fbpx
LOADING

Type to search

Berita BP Insider BP Travel

Hotel Itali ini dipilih sebagai “The Best Pool with a view in the world”

MM January 16, 2019
Share
  • Miramonti Boutique Hotel digambarkan sebagai tempat persembunyian Alpine yang lengkap
  • Mempunyai kolam renang sepanjang 16 meter, lebar 5 meter serta menawarkan pemandangan kolang renang yang terbaik di dunia
  • Terletak di Merano, sebuah bandar Alpine di South Tyrol, Italy

Siapa pernah tengok filem James Bond 007, Spy Who Loved Me? Mesti korang perasan satu babak yang menampilkan beberapa bahagian Miramonti Boutique Hotel.

BackPackerz nak kongsikan dengan korang, hotel Itali ini telah diundi oleh easyJet Traveller magazine sebagai penginapan yang mempunyai kolam terbaik dengan berlatarbelakangkan pemandangan dunia yang menakjubkan keatas Lembah Etsch dan Vigil Joch!

Kolam renang infiniti begitu menyenangkan hati, bukan? Jika berenang di kolam renang biru sambil berehat di bawah pancaran sinaran matahari pagi adalah pengalaman yang menyeronokkan! Ala-ala sunbathing giteww!Β 

Itulah keistimewaan percutian korang di Miramonti Boutique Hotel yang terletak di South Tyrol, Itali. Butik hotel ini diiktiraf untuk kolam air masin infiniti dan menghadap ke gunung-ganang yang mempesonakan.Β 

Kolam renang ini diibaratkan seperti gua yang hangat dan menawarkan pemandangan alam semulajadi; sesuai untuk percutian empat musim dan bersama keluarga tercinta.

Selain itu, Miramonti Boutique Hotel menawarkan 36 bilik dan suite, mempunyai tiga restoran, ruang istirehat, sauna hutan dan sudah tentu kolam renang infiniti.Β 

Mungkin juga sesuai dijadikan tempat honeymoon bagi pasangan yang impikan percutian romantik, tetapi penginapan 5 hari 4 malam (half board) di Miramonti Boutique Hotel mencecah €908 (RM4,256) sahaja.

Mampu ke komerrr? Tepuk dada tanya poket.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!