LOADING

Type to search

Insider BP

EUROPE, LIKE YOU NEVER SEEN IT BEFORE

backpackerz June 27, 2018
Share

Bosan dengan destinasi biasa yang sesak dengan pelancong lain? Kami faham perasaan anda. Untuk edisi kali ini, kami paparkan 5 destinasi ‘RARE’ buat anda yang sentiasa tercari-cari lokasi yang jarang dikunjungi ‘tourist’ lain.

EUROPE, LIKE YOU NEVER SEEN IT BEFORE…

Thessaloniki

THESSALONIKI

Sebagai seorang backpacker, mengenali budaya dan sejarah sesuatu tempat yang dilawati pasti termasuk dalam agenda pengembaraan. Thessaloniki di Greece adalah antara lokasi yang menawarkan peninggalan sejarah yang menarik untuk diterokai.

Difahamkan, bandar ini telah wujud sejak zaman kemasyuran Aristotle (ahli falsafah Greek). Maka, tidak hairanlah, masih terdapat banyak binaan bangunan menyerupai zaman itu yang masih berdiri megah di Thessaloniki.

Untuk penginapan, hotel Ilios yang terletak berhampiran Aristotle Square sesuai untuk anda kerana ianya terletak di pusat bandar dan harganya juga berpatutan.

St-Petersburg

ST. PETERSBURG

Anda nak tahu apa yang paling seronok untuk dilakukan di st. Petersburg? Naik kereta api malam dari Moscow ke St. Peterburg. Ya, keseronokan bermula sebelum anda tiba ke sini lagi, iaitu di dalam kereta api. ‘Kena’ pula ketika itu musim salji. Memang indah dibuai perasaan yang mengasyikkan.

Antara lokasi yang wajib dilawati di sini adalah Russian Museum dan Admiralty yang telah wujud lebih 300 tahun lalu. Ada pengembara kata kalau ke St. Petersburg, mesti cuba kopi di sini yang enak. Dan tempat yang sesuai untuk pekena kopi adalah Stolle. Selepas pekena kopi, boloeh bersiar-siar di Sungai Neva sambil merakam foto-foto yang cantik di sini.

St Petersburg turut dikenali dengan gelaran “Venice of the North”. Bandar terusan ini mempunyai sejumlah 342 jambatan dan saat melihat jambatan-jambatan ini diangkat ke atas untuk memberi laluan kepada kapal lalu di Sungai Neva begitu mengujakan. Tidak hairanlah St Petersburg disamakan dengan Venice. Kalau boleh, datang ke sini pada pertengahan Jun – kemuncak musim bunga di mana waktu siang yang panjang dan paling unik – waktu malamnya yang terang-benderang, seakan-akan malam tidak kunjung tiba! Inilah saat untuk merakam foto terbaik sama ada sebagai koleksi peribadi atau swa foto!

34591090 - traditional dutch windmills with red tulips in  zaanse schans, amsterdam area, holland

ZAANSE SCHANS

Kalau anda nak rasa macam mana hidup di perkampungan Belanda abad ke-17, Zaanse Schans yang terletak tidak jauh dari Amsterdam adalah pilihan terbaik. Popular dengan deretan rumah-rumah lama yang dicat dengan warna hijau, gudang-gudang dan kincir angin, Zaanse Schans bukanlah muzium terbuka di mana terdapat ‘pelakon-pelakon’ yang memakai pakaian tempatan dan berposing sewaktu pelancong tiba. Sebaliknya, ia perkampungan Belanda lama yang ‘real’ – dengan penduduk kampung sebenar. Kalau anda mahu merakam banyak foto-foto menarik berlatar-belakang rumah-rumah lama dan kincir angin yang unik, Zaanse Schans adalah tempatnya.

Kebanyakan bangunan dan rumah-rumah di sini dipindahkan dari beberapa kawasan di Zaanstreek sekitar tahun 1960/1970an berikutan pembangunan di kawasan bandar yang mengancam rumah-rumah lama ini. Jika berkesempatan ke sini, lawatan ke kincir angin wajib anda buat. Cuma, anda perlu tahu hari dan bulan yang sesuai jika anda memilih untuk melihat kincir angin. Dari bulan Mac hingga Oktober, Paint Mill De Kat dan Oil Mill De Zoeker dibuka setiap hari untuk lawatan. Sementara itu, dari November hingga Februari, kebanyakan kincir angin di sini dibuka hanya pada hujung minggu.

Anda juga boleh melawat muzium Zaanse Schans dan Verkade Pavilion apabila berada di sini. Tidak dilupakan, kedai kraftangan lama yang sudah wujud sejak tahun 1789, “Saense Lelie”. Pelbagai barangan kraftangan dan cenderamata boleh dibeli di sini. Dalam pada itu, nak tengok macam mana pembuatan keju di Belanda? di sinilah tempatnya. Cheese Farm the Catharina Hoeve menawarkan pengalaman pembuatan keju kepada para pengunjung.
Untuk pengalaman lebih menarik di Zaanse Schans, anda boleh menaiki river cruise di Sungai Zaan. Perkhidmatan ini ditawarkan dari bulan April hingga Oktober.

26718178 - the national theatre of munich, located at max-joseph-platz square in the morning, munich, bavaria, germany

MUNICH

Bandar terbesar di Jerman, Munich, popular dengan deretan bangunan-bangunan lama dan muzium yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung. Antara lokasi terbaik untuk anda merakam foto ialah Marienplatz yang merupakan Dataran Utama sejak bandar ini mula-mula dibentuk ratusan tahun dahulu. Di sini jugalah lokasi yang menempatkan pasar-pasar tumpuan pelancong.

Lokasi ini juga menempatkan Old Town Hall, landmark terkemuka Virgin’s Column dan juga Fish Fountain. Kalau ada duit lebih untuk membeli-belah, Marienplatz juga pilihan sesuai kerana terdapat banyak kedai-kedai dan butik yang menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa.

Tidak mahu mengeluarkan banyak bajet ketika di Munich? Anda boleh lawati English Garden yang merupakan taman terbesar di Jerman dengan keluasan 910 ekar beserta lebih 100 buah jambatan di dalamnya. Taman dengan kawasan bertasik ini asalnya direka sebagai taman untuk para anggota tentera pada tahun 1785.

Sama ada anda seorang peminat kereta atau tidak, lawatan ke Muzium BMW adalah wajib. Berpuluh-puluh kereta dan motosikal daripada yang baru hinggalah yang lama keluaran jenama terkemuka dunia itu dapat dilihat di sini. Memang jamu mata ketika berada di dalam muzium ini. Begitu terpegun melihatkan koleksi kereta BMW yang memang menjadi idaman ramai peminat kereta seluruh dunia!

41318701 - bohinj lake with boats and church of st john the baptist, triglav national park, slovenia. instagram toning

BOHINJ

Wilayah alps yang dipenuhi keindahan alam semula jadi dan keramahan penduduknya, Bohinj terletak di tengah-tengah Julian Alps, yang merupakan banjaran gunung terpanjang dan tertinggi di negara itu.

Wilayah Bohinj merangkumi Lembah Nomenj, Tasik Basin, bahagian tertinggi dan terendah Lembah Bohinj dan dataran tinggi Pokljuka dan Jelovica. Apabila anda berpeluang ke sini, jangan lupa singgah ke destinasi ikonik Bohinj iaitu Tasik Bohinj yang merupakan tasik terbesar di Slovenia. Kawasan lembah di sini turut menempatkan sejumlah 24 perkampungan dengan penduduk yang ramah – sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengembara ke tempat mereka.

Penginapan pada harga berpatutan boleh didapati dengan mudah di Bohinj. Antaranya, Accomodation Resman yang menawarkan bilik penginapan pada kadar RM150-RM175 semalaman (bergantung kepada musim).

Scroll Up
error: Content is protected !!