Type to search

Antarabangsa Berita BP Featured outdoor Travel

Gunung Rinjani ‘Hiking Trail’ Dibuka Semula Tapi Bersyarat

Share
  • Susulan gempa bumi di Nusa Tenggara Barat, Gunung Rinjani ditutup hampir setahun sejak Ogos 2018
  • Sumber pencarian penduduk setempat turut terjejas selepas kejadian gempa bumi tahun lalu – kebanyakan bergantung hidup sebagai penyedia perkhidmatan untuk pelawat di laluan mendaki
  • Pendakian normal ke Gunung Rinjani mengambil masa tiga hingga lima hari bergantung kepada ‘hiking pace‘ serta trail atau bahasa Indonesia disebut ‘jalur’

Gunung Rinjani antara gunung berapi berstatus aktif terletak di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia, dengan ketinggian 3,726 meter dari aras laut. Dikategorikan sebagai gunung kegemaran bagi pendaki-pendaki di Asia Tenggara kerana keindahan panoramanya yang berkeluasan sekitar 41,330 hektar.

Senaru Crater Lake, Lombok, Indonesia.

Sebelum ini, pendakian Gunung Rinjani pernah ditutup pada 15 September 2016, berikutan letusan di gunung berapi Barujari. Selepas itu, gunung ini sekali lagi ditutup antara Januari hingga Mac 2017 disebabkan faktor cuaca buruk termasuk hujan lebat dan angin kencang di Pulau Lombok.

Berita baik buat penggemar aktiviti pendakian! Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR) telah membuka semula laluan pendakian Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Provinsi Nusa Tenggara Barat, sejak 14 Jun 2019 setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Linkungan Hidup dan Kehutanan.

Pintu masuk ke Gunung Rinjani, Indonesia (Foto:Rinjaninationalpark)

Menurut BTNGR, pihaknya telah melakukan sesi pemantauan lebih daripada 5 kali untuk memastikan keselamatan dan keselesaan sebelum laluan pendakian dibuka.

Selain dua faktor tersebut, pertimbangan lain pembukaan semula laluan adalah faktor ekonomi masyarakat di sekitar gunung yang bergantung hidup dengan pendapatan hasil daripada pengunjung, pelancong serta pendaki.

Mount Rinjani potter
Clear skies to Bali - Lombok from Mount Rinjani

Terdapat beberapa peraturan baharu yang ditetapkan antaranya pendaki tidak dibenarkan sampai ke puncak Rinjani dan Danau Segara Anak. Korang hanya boleh hiking sampai ke Pelawangan sahaja.

Malah, kuota pendaki untuk laluan Sembalun di Lombok Timur dan Senaru di Lombok Utara, masing-masing 150 orang setiap hari, manakala ‘jalur’ pendakian Aik Berik di Lombok Tengah dan Timbanuh di Lombok Timur pula 100 orang setiap hari. Kuota pendaki tersebut sudah termasuk ‘porter’ dan pemandu.

Top of Mount Rinjani - 3726 from sea level (Foto: Rinjaninationalpark)

Kalau korang datang ke sana dengan harapan nak hiking secara haram, lupakan sahaja kerana setiap pendaki dikehendaki mengisi butiran maklumat serta perlu membeli tiket secara atas talian.

Pendaki Gunung Rinjani boleh mendapatkan tiket secara online melalui e-Rinjani atau memuat turun aplikasi tersebut di Playstore. Tiket untuk pendaki luar negara adalah sebanyak 150 ribu Rupiah (RM44).

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!