LOADING

Type to search

Feast BP Rare BP

Halal San Francisco

backpackerz April 8, 2018
Share

Mencari makanan halal ketika melancong ke luar negara sememangnya menjadi kerisauan semua traveler yang beragama Islam. Ketika berada di San Francisco, aku pada awalnya agak sukar mencari makanan halal walaupun menggunakan aplikasi carian makanan berdasarkan lokasi. Secara umumnya, restoran makanan halal di kota San Francisco memang terhad dan tak banyak.

Sebagai altenatif, aku turut search restoran seafood yang tidak menjual makanan berasaskan daging. Pun begitu, aku berjaya jumpa beberapa restoran halal yang bukan saja sedap tetapi membuatkan aku ‘repeat’ banyak kali ketika berada di sana.

Ziggy’s Burger

Terletak di tengah-tengah kota San Francisco, aku sungguh tak sangka dapat menikmati burger halal di sini. Terdapat pelbagai menu berasaskan daging seperti daging lembu dan juga kambing. Kesemua menu burger kat sini di masak mengikut citarasa barat yang mana mereka menggunakan daging patty yang tebal dan digrill.

Bang San Thai

Restoran Bang San Thai yang terletak jalan O’Farrell ni merupakan di antara pilihan restoran thai di sini. Aku mencuba tomyam kuah putih bersama sotong goreng tepung. Kebanyakan menu kat sini juga merupakan campuran di antara menu Thailand dan Vietnam. Walaupun kurang pedas, tapi dapatlah melepaskan rindu pada masakan Tom Yam.

Seafood di Pier39

Pier39 memang terkenal dengan tarikan yang menarik serta pusat membeli cenderamata sekiranya bercuti ke San Francisco. Walaupun kat sini tak ada restoran makanan halal, tapi banyak pilihan altenatif makanan lain yang boleh dimakan. Contohnya, Churros yang banyak dijual di tepi jalan dan restoran seafood. Banyak betul restoran seafood kat sini, harga pun affordable.

Aku mencari restoran yang betul-betul hanya menyediakan masakan seafood sahaja bagi mengelakkan pencampuran bahan-bahan lain. Antara makanan yang sempat aku makan kat sini adalah sotong, ketam, ikan dan juga nasi.

Punjab Restaurant

Ini merupakan restoran favorite aku ketika berada di San Francisco. Lebih 3 kali aku makan kat sini sebab menu makanannya yang sedap dan mengenyangkan.  Hidangan kat sini merupakan masakan halal India serta Pakistan. Lokasinya di Market Street. Punjab Restaurant ni sangat mudah dikunjungi kerana berdekatan dengan landmark lain seperti Union Square dan San Francisco Cable Cars.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up