fbpx
LOADING

Type to search

Antarabangsa Bencana Berita BP

Fenomena Vortex Kutub ragut 21 nyawa di Amerika Syarikat. Cuaca sejuk melampau mencecah -54 darjah Celsius!

MM February 4, 2019
Share
  • Fenomena Vortex Kutub membawa salji setebal 60 cm
  • Grand Forks dan North Dakota direkodkan negeri paling sejuk dengan purata suhu serendah -54 darjah Celcius
  • Orang ramai dinasihati agar ‘tidak menarik nafas begitu kuat & kurangkan bercakap’
  • Cuaca sejuk melampau mampu menyebabkan seseorang terkena radang dingin atau ‘frost bite’ jika lebih 10 minit berada di tempat terbuka

Rata-rata penduduk di bahagian Midwest, Amerika Syarikat (AS) memuatkan pelbagai foto dan video di media sosial yang menunjukkan kesan cuaca sejuk melampau di rantau mereka. 

Sesetengah kawasan di Amerika Syarikat dilaporkan terdedah kepada cuaca sejuk ekstrim hingga mencecah minus 54 darjah Celcius.

Foto - storiesflow.com
CHICAGO, ILLINOIS - JANUARY 30: A man takes a picture along the lakefront as temperatures hovered around -20 degrees. Photo - Getty Images

Korang bayangkan, ia lebih sejuk daripada cuaca di Alaska yang lebih dekat dengan Kutub Utara.Para saintis menyatakan bahawa cuaca sejuk melampau ini berlaku disebabkan oleh fenomena Vortex Kutub atau Polar Vortex di Amerika Syarikat. Cuaca sejuk melampau ini merupakan antara terburuk sejak berdekad lalu.

Menurut laporan BCC, fenomena Polar Vortex sudah meragut 21 nyawa di beberapa negeri di Amerika Syarikat termasuk di Chicago, Michigan, Iowa, Indiana dan Illinois. Sembilan puluh juta orang – sepertiga populasi di Amerika Syarikat sedang menghadapi suhu turun mendadak -17 darjah Celcius atau lebih rendah. Sekitar 250 juta rakyat Amerika secara keseluruhan telah mengalami keadaan “pusaran kutub”.

Seluar basah beku & berdiri sendiri akibat fenomena Polar Vortex. Foto - Pam Metcalf

Agensi Cuaca Kebangsaan AS (NWS) melaporkan lebih 2,700 penerbangan dibatalkan bagi menghadapi fenomena Vorteks kutub. Kebanyakan syarikat dan premis perniagaan juga mengarahkan supaya pekerja mereka duduk di rumah, selain banyak sekolah turut ditutup.

Di Atlanta, kira-kira 300 buah penerbangan dibatalkan, manakala 400 lagi penerbangan di bandar ini turut terjejas. Manakala, kerajaan Kanada juga mengeluarkan amaran mengenai cuaca sejuk yang melanda ketika ini. Fenomena tersebut dikhabarkan sedang menuju ke Kanada dan disifatkan sangat bahaya.

Kereta pun 'tenggelam' dengan salji fenomena Polar Vortex
A homeless man sits in the falling snow. Photo - getty images
Featured image by Usatoday.com 
Sumber: Astro Awani & ww.bbc.com
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!