LOADING

Type to search

Berita BP

HI TEC SPORTSWEAR KINI BOLEH DIDAPATI DI SPORTS DIRECT MALAYSIA

MM September 26, 2018
Share

*Berita baik – Sports Direct Malaysia tengah buat “Promosi Outdoor Gear” di semua 29 retail outlet bermula dari 18 September – 7 Oktober 2018. 


Peruncit barangan sukan terbesar di United Kingdom (UK), Sports Direct telah memperkenalkan jenama outdoor terbaru, Hi Tec di gedung utama Petaling Jaya pada 20 September yang lalu. Terima kasih kerana menjemput BackPackerz untuk menyaksikan pelancaran jenama bersama media dan geng-geng Hiking (outdoor).

NZM_3716

INFO – Produk Hi Tec menawarkan pengalaman aktiviti lasak yang luar biasa dan menampilkan ciri teknologi inovatif terkini. Hi Tec mengutamakan keselesaan serta cengkaman yang bersesuaian mengikut pelbagai bentuk muka bumi dan persekitaran luar – sama ada jaket kalis angin atau sokongan tambahan pada kasut mendaki anda.

Selain itu, penyertaan dalam aktiviti luaran seperti hiking, trekking, berjalan kaki, perkhemahan dan pengembaraan lasak semakin berkembang di Malaysia. Pelancaran jenama outdoor Hi Tec ini sedikit sebanyak merancakkan lagi industri outdoor, di samping peranan Sports Direct Malaysia selaku peruncit barangan sukan terbesar yang mempunyai lebih 70 jenama.

Buat pengetahuan anda, Sports Direct turut menawarkan pelbagai jenis beg ransel lasak, kasut berjalan kaki, beg galas, beg tidur, peralatan memasak, khemah, pakaian outdoor, peralatan camping, kasut berlari dan segala keperluan untuk aktiviti outdoor serta pengembaraan lasak.

Pelancaran jenama baru tersebut telah dirasmikan oleh Paul Gibbons, Pengarah Urusan Sports Direct Malaysia dan Steven Rogers, Pengarah Jualan & Pemasaran Asia Pasifik Hi Tec. 


INFO – Sports Direct kini juga boleh didapati secara ‘online’ di SPORTSDIRECT.COM untuk memenuhi permintaan domestik dan serantau. Untuk melihat lebih banyak tawaran hebat dan promosi lain, lawati laman web di my.sportsdirect.com.

NZM_3672
NZM_3616
NZM_3719
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!