Type to search

Airlines Antarabangsa Berita BP

Gelaran ‘World’s Best Low-Cost Airline 2019’ Masih Milik AirAsia

Share
  • AirAsia mengendalikan rangkaian lebih 140 destinasi dari 25 di 22 pasaran
  • Terkini, AirAsia akan menaik taraf armada pesawat Airbusnya, dengan menukar A320neo kepada versi A321neo yang lebih besar
  • Skytrax turut menamakan Qatar Airways sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Tahun 2019, sementara Singapore Airlines di tempat kedua

Tahniah diucapkan kepadaΒ Tan Sri Tony Fernandes dan pasukannya! AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi 11 tahun berturut-turut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019.

AirAsia, the world’s best low-cost airline for the 11th consecutive year has celebrated and marked the arrival of its inaugural flight from Penang to the historic state of Melaka

Selain itu, AirAsia juga dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi tempat duduk Premium Flatbed, yang terdapat dalam pesawat jarak jauh AirAsia X.

Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax mula diperkenalkan pada 1999 dan bersifat bebas serta tidak berpihak, merupakan penanda aras kecemerlangan global bagi syarikat penerbangan. Rata-rata penggiat industri penerbangan menggelar Skytrax sebagai anugerah ‘Oscars’ – eksklusif dan terkenal.

AirAsia Big Sale yo!
AirAsia bakal menaik taraf armada pesawat Airbus versi A320neo kepada A321neo - menawarkan kapasiti lebih tinggi & selesa

Anugerah Skytrax ditentukan melalui kaji selidik ke atas 21.65 juta pelanggan dengan 100 kewarganeraan yang menilai lebih 300 airlines mulai Ogos 2018 hingga Mei 2019.

Berita baik! Bagi meraikan pengiktirafan dan kemenangan ini, AirAsia akan melanjutkan jualan besar-besaran AirAsia sehingga 23 Jun 2019 dengan tambang serendah RM12 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi domestik dan daripada RM89 bagi penerbangan antarabangsa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!