Type to search

Beauty Berita BP Fashion Travel

Fesyen ‘Wagara Hijab’ Diperkenalkan Untuk Digayakan Bersama Kimono di Jepun

Share
  • Kimono adalah pakaian tradisional Jepun, perkataan ‘kimono’ secara amnya bermaksud “benda untuk dipakai di bahu”
  • Kimono sering dipakai untuk cuti umum dan perayaan penting, majlis-majlis rasmi seperti majlis perkahwinan dan pengkebumian
  • Shahnaz Daphne, seorang wanita Indonesia berusia 25 tahun telah memainkan peranan penting dalam mencipta barisan produk tudung termasuk “Wagara Hijab”

Kebanyakan pelancong wanita yang berkunjung ke Jepun dari negara luar seperti Malaysia, Indonesia dan banyak lagi gemar menyewa kimono berwarna-warni untuk mendapatkan pengalaman budaya masyarakat di negara matahari terbit ini.

Lima wanita Jepun memakai Kimono di Senso-ji temple, Tokyo

Korang boleh nampak ramai pelancong luar menggayakan kimono untuk bergambar sambil berjalan santai menikmati persekitaran bandar tradisional Jepun, taman tema atau melawati kuil terkenal.

Kyoto antara destinasi popular dengan tarikan pakaian tradisional seperti kimono, dan terdapat deretan kedai sewa yang terus dibuka sekitar bandar untuk menawarkan pelbagai keperluan pelancong setempat.

Model menggayakan kimono bersama wagaya hijab

1- Memenuhi Kehendak Pelancong Muslim
Kedai sewa kimono, Yumeyakata di Kyoto menyedari keinginan pelancong wanita khususnya muslim tourist yang ingin mengenakan kimono tanpa perlu diubah tudung sedia ada.

Mereka telah mula menghasilkan tudung atau hijab khusus yang dicetak dalam “Wagara” (corak Jepun) yang sesuai digayakan bersama kimono. Memang nampak meriah warna yang digunakan pada tudung ini.

Terdapat pelbagai corak Wagara hijab ditawarkan

2- Sewa Wagara Hijab
Yumeyakata menampilkan 20 rekaan wagara hijab dalam pelbagai corak yang sesuai untuk musim bunga (sakura-buah ceri) atau yukiwa (snow ring) dan berharap mempunyai 50 rekaan dan fabrik tambahan untuk musim panas akan datang.

Kalau korang datang ke kedai sewa kimono di Kyoto ini, kakitangan mereka akan bantu pelanggan mengenakan kimono serta wagara hijab dengan citarasa dan gaya tersendiri.

Selain daripada wagaya hijab, terdapat aksesori lain boleh digayakan bersama kimono

Bagi merancakkan pelancaran fesyen terbaru ini, Yumeyakata bagi kadar harga sewaan istimewa iaitu 300 yen (biasanya 500 yen). Jadi apa lagi ditunggu, jom kita melancong ke bandar tradisional, Kyoto dan mengayakan Wagara Hijab!


LOKASI
1) Yumeyakata Gojo Shop
Alamat: 128, Manjujicho, Shimogyo-ku, Kyoto-shi, Kyoto
Dibuka: 10 pagi – 7.30 petang
Telefon: 075-354-8515
Website: Yumeyakata Gojo

Yumeyakata Gojo Shop di Kyoto

2) Yumeyakata Oike Annex
Alamat: 472-1 Kinpukicho, Nakagyo-ku, Kyoto 604-0846
Dibuka: 10 pagi – 7 petang
Telefon: 075-254-8920
Website: Yumeyakata Oike Annex

Yumeyakata Oike Annex di Kyoto

Image credit: PR Times, Inc
Source: PR Times, Inc / Yumeyakata

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!