Type to search

Berita BP DekatJe Travel

‘Floating Market’ Bakal Diwujudkan di Terengganu

Share
  • Pasar terapung adalah pasar dimana urus niaga dijalankan dari bot
  • Kelantan Floating Market di Kampung Pantai Suri, Tumpat merupakan pasar terapung pertama di Malaysia
  • Kebanyakan pasar terapung kini menjadi tumpuan pelancong seperti di Thailand, Indonesia, Vietnam, India & Myanmar.

Jika dulu, pelancong tempatan berpusu-pusu untuk mengunjungi floating market yang cukup terkenal di Thailand antaranya antaranya Damnoen Saduak Floating Market, Amphawa Floating Market, Khlong Lat Mayom Floating Market di Bangkok dan Klong Hae Floating Market di Hatyai.

Pasar terapung di Khlong Hae, Hatyai
Pasar terapung di Lokbaintan, Banjarmasin, Indonesia

Tidak lama lagi, korang bakal menikmati suasana seperti berada di pasar terapung yang boleh didapati di dalam Malaysia sahaja. Kuala Nerus ‘Floating Market’ akan diangkat menjadi salah satu produk pelancongan baharu di daerah ini sekaligus yang pertama di negeri Terengganu. #DekatJe

Lokasi di Seberang Takir menawarkan panorama yang cukup indah untuk dilakukan aktiviti pasar terapung. Tambah pula dengan kawasan yang berlatarbelakangkan jambatan angkat (drawbridge) yang semakin dikenali.

Pasar tani terapung di Pengkalan Datu, Sering, Pengkalan Chepa (Sumber: Kelantan Today)

Walaupun masih dalam peringkat cadangan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Daerah Kuala Nerus namun lokasi di Seberang Takir adalah kawasan paling strategik untuk melaksanakan aktiviti pasar terapung.

Inisiatif yang dijangka menarik lebih ramai pelancong itu turut melibatkan perkhidmatan bot penambang sekaligus mampu mentransformasikan tradisi pengangkutan yang telah berusia lebih 60 tahun itu. Secara tidak langsung, kewujudan pasar terapung ini akan membantu mempromosikan warisan budaya, mengekalkan tradisi serta menyumbang pendapatan kepada masyarakat setempat.

Sumber: Sinar Harian
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!