LOADING

Type to search

Berita BP

Ha dong – Destinasi 4 Musim ‘tersembunyi’ di Korea Selatan

MM August 7, 2018
Share

Eoseo oseyo (Selamat datang ke Korea)

Mungkin korang selalu dengar pasal Seoul, Jeju, Busan dan Incheon,  tapi kali ni BackPackerz nak memperkenalkan dekat korang, Ha dong – sebuah daerah yang terletak di Wilayah Gyeongsangnam-do yang digelar “The Alps of Korea”, merupakan permata tersembunyi dari tarikan pelancongan di Korea Selatan.

Daerah Ha dong cukup kaya dengan alam semulajadi serta popular dengan pemandangan yang menakjubkan kerana Hadong menawarkan percutian musim winter, spring, summer dan autumn. Sangat menarik untuk korang rancang liburan di sini. 

Sesiapa yang inginkan percutian yang sunyi lagi menenangkan, Hadong memegang gelaran ‘kampung halaman’ dengan kemeriahan bunga warna-warni yang cantik sepanjang musim. Ha dong merupakan kawasan yang menerima empat musim di Korea Selatan.

Anda boleh mencari Cherry Road yang melayari sepanjang Sungai Seomjingang pada musim bunga sambil menikmati tarikan bungan ceri; ladang teh hijau mewujudkan landskap yang indah dan, di atas segalanya adalah Gunung Jirisan yang dirujuk sebagai Taman Nasional Pertama di Korea. Tak puas dengan persekitaran gunung dan bukit-bukau, anda boleh berangkat ke Namhae untuk landskap laut yang indah dan unik di Korea!

Terletak di antara sungai Seomjin dan Gunung Jiri, Hadong juga cukup popular dengan persekitaran teh hijau, laluan air sungai, pantai serta laut yang bersih. Daerah ini juga digelar ‘Slow City Hadong’

Agyang di Hadong diiktiraf sebagai bandar perlahan ke-111 di dunia. Keindahan hidup dengan alam semulajadi pada kadar yang perlahan telah meresap secara semulajadi ke dalam kehidupan seharian masyarakat di sini. Sebagai contoh, Slow Cities di Hadong hanya mempunyai 58, 010 penduduk sekitar tahun 2003, mempunyai kepakaran tempatan yang dibuat dengan cara yang lama (tradisional) tanpa menggunakan jentera dan warisan asli bandar Hadong ini sentiasa dipelihara dengan baik sehingga ke hari ini. 

Bandar Hadong juga dilantik sebagai bandar perayaan 2017 di Kongres Dunia IFEA ke-62. Memegang banyak perayaan yang berbeza dengan tema mengikut produk khusus tempatan dan bunga seperti festival teh hijau serta bunga ceri. Sesuai untuk geng #BackPackerz yang dambakan percutian yang tenang, dikelilingi pokok serta bunga warna-warni, dan paling penting, bebas dari kesesakan ibu kota. 

Terima kasih atas jemputan daripada Korea Tourism Organization dan Hadong Tourism pada acara Sightseeing Briefing Session of Hadong di Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini. Tujuan persembahan ini adalah untuk memperkenalkan pelancong Malaysia berkenaan tarikan yang paling menarik, meskipun daerah Hadong ini masih kurang dikenali umum. Ternyata peserta daripada agensi pelancongan ‘FIT’ dan Media memberikan perhatian penuh terhadap produk pelancongan terbaru di Republic of Korea ini. Sarang Hae!

Terdapat lima cara untuk sampai ke sana dari Seoul ke Hadong dengan kereta api, bas atau kapal terbang.

  • Incheon International Airport
  • Gimhae International Airport
  • Seoul Station by KTX
  • Gimpo International Airport
  • Busan Station

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!