fbpx

Type to search

Insider BP Staycation

INAPAN BAJET TAPI BERGAYA & MODEN – NOMAD HOSTEL KEMANG TELAH DIBUKA DI JAKARTA!

Share
  • Industri hostel atau asrama bebas semakin berkembang pesat di bandar-bandar gah di seluruh dunia, seperti New York, Rome, Buenos Aires, Miami, Budapest serta banyak lagi.

Kebiasaannya, hostel menyediakan penginapan berkonsepkan bajet, ruang multifungsi dengan pilihan permainan dalam bilik yang disediakan. Penghuni dapat saling berinteraksi satu sama lain, pengunjung boleh menyewa katil seperti bunk bed (katil dua tingkat), dorm, berkongsi bilik mandi, ruang tamu dan kadang-kadang ada dapur.


INFO – Nomad Hostel yang diperkenalkan oleh Archipelago International adalah solusi terbaik bagi sang pengembara yang mencari penginapan dengan harga berpatutan namun tetap ‘nyaman’ dan bergaya.

Semua bilik dan fasiliti disediakan dengan kemudahan terbaik untuk memastikan semua tetamu menikmati masa liburan terbaik di Jakarta.


Pada bahagian lain di dunia, definisi hostel merujuk kepada penginapan yang menawarkan tempat tidur berkongsi kepada pelancong atau backpacker. Persoalannya, adakah trend hostel ini sudah berkembang di Asia Tenggara seperti Malaysia atau Indonesia?

Berita baik buat geng #BackPackerz. Archipelago International, syarikat pengurusan hospitaliti terkemuka berpangkalan di Indonesia telah mengumumkan pelancaran usaha niaga terkini iaitu Nomad Hostel.

REST, SOCIAL & REPEAT
Senang cakap, para pengembara boleh fokus untuk beristirahat di ruang tempat duduk luar sambil rancang itinerari seterusnya.

Nomad Hostel yang pertama telah dibuka pada 8 Ogos 2018 di Kemang, salah satu daerah paling ikonik di Jakarta untuk hiburan siang dan malam. Lebih dikenali sebagai Nomad Hostel Kemang, penginapan “Naiss” ini menyediakan 14 bilik, 4 jenis bilik dan 192 katil.

FASILITI LENGKAP UNTUK BACKPACKERZ

Selain itu, setiap bilik Nomad Hostel menampilkan reka bentuk unik dengan fasiliti profesional seperti bilik permainan berhubung seperti ping pong, billiard dan ruang istirehat.

Selain itu, terdapat kedai kopi dan bar, gelanggang bola keranjang, mesin minuman layan diri, kemudahan dobi menggunakan duit syiling, jacuzzi dan Wifi berkelajuan tinggi. Semuanya cukup lengkap apabila menginap di Nomad Hostel, Kemang, Indonesia.

Terletak di daerah Kemang yang meriah, lokasi Nomad Hostel ini berhampiran dengan pusat hiburan seperti kafe, shopping mall, bar dan restoran, semuanya boleh diakses dalam jarak berjalan kaki.

Oh, sebelum terlupa, korang jangan risau tentang privasi dan pengasingan bilik disini. Nomad Hostel Kemang mempunyai bilik-bilik untuk ‘sang pria’ dan wanita yang dipisahkan dengan selesa. Tingkat dua hanya untuk pelancong mahupun pengembara wanita.

TARIKAN SEKITAR HOTEL

  1. Ranch Market – Tempat untuk merebut makan atau light bites dengan menu sihat
  2. Ragunan Paintball – Nikmati permainan paintball yang menyeronokkan bersama rakan-rakan anda hanya 25 minit dari Nomad Hostel Kemang.
  3. Santa Modern Market – Pasar tradisional berubah menjadi pasar hipster yang sarat dengan makanan jalanan, kopi yang baik dan pelbagai kedai yang menjual barangan unik. Hanya 21 minit dari Nomad Hostel Kemang.
  4. Periplus – Siapa yang tidak suka membaca buku sambil ditemani hirupan secawan kopi? Dapatkan buku anda hanya 4 minit dari Nomad Hostel Kemang.

Nomad Hostel Kemang, Jakarta

Alamat: Jl. Kemang Barat, No 8 RT 009/RW 001, 12730 Jakarta, Indonesia
Tel: +622122716458
Email: [email protected]
Website: www.nomadhostels.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!