Panti, Johor

Hanya memandu selama dua jam dari Tambak Johor, korang akan menyelusuri bandar Kota Tinggi sebelum sampai di Hutan Rekreasi Gunung Panti.

Kebanyakan orang menganggap bahawa Gunung Panti sebagai tempat latihan terbaik sebelum meneruskan pengembaraan sukar di gunung-gunung lain yang mencabar seperti Kinabalu.

Perjalanan ke puncak gunung mengambil masa dua hingga ke tiga jam, bergantung kepada keadaan dan keupayaan fizikal seseorang. Jika datang ke sini, jangan lupa untuk membawa light backpack, bekalan makanan dan air yang mencukupi.

Hutan Lipur Panti terletak di dalam Hutan Simpan Panti

7# Parit Jawa, Johor

Jika Kuala Gula agak jauh buat pembaca yang tinggal di selatan tanah air, korang boleh merasai pengalaman yang sama di Parit Jawa, sebuah destinasi eko-pelancongan yang kian membangun.

Parit Jawa menjadi tumpuan para peminat ‘bird watch’. Ia menjadi tempat persinggahan burung-burung pada musim penghijrahan pada bulan Jun sehingga Ogos. Lawatan ke Parit Jawa pasti tidak lengkap andai tidak bertandang ke Pantai Leka. Menariknya, korang dapat melihat spesies burung botak atau ‘burung bald’ yang sering bertenggek di pesisir pantai.

Parit Jawa, Muar juga sangat terkenal dengan masakan asam pedas. Hidangan tempatan ini boleh menarik ramai pelancong datang ke sini hanya untuk makan-makan.

Parit Jawa is a small and simple fishing village
Asam pedas and seafood!

8# Taman Negara Endau-Rompin, Johor

Buat mereka yang gemarkan aktiviti lasak dengan suasana hijau hutan simpan, Taman Negara Endau-Rompin merupakan salah satu destinasi yang harus dikunjungi. Taman Negara Endau Rompin, terletak di sempadan Johor/Pahang, merupakan taman negara yang kedua selepas Taman Negara.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh layan di sini antaranya jungle trails, melawat perkampungan orang asli (suku Jakun), berakit, night safari (berjalan atau menaiki pacuan empat roda) dan menyusuri sungai menggunakan bot.

Untuk ke sini, korang dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk mendapatkan permit khas dari Perbadanan Taman Negara Johor. Taman Negara Endau Rompin menawarkan penginapan chalet, dorm, dan juga tapak perkhemahan.

Taman Negara Endau-Rompin meliputi kawasan tadahan air sungai Endau dan Rompin, bersesuaian dengan namanya
Bagi pencinta kembara dan pengembara sungai, terdapat jeram menyeronokkan dan air terjun yang luas!

9# Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Selangor

FRIM hanya 30 minit dari Kuala Lumpur dan mempunyai banyak tarikan flora dan fauna. Tapak Kepong (national heritage site) menawarkan persekitaran yang tenang dan tidak tercemar. Korang boleh pacak khemah, berkelah atau layan bird watching.

FRIM Kepong is one of Malaysia's oldest tropical flora and fauna with good facilities for nature lovers and outdoor activities. Photo by Lonely Planet

10# Tasik Timah Tasoh, Perlis

Tasik Timah Tasoh terletak di mukim Berseri, 17km ke utara bandar Kangar. Panorama indah yang terhasil dari projek empangan yang bermula pada tahun 1987 hingga tahun 1992 ini telah menelan kos pembinaan sebanyak 67 juta ringgit. Tasik Timah Tasoh adalah empangan buatan manusia di Perlis. Ia mendapat namanya dari dua sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh.

Ia seringkali menjadi tumpuan para pemancing untuk melepaskan joran. Tasik ini turut menjadi tumpuan mereka yang gemarkan aktiviti memerhati burung. Tasoh Lake Resort & Retreat merupakan antara pilihan penginapan yang menyediakan servis tiga bintang serta kemudahan unggul.

Selain pemandangan yang menarik, sekitar tasik ini terdapat tarikan lain iaitu dusun buah-buahan yang boleh dinikmati secara percuma semasa musimnya istimewa untuk penginap di Tasoh Lake Resort & Retreat.

During sunset at Timah Tasoh Lake
Penginapan di Tasoh Lake Resort & Retreat
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!