fbpx

Type to search

DekatJe Itinerari BP Travel

Dengan RM150, Gadis Ini Dapat “Island-Hopping” ke Pulau Redang, Bidong & Lang Tengah Secara Day Trip!

Share

Jika sebut tentang percutian pulau, pasti korang terbayang keindahan pulau-pulau di Sabah seperti Sipadan, Semporna dan Manukan.

Tapi korang perlu tempah tiket penerbangan kalau nak ke Negeri di Bawah Bayu ini. Jadi, team BackPackerz nak bantu memudahkan perancangan percutian korang ke pulau idaman! 

Kepulauan di Terengganu ini terletak di Laut China Selatan

Terengganu Darul Iman, menawarkan lokasi percutian pulau yang menarik dan paling penting, destinasi bajet! Secara keseluruhannya, terdapat lebih 10 buah pulau di Terengganu, namun yang paling ideal untuk datang bercuti hanya tujuh termasuk Pulau Redang, Pulau Bidong dan Pulau Lang Tengah.

Untuk percutian singkat dengan aktiviti yang padat, Pulau di Terengganu adalah pilihan terbaik. Jom kita ‘ushar’ itinerari “Day Trip” yang dikongsikan oleh Kina sewaktu percutian ke tiga pulau di Terengganu.

"Sea more, less worry"

Island hopping ke TIGA pulau – Pulau Redang + Pulau Lang Tengah + Pulau Bidong
Tentative Day Trip ←

  • 7.30 pagi – Bertolak dari Kuala Terengganu ke Jeti Merang, Setiu. Stop untuk breakfast di area Merang dulu.
  • 8.30 pagi – Tiba di Jeti Merang, korang boleh terus naik bot dan bertolak ke Pulau Lang Tengah. Lebih mudah perjalanan sebab dah tempah pakej awal. Kami semua 14 orang, jadi boleh naik satu bot laju bersama tiga tour guide yang sporting gila.
  • 9.10 pagi – Sampai di Pulau Lang Tengah.
    ♦ Masa yang sesuai untuk snorkeling di Blue Coral. Air dekat sini sejuk macam mandi air batu.
    ♦ 
    Snorkeling di Batu Bulan. Kami semua sangat teruja macam tak pernah jumpa laut. Air dia jernih dan biru sangat. Antara semua tempat, Kina rasa air dekat sini paling Win!
    ♦ 
    Stop di Jeti Pulau Lang Tengah, kami pergi jalan-jalan sekitar pantai. Best sangat pulau ni sebab tak ramai orang, dah macam private island!
Island hopping tiga pulau, Redang, Lang Tengah & Bidong
Snorkeling di Blue Coral & Batu Bulan di Pulau Lang Tengah. Laut biru jernih!
Bercuti dengan kawan-kawan di TIGA pulau di Terengganu. Roger je KAPAS VACAY
  • 11.30 pagi – Lepas ronda Pulau Lang Tengah, kami bertolak ke Pulau Redang pula.
     Snorkeling di Teluk Dalam, kalau bertuah, boleh nampak kelibat penyu! Excited weh dapat tengok penyu depan mata. Ini checkpoint paling best bagi Kina. Get ready your GoPro!
    ♦ 
    Singgah ke Long Beach Redang untuk makan tengahari. Lunch pack termasuk dalam pakej, nak solat pun boleh di sini.
    ♦ Long Beach Redang sangat cantik, pasir putih bersih + air biru jernih. Dekat sini boleh mandi juga, nak snorkeling pun boleh. Kina request nak lepak sini lama sikit sebab persekitaran yang cantik dan tenang!
     
  • 3.00 petang – Bergerak ke Pulau Bidong & stop di Jeti Pulau Bidong. Paling best, tour guide Kina bawa ronda tengok peninggalan pelarian Vietnam, ada kubur, tugu & tapak rumah. Dekat pulau ni juga ada Muzium Negeri. Dah macam lawatan bersejarah pula Kina rasa tapi memang syok!
    ♦ Pulau Bidong dulu dijadikan tempat penempatan khas oleh kerajaan Malaysia untuk pelarian Vietnam sekitar tahun 1975-1991.
    ♦ Sambung snorkeling di bawah Jeti Pulau Bidong. View sini sangat cantik sebab ada sea fan & soft coral berwarna-warni. Kina teruja sebab biasa nampak hard coral je.
    ♦ Last checkpoint, korang boleh snorkeling puas-puas di Pulau Karah, depan Pulau Bidong.

  • 5.00 petang – Bertolak balik ke Jeti Merang, masa untuk pulang! Kami salin pakaian di jeti. Tandas & surau disediakan di sini. Memang selesa! 

Long Beach Redang menawarkan pasir putih bersih & air biru jernih! Korang boleh mandi & snorkeling di sini

Info – Pada tahun 1991, Kerajaan Malaysia mengarahkan Pulau Bidong yang dihuni seramai 252 ribu orang supaya dikosongkan & pelarian ini dihantar keluar secara berperingkat


View sini sangat cantik sebab ada sea fan @ soft coral berwarna warni di Pulau Bidong
Korang boleh mandi & snorkeling di Jeti Pulau Bidong. Bawa GoPro sekali!

  1. Setiap checkpoint tu masa berbeza, korang boleh request lama sikit dekat port yang best tapi atas persetujuan tour guide.
  2. Island hopping ni menarik sebab dapat pergi TIGA pulau dalam sehari. Masa pun tak terkejar-kejar & kami dapat rasai pengalaman berbeza di setiap pulau.
  3. Kina pergi weekdays lagi best sebab tak ramai sangat orang tapi syarat dia kena lebih 8 pax, baru best & meriah!
  4. Pakej yang Kina ambil ni memang terbaik & jimat sebab dah termasuk lunch pack, parking fee, snorkeling equipment & tour guide sekali. Bawa badan dengan baju basah je! No hidden charge!
  5. Biasanya day trip satu pulau dalam RM120 kan? Tapi pakej Island Hopping TIGA pulau ni Kina tempah dengan harga RM150 sahaja!

Terima kasih Nasiha Sakina Mohamad atas perkongsian itinerari ringkas ke tiga pulau di Terengganu ini! Teruskan menyokong BackPackerz!

Terima Kapas Vacay sebab realisasikan percutian Day Trip Kina ke tiga pulau!

Kalau korang rasa pakej day trip ni best dan berbaloi, Kina kongsi terus nombor pakej yang Kina tempah, harap dapat bantu korang semua. Boleh cari di Facebook (@Kapas Vacay) atau hubungi terus Sis Dilaa, 017-7772726.

Jom layan video Kina & kawan-kawan semasa bercuti di Pulau Redang, Pulau Bidong & Pulau Lang Tengah! 

Pakej DAY TRIP ke TIGA pulau di Terengganu oleh KAPAS VACAY
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!