fbpx

Type to search

Antarabangsa Berita BP Insider BP

Indonesia Perkenalkan Kereta Api ‘Sleeper’ Baharu, Mewah & Eksklusif Sempena Raya Aidilfitri 2019

Share
  • Kereta api adalah salah satu pengangkutan awam yang selesa, tanpa perlu harungi kesesakan lalu lintas dan kemudahan paling sesuai untuk melakukan perjalanan atau pengembaraan
  • PT Kereta Api Indonesia adalah operator utama yang mengendalikan kereta api umum di Indonesia
  • Khabarnya, Mass Rapid Transit (MRT) juga akan dibangunkan di Jakarta dan Surabaya

Sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri 2019, PT Kereta Api Indonesia (KAI) melancarkan perkhidmatan pengangkutan ‘kereta api tidur’ baharu dengan nama “Luxury 2”, di Rel Kereta Api Gajayana Malang-Gambir, 26 Mei lalu.

Buat pengetahuan anda, sistem kereta api di Indonesia juga berfungi dengan baik menghubungkan semua bandar utama di Jawa (termasuk Sumatera), tawaran tiket kereta api yang murah, ruang lebih selesa dan berhawa dingin, Luxury 2 adalah cara yang ideal untuk mengelilingi Jawa sambil nikmati pemandangan yang menakjubkan.

Keselesaan Luxury 2 macam naik kapal terbang kelas perniagaan
Bak kata slogan KAI, "Anda adalah Prioritas Kami"

Selain itu, tempahan tiket kereta api di Indonesia sudah menggunakan sistem computerized dan boleh dibuat hingga 90 hari lebih awal. Terdapat aplikasi mudah alih untuk membantu anda menempah tiket, serta mendaftar masuk.

Kereta api Luxury 2 ini merupakan generasi baru versi Luxury yang pernah dikeluarkan sebelum ini sekitar tahun 2018. Meskipun tidak banyak perbezaan, terdapat beberapa kelebihan untuk Luxury 2 antaranya bilangan tempat duduk ditambah dan lebih banyak laluan perjalanan kereta api. Dari segi kemudahan, Luxury 2 mempunyai kapasiti sebanyak 26 kerusi, manakala kereta api Luxury generasi pertama hanya menawarkan 18 kerusi.

Seperti generasi pertama, perkhidmatan eksklusif seperti dalam kapal terbang kelas perniagaan kini boleh dinikmati oleh penumpang kereta api Luxury 2.

Ada skrin tv, tempat pengecasan & port USB
Dilengkapi pelbagai kemudahan di Luxury 2

Dalam Luxury 2, kerusi duduk boleh diregangkan hingga 140 darjah, boleh pusing beberapa sudut , mempunyai tempat sandar kaki, alas makan boleh dilipat, bantal, selimut, tuala muka, lampu baca serta dilengkapi televisyen, soket kuasa, port USB – membolehkan penumpang untuk cas peranti elektronik mereka sepanjang perjalanan.

Luxury 2 menawarkan lima kali perjalanan kereta api dalam sehari untuk empat jalur iaitu Argo Lawu dan Argo Dwipangga untuk laluan Jakarta (Gambir)-Surakarta (Solo), Taksaka untuk laluan Jakarta (Gambir)-Yogyakarta dan Gajayana untuk laluan Jakarta (Gambir)-Malang, seperti yang dilaporkan oleh The Jakarta Post.

Harga tiket untuk ruang Luxury 2 ini bermula dari IDR 750 ribu (RM220) untuk berlepas pada 26 Mei hingga 26 Jun 2019 sepanjang tempoh promo. Tempahan boleh dilakukan pada semua saluran jualan rasmi Kereta Api Indonesia (KAI).

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!