fbpx

Type to search

Berita BP Editor Pick Gajet

DJI Perkenalkan Kamera Aksi “Osmo Action” – Bakal Jadi Pesaing GoPro!

Share
  • SZ DJI Technology Co Ltd adalah syarikat teknologi China yang beribu pejabat di Shenzhen, Guangdong.
  • DJI dikenali sebagai pengilang kenderaan udara tanpa pemandu iaitu “dron”, untuk kegunaan fotografi dan videografi di udara.
  • Sebagai peneraju jenama dron, platform terbang dan peranti pegang tangan DJI telah dijual di lebih 100 negara di seluruh dunia sejak DJI ditubuhkan pada tahun 2006.

Apabila menyentuh mengenai gear atau peralatan untuk penggambaran sukan lasak dan aksi mencabar, pasti produk atau jenama yang terlintas dalam fikiran korang adalah kamera aksi GoPro. 

Kelasakkan dan fungsi GoPro sudah cukup sinonim dalam kalangan peminat aktiviti ‘extreme’. Namun, ada berita menggembirakan untuk korang yang tercari-cari kamera aksi yang sesuai dan mampu menandingi GoPro.

DJI Osmo Action tanya apa khabar ...
The DJI Osmo Action has 2.6 x 1.6 x 1.3 inch dimensions

Introducing DJI Osmo Action

Kini, jenama popular dan tidak asing lagi dengan penawaran imej ‘bird eye’ (dron) iaitu DJI telah bersedia untuk bersaing dengan GoPro Hero 7 dalam penghasilan kamera aksi. Khabarnya, DJI Osmo Action mempunyai beberapa ‘function’ yang mampu menyaingi GoPro.

DJI Osmo Action menampilkan kelebihan pertama pada penyertaan skrin di bahagian hadapan bagi memudahkan pengguna untuk selfie atau berswafoto dan merakamkan vlog. Sentuh mengenai rekaan Osmo Action, saiz dan bentuk lebih kurang dengan GoPro Hero 7. Kedua-duanya memang ringan, mudah dikendalikan dan dibawa ke mana-mana.

DJI Osmo Action come with second front-facing screen
DJI Osmo Action got lens covers

Osmo Action didatangkan dengan penutup lensa yang membolehkan korang menggantikan kaca retak atau mudah menambah neutral density filter atau polarizer untuk mendapatkan situasi pencahayaan yang berlainan.

Selain itu, Osmo Action dilengkapi teknologi “RockSteady” bagi membolehkan korang merakam gambar dan video lebih stabil, lancar dan paling penting, tanpa gegaran langsung. Korang boleh tengok video ataupun review. No need stabilizer anymore guys! DJI juga menggunakan aksesori ecosystem-friendly iaitu hab pengecasan yang boleh mengecas tiga bateri dalam satu masa. Wow! 

145-degree field-of-view
‘Rocksteady’ Electronic image stabilization

Seperti model keluaran GoPro, Osmo Action juga dilengkapi penawaran kalis air dengan ketahanan tekanan air sedalam 11 meter. Lebih mengujakan, kalau korang dapatkan peranti pegang tangan, ia adalah “floating handle” untuk memastikan kamera tidak tenggelam ke dasar lautan sekiranya terlepas.

DJI Osmo Action mempunyai teknologi HDR dalam memberikan efek warna yang lebih menonjol dan kontras pada setiap gambar mahupun video yang diambil. Dari segi kualiti pula, kamera aksi ini mampu merakam dengan resolusi 4K dan 60 frame per second (fps).

Waterproof to 11m, or 60m with a special case
Without a waterproof case, the DJI Osmo Action can operate under the waves to a depth of 36 feet

Sejujurnya, agak banyak penawaran fungsi DJI Osmo Action berbanding GoPro Hero 7 namun masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. GoPro memang terkenal untuk penggambaran serta aktiviti lasak. GoPro adalah ‘GOD’ untuk kamera aksi, manakala kehadiran DJI Osmo Action ibarat anak kecil yang bertatih-tatih berjalan. 

Pilihan dan perbandingan adalah subjektif serta mengikut citarasa pengguna. DJI Osmo Action bakal dijual tidak lama lagi dengan tawaran harga tidak rasmi serendah $350 (RM1460).

Sesuai untuk aktiviti atau pengembaraan lasak

Berikut adalah beberapa ciri-ciri lain;

  • 1/2.3-inch sensor
  • 12MP, F2.8 aperture
  • 145-degree field-of-view
  • Screwable lens covers
  • 4K/60fps
  • HDR
  • 1080p/240fps (8x slow-mo)
  • 100 Mbps bitrate
  • RAW photo mode
  • 2.24-inch rear panel
  • 750-nit brightness on both displays
  • 63 minutes battery life at 4K/60, up to 135 minutes at 1080p/30 with stabilization off
  • ‘Rocksteady’ Electronic image stabilization
  • Waterproof to 11m, or 60m with a special case
  • 124g
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!