fbpx

Type to search

Berita BP Editor Pick

Industri Pelancongan Sumbang RM84.1 bilion & Sasar 30 juta Pengunjung Tahun 2020!

Share
  • Perbelanjaan pelancong meningkat 2.4 peratus kepada RM84.1 bilion tahun 2018, berbanding 2017 iaitu RM82.2 bilion
  • Kira-kira 25.8 juta pelancong antarabangsa dicatatkan bagi tahun 2018
  • Promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 berada pada tahap baik & sedang giat dipromosikan di beberapa negara seperti Sepanyol serta United Kingdom

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia mensasarkan angka ketibaan 30 juta pelancong dan pendapatan yang dibelanjakan RM100 bilion menjelang 2020. 

Buat pengetahuan pengikut BackPackerz, industri pelancongan Malaysia terus memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara meskipun terdapat sedikit penurunan (0.4 peratus) ketibaan pelancong pada tahun 2018. Tahniah Tourism Malaysia! 

Selamat datang, Datuk Mohamaddin Ketapi

“Walaubagaimanapun, perbelanjaan pelancong meningkat 2.4 peratus kepada RM84.1 bilion pada tahun lalu, berbanding pencapaian 2017 iaitu RM82.2 bilion,” jelas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.


Kiri: Datuk Musa Yusof Tengah: Datuk Mohamaddin Ketapi Kanan: Datuk Isham Ishak

Selain itu, segmen beli belah (33.4 peratus) kekal sebagai penyumbang terbesar perbelanjaan pelancong di Malaysia, diikuti dengan penginapan (25.7 peratus) serta makanan dan minuman (13.4 peratus). Antara produk yang banyak dibeli oleh pelancong adalah kraftangan Malaysia, selain makanan.

Purata tempoh tinggal pelancong pada tahun lepas menunjukkan peningkatan kepada 6.5 malam berbanding tahun 2017 hanya 5.7 malam.

Peningkatan ini berlaku terutama dari pasaran jarah jauh iaitu Asia Barat, Eropah, Asia Tengah, manakala dari pasaran jarak sederhana seperti Asia Selatan serta Asia Timur.

Sidang media Prestasi Pelancongan Malaysia 2018 di Pusat Media Tourism Malaysia

Pada masa yang sama, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof komited untuk meningkatkan penerbangan jarak jauh kerana ini adalah pasaran yang kebiasaanya lebih banyak berbelanja semasa mereka berada di Malaysia.


TRIVIA – Ketibaan ASEAN terus mendominasi pasaran ketibaan pelancong ke Malaysia dengan sumbangan 70.1 peratus. Pasaran ruang tengah menyumbang 20.3 peratus dan pasaran jarak jauh pula 13.3 peratus


10 PASARAN TERTINGGI PELANCONG KE MALAYSIA 2018 

  1. Singapura (10.6 juta)
  2. Indonesia (3.2 juta)
  3. China (2.9 juta)
  4. Thailand (1.9 juta)
  5. Brunei (1.3 juta)
  6. Korea Selatan (616,783)
  7. India (600,311)
  8. Filipina (396,062)
  9. Jepun (394,540)
  10. Taiwan (383,922)
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!