LOADING

Type to search

Insider BP

Hamidiye Camii – Masjid Unik yang Dilukis

MM August 18, 2018
Share

Pemandangan dan struktur siling kreatif dilukis dengan lakaran langit serta awan yang indah, ruang utama imam dilukis air terjun cantik yang mengalir, lukisan pokok-pokok di antara tingkap dan karpet seakan rumput hijau yang membuatkan pandangan segar; seperti yang telah diilhamkan dari 22 surah al-Baqarah yang bermaksud,

“Dialah yang menjadikan bumi sebagai tempat peristirahatan bagi kamu, dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; Kemudian janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, sedang kamu mengetahui)”.

Melangkah masuk ke masjid Hamidiye Camii pasti memberikan ketenangan buat pengembara muslim, pengunjung tempatan mahupun pelancong luar. Masjid kebanggaan rakyat Turki ini terletak di tengah bandar Kırşehir, Turki. Korang mungkin tidak pernah melihat masjid seindah ini, jom sama-sama kita kenal Hamidiye Camii – Masjid bertema suasana alam semulajadi, seketika dulu pernah diabaikan. 

KISAH SILAM

Masjid indah ini pada mulanya dibina pada tahun 1910 di bawah Khalifah Uthmaniyyah di kejiranan Yenice yang terletak di Kırşehir. Kemudian ia dinamakan selepas Khalifah Islam, Amir al-Mukminin Sultan Abdulhamid II Khan. Dalam bahasa Turki, masjid ini bernama Hamidiye Camii atau Masjid Hamid.

Setelah dekad berlalu, masjid Hamidiye Camii telah diabaikan dan dikecilkan sehingga sebahagian struktur rosak serta usang. Keaslian binaan Masjid ini semakin lama lapuk ditelan zaman.

   

Kemudian ia diroboh dan ‘dihidupkan’ semula dengan masjid Hamidiye Camii yang baru di tapak sama. Untuk pengetahuan korang, setiap sentuhan artistik di dalam masjid ini dilukis dan dicat oleh seorang arkitek Azerbaijan. Lukisannya memang benar-benar memukau dan ikhlas. Ia telah mendapat perhatian sejak dibuka tahun lalu.

Menariknya, ‘wajah’ baharu masjid Hamidiye Camii telah menarik pengunjung dari seluruh bandar, dan seterusnya berpeluang menghayati hiasan dalaman masjid yang indah sewaktu menunaikan  ibadah, majlis keramaian dan sebagainya. Saiz fizikal masjid Hamidiye Camii sebelum ini agak kecil dan tidak cukup dengan keperluan komuniti setempat disebabkan terlalu ramai. Senang cakap, tak muat nak tampung semua jemaah.

Masjid Hamidiye Camii telah menarik perhatian ramai pelawat sehinggakan pengembara Muslim luar tidak melepaskan peluang melihat sendiri keindahan dalaman masjid serta menunaikan solat.

Begitu banyak pihak yang menyumbang pada pembangunan semula masjid kebanggaan penduduk Kırşehir ini secara kudrat dan kewangan. Pengurus masjid ini termasuk imam dan bekas imamnya mengucapkan terima kasih atas semua sumbangan dan mendoakan semoga Allah SWT memberikan keberkatan-Nya kepada mereka semua.

 

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!