fbpx

Type to search

Itinerari BP

EUROPE, LIKE YOU NEVER SEEN IT BEFORE – 5 “UNTYPICAL DESTINATIONS”

Share

Bosan dengan destinasi tipikal yang sesak dengan pelancong lain? Kami faham perasaan anda. Kali ini kami kongsi LIMA destinasi rare buat anda yang sentiasa tercari-cari lokasi yang jarang dikunjungi pengunjung lain. Cuma, bersedia lah untuk berbelanja lebih. 

THESSALONIKI
– Sebagai seorang backpacker, mengenali budaya dan sejarah sesuatu tempat yang dilawati pasti termasuk dalam agenda pengembaraan. Thessaloniki di Greece adalah antara lokasi yang menawarkan peninggalan sejarah yang menarik untuk difahami dan diterokai.
– Difahamkan, bandar ini telah wujud sejak zaman kemasyuran Aristotle (ahli falsafah Greek). Maka, tidak hairanlah, masih terdapat banyak binaan bangunan menyerupai zaman itu yang masih berdiri megah di Thessaloniki.
– Untuk penginapan, hotel Ilios yang terletak berhampiran Aristotle Square sesuai untuk anda kerana jaraknya terletak berdekatan pusat bandar dan harga juga berpatutan.

PETERSBURG
–  Anda nak tahu apa yang paling seronok untuk dilakukan di st. Petersburg? Naik kereta api malam dari Moscow ke St. Peterburg. Ya, keseronokan bermula sebelum anda tiba ke sini lagi, pengalaman di dalam kereta api. Kena pula ketika itu musim salji, memang indah dibuai perasaan yang mengasyikkan.

– Antara lokasi yang wajib dilawati di sini adalah Russian Museum dan Admiralty yang telah wujud lebih 300 tahun lalu. Ada pengembara kata kalau ke St. Petersburg, mesti cuba kopi di sini yang enak. Dan tempat yang sesuai untuk pekena kopi adalah Stolle. Selepas pekena kopi, boloeh bersiar-siar di Sungai Neva sambil merakam foto-foto yang cantik di sini.
– St Petersburg turut dikenali dengan gelaran “Venice of the North”. Bandar terusan ini mempunyai sejumlah 342 jambatan dan saat melihat jambatan-jambatan ini diangkat ke atas untuk memberi laluan kepada kapal lalu di Sungai Neva begitu mengujakan.
– Tidak hairanlah St Petersburg disamakan dengan Venice. Kalau boleh, datang ke sini pada pertengahan Jun – kemuncak musim bunga di mana waktu siang yang panjang dan paling unik adalah waktu malamnya yang terang-benderang, seakan-akan malam tidak kunjung tiba! Inilah saat untuk merakam foto terbaik sama ada sebagai koleksi peribadi atau selfie! 

SANTANA, MADEIRA
– Santana adalah sebuah bandar di sepanjang pantai utara Pulau Madeira, Portugal. Ia terkenal dengan rumah-rumah tradisional dibina dengan bumbung berbentuk ‘A’ yang dilindungi dengan jerami. Kira-kira 8,800 orang menetap di Santana ketika ini.
– Rumah-rumah kampung ini kebanyakannya didiami oleh petani-petani yang pada asalnya merupakan penduduk terawal di pulau ini. Dinding rumah rumah di sini dicat warna putih, pintu bewarna merah dan tingkap pada garisan luarnya dicat warna biru.
– Santana menghimpunkan pelbagai koleksi seni dan kraftangan yang termasyur di Pulau Madeira, terutamanya hasil tenunan. Dalam pada itu, jika anda bercuti bersama anak-anak, jangan lupa singgah ke Santana Theme Park. 

ZAANSE SCHANS
– Kalau anda nak rasa macam mana hidup di perkampungan Belanda abad ke-17, Zaanse Schans yang terletak tidak jauh dari Amsterdam adalah pilihan terbaik. Popular dengan deretan rumah-rumah lama yang dicat dengan warna hijau, gudang-gudang dan kincir angin, Zaanse Schans bukanlah muzium terbuka di mana terdapat ‘pelakon-pelakon’ yang memakai pakaian tempatan dan berposing sewaktu pelancong tiba. Sebaliknya, ia perkampungan Belanda lama yang ‘real’ – dengan penduduk kampung sebenar. Kalau anda mahu merakam banyak foto-foto menarik berlatar-belakang rumah-rumah lama dan kincir angin yang unik, Zaanse Schans adalah tempatnya.
– Kebanyakan bangunan dan rumah-rumah di sini dipindahkan dari beberapa kawasan di Zaanstreek sekitar tahun 1960/1970an berikutan pembangunan di kawasan bandar yang mengancam rumah-rumah lama ini.
– Jika berkesempatan ke sini, lawatan ke kincir angin wajib anda buat. Cuma, anda perlu tahu hari dan bulan yang sesuai jika anda memilih untuk melihat kincir angin. Dari bulan Mac hingga Oktober, Paint Mill De Kat dan Oil Mill De Zoeker dibuka setiap hari untuk lawatan. Sementara itu, dari November hingga Februari, kebanyakan kincir angin di sini dibuka hanya pada hujung minggu.
– Anda juga boleh melawat muzium Zaanse Schans dan Verkade Pavilion apabila berada di sini. Tidak dilupakan, kedai kraftangan lama yang sudah wujud sejak tahun 1789, “Saense Lelie”. Pelbagai barangan kraftangan dan cenderamata boleh dibeli di sini. Dalam pada itu, nak tengok macam mana pembuatan keju di Belanda? di sinilah tempatnya. Cheese Farm the Catharina Hoeve menawarkan pengalaman pembuatan keju kepada para pengunjung.
– Untuk pengalaman lebih menarik di Zaanse Schans, anda boleh menaiki river cruise di Sungai Zaan. Perkhidmatan ini ditawarkan dari bulan April hingga Oktober.

MUNICH
– Bandar terbesar di Jerman, Munich, popular dengan deretan bangunan-bangunan lama dan muzium yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung. Antara lokasi terbaik untuk anda merakam foto ialah Marienplatz yang merupakan Dataran Utama sejak bandar ini mula-mula dibentuk ratusan tahun dahulu. Di sini jugalah lokasi yang menempatkan pasar-pasar tumpuan pelancong.
– Lokasi ini juga menempatkan Old Town Hall, landmark terkemuka Virgin’s Column dan juga Fish Fountain. Kalau ada duit lebih untuk membeli-belah, Marienplatz juga pilihan sesuai kerana terdapat banyak kedai-kedai dan butik yang menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa.
– Tidak mahu mengeluarkan banyak bajet ketika di Munich? Anda boleh lawati English Garden yang merupakan taman terbesar di Jerman dengan keluasan 910 ekar beserta lebih 100 buah jambatan di dalamnya. Taman dengan kawasan bertasik ini asalnya direka sebagai taman untuk para anggota tentera pada tahun 1785.
– Sama ada anda seorang peminat kereta atau tidak, lawatan ke Muzium BMW adalah wajib. Berpuluh-puluh kereta dan motosikal daripada yang baru hinggalah yang lama keluaran jenama terkemuka dunia itu dapat dilihat di sini. Memang jamu mata ketika berada di dalam muzium ini. Begitu terpegun melihatkan koleksi kereta BMW yang memang menjadi idaman ramai peminat kereta seluruh dunia!

Imej : Sumber Agensi

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!