Type to search

Travelog BP

First Stopover – Paris

Share

Perjalanan kami dari England ke France bermula dari Pelabuhan Dover di West Sussex. Sekarang perjalanan adalah sangat mudah dimana pelawat akan menaiki Chunnel train selama dua jam dari London St Pancras ke Paris Gare du Nord, atau menaiki penerbangan murah. Pada tahun 70’an, perlepasan adalah dari pelabuhan Dover ke pelabuhan Calais atau Boulogne, France dengan feri Sealink atau Hovercraft.

Memang terasa perasaan excitement bercampur cemas ketika memulakan perjalanan kerana ini adalah pengalaman pertama kami mengembara secara backpacker dan tidak dapat menjangka apa yang akan kami tempuhi kelak. Senior kami yang pernah menjelajah Eropah menasihati agar sentiasa flexible dan adaptable ketika mengembara. Saya lebih senior dari Ibrahim dan beliau bergantung kepada saya diatas apa-apa keputusan semasa didalam trip. Perangai beliau yang tidak banyak karenah menyebabkan kami tidak berpecah sepanjang perjalanan walhal ramai kawan-kawan saya yang berselisih faham dengan travel buddy telah membawa haluan masing-masing selepas beberapa hari didalam perjalanan. Pemilihan travel buddy sangat penting ketika berkembara kerana it can make or break a trip. Ibrahim sangat pemalu untuk bertanya kepada orang luar apabila tersesat tetapi beliau tidak malu bertanya apabila mencari makanan atau minuman. Apabila berkembara beramai-ramai, seorang mesti dilantik sebagai ‘amir‘ iaitu ketua kerana ianya adalah tuntutan sunnah Nabi saw.

Di Dover, ramai yang tidak perasan landmark paling terkenal di UK, iaitu The White Cliffs of Dover (bukit batu limestone yang bewarna putih). Tempat ini adalah satu tanda simbolik dan ikon negara Britain. The White Cliffs berhadapan dengan Continental Europe dan laluan paling sempit di English Channel. Semasa peperangan dunia kedua, juruterbang kapal terbang tentera bersekutu akan berasa lega apabila ternampak The White Cliffs of Dover, kerana mereka sudah melepasi garisan selamat. Perasaan yang sama dirasai oleh juruterbang pesawat zero tentera Jepun yang berasa lega apabila dapat melihat puncak Gunung Fuji.

Saya memilih laluan ke pelabuhan Calais, France dan saperti biasa feri Sealink dipenuhi dengan pelawat dari England yang mengambil kesempatan berbelanja rokok dan minuman keras yang berharga murah kerana dijual tanpa duti eksais.  Di Calais, tiket Interail kami di cop untuk menandakan permulaan hari pertama penggunaan tiket free pass. Penggunaan tiket free pass Interail dan Eurail adalah cara terbaik menjelajah ke seluruh Eropah dengan keretapi kerana connectivity bertaraf first class diantara semua bandar dan kebanyakan negara. 

Kami meneruskan perjalanan dengan keretapi intercity ke Paris, bandar idaman pertama di Eropah dan tiba di stesen Gare du Nord pada waktu senja. Pada masa itu timbul perasaan cemas kerana kami terpaksa meredah bandar Paris pada waktu malam untuk mencari Youth Hostel yang agak jauh dari stesen keretapi. Menambahkan masalah kami ialah perangai orang Perancis yang benci berbahasa Inggeris dan kami terpaksa bertanya mereka apabila tersesat jalan. Akhirnya saya belajar cara berkomunikasi dengan orang Perancis iaitu bertanya arah jalan dalam Bahasa Melayu dan kami mendapat pertolongan mereka dengan cepat. Rupanya orang Peranchis sangat anti dengan orang Inggeris kerana sejarah mereka yang asyik berperang sesama sendiri selama beberapa ratus tahun. Setelah berjalan 4 km dan tersesat beberapa kali, kami sampai di International Youth Hostel.

Kami memilih International Youth Hostel kerana ianya berdekatan dengan Place de la Bastille dan hanya 4km jauhnya berjalan kaki dari Gare Du Nord. Place de la Bastille adalah tempat bersejarah dan merupakan sebuah penjara pada asalnya. Ia menjadi satu tempat yang simbolik kerana berakhirnya  penindasan rakyat Perancis oleh kaum Bourgeois (golongan atasan perancis di zaman Beraja). Kelebihan lain menginaap Youth Hostel, kebanyakan tempat tarikan sangat dekat, hanya perlu berjalan kaki.

Youth hostel adalah dormitori dengan beberapa katil tersusun rapi dan setiap traveller akan di peruntukkan satu closet berkunci. Di bandar besar terdapat beberapa youth hostel dengan kadar kos yang berbeza. Masalah utama apabila berkongsi bilik dengan ramai traveller – ada diantara mereka yang bising sehingga menganggu orang lain. Backpacker sejati kebiasaan akan menjaga ketenteraman bilik hostel kerana memahami keperluan berehat secukupnya untuk semua rakan pengembara.  Walaubagaimanapun, Youth Hostel adalah tempat paling sesuai berjumpa dengan rakan-rakan traveller untuk bertukar tip dan pengalaman. Di kebanyakan Youth Hostel disediakan bar room atau lobby lengkap dengan kerusi meja untuk para pengembara bersembang dan berehat.

Di bar room Youth Hostel tersebut saya berjumpa dengan seorang ‘brader Melayu’ pertengahan umur yang bertugas sebagai Non-Commissioned Officer TLDM di Stockholm, Sweden. Dia juga mengembara solo semasa musim cuti, tetapi lebih kepada mencari scoring dengan mat salleh. Kami hanya mendengar bragging nya sahaja sepanjang malam. Baru saya sedar rupanya bukan semua pengembara mempunyai misi yang sama untuk see the world and be adventurous.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!